Baju Kurung Moden Pilihan Hati Lyssa Hanya di PinkzFashion

Assalamualaikum..

Hi semua.. Masing-masing tengah buat apa tu ? Hmm, hari genaplah 12 hari kita berpuasa kan ? Alhamdulillah. Rasa macam cepat betul masa berjalan. *sejak bila pulak masa ada kaki?* haha. Gurau.

Ok. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Puasa kan, iaitu Hari Raya selepas kita berpuasa yang mana ianya berlaku pada bulan Syawal. Jadi, apa persiapan yang dah korang buat sementara nak tunggu Hari Raya nanti ? Lagi 2 minggu kot. Kejap je tu...

Sebelum apa-apa, Lyssa nak tanya korang dulu lah. Korang ni sebenarnya dah ada baju raya ke belum? Maksud Lyssa baju kurung ke, kebaya ke, dress ke, jubah ke, dan bagi lelaki baju melayu atau seumpamanya..? Berapa pasang korang beli tahun ni? Banyak ke sikit ? Kalau sikit, atau tak beli lagi, entri ni memang sesuai sangat untuk korang baca. 

Kalau nak tahu baju raya Lyssa tahun ni kalau tak silap bila dikira-kirakan balik kesemuanya 6 pasang termasuklah baju raya dari PinkzFashion 2 pasang. Maksudnya, 4 pasang Lyssa tempah, 2 pasang lagi beli siap ! Kemain kau raya kali ni haaa, sampai 4 pasang. kahkah. *Saja buat sparepart . Mana tahu abah ajak ke rumah kawan-kawan dia ke apa. Dah ada baju lebih kan ? Balik raya kampung pun dah 4 hari. Dah sah-sah setiap hari berbaju kurung.. hikhik ..

Ok dah. Kalau nak tahu, Lyssa ada 2 baju kurung moden pilihan hati Lyssa di PinkzFashion tau ? Satu warna gold cream (peach). Satu lagi warna Margenta. Alaa, mesti korang ada perasan punyalah Lyssa post di Instagram dan Facebook. Kan ? hehe . Ini lah dia baju nya :D


Ok. Pertama sekali Lyssa akan ceritakan mengenai baju pertama pilihan hati Lyssa ni iaitu warna Cream Gold tu .

Baju Kurung Moden Koleksi Xiandra

Koleksi Xiandra ni kalau korang nak tahu dia 3 warna tau iaitu wanra macam baju Lyssa ni, Peach, Grey dan juga Mint. Baju ni berjenama Lozita tau. Untuk baju ni Lyssa order size XS iaitu saiz 34. Ingat senang ke nak dapat baju saiz XS zaman ni. Susah tau. Lyssa bersyukur sangat sebab PinkzFashion ni ada saiz badan Lyssa yang kecik molek nih.. *Molek ke?* haha. 


Baju ni best sangat sebab terletak je kat badan. Tak melekat pun kat badan. Sebab baju ni bermaterial kan Polyster. So, memang sejuk la bila kita pakai. Jahitan dia pulak sangat kemas dan memang selesa di pakai. Ada hiasan yang dijahit kemas berbentuk macam matahari sikit kat baju tu. Kain gold berwarna kosong tu pun Lyssa suka sangat sebab dia macam jenis kembang. Kat bahagian tangan pula, ada 2 butang yang boleh kita adjust bersesuaian dengan pergelangan tangan kita. Kalau rasa tangan kita kecik, boleh guna butang nombor 2. hihi ..


Saiz baju ni dari saiz 34 - 46 (XS - 3XL). Memang sangat sesuai untuk badan sekecil Lyssa dan wanita yang berbadan besar sikit. hihi .Ok. Kalau nak tahu, harga dia RM 199.00 sepasang tau ? Jadi siapa yang berminat boleh lah order kat diorang nanti. Just Whatsapp je 'XIANDRA'  ke 016 326 6406 :)

 

Cantikkan ? HEHE . Ok dah ! Sekarang ni Lyssa nak ceritakan sedikit pilihan kedua baju kurung moden pilihan Lyssa ye, iaitu yang warna Magenta tu..


Baju Kurung Moden Koleksi Kareena

Koleksi Kareena ni pula ada 2 warna sahaja iaitu warna pink dan juga magenta macam pilihan Lyssa tu. Kalau nak tahu, ini adalah antara warna feveret Lyssa selain warna hitam dan merah, Lyssa suka warna Magenta.  Baju ni berjenama Isabel. Sesuai dengan jenama warnanya pun nampak sangat ceriakan ? Tapi, baju ni Lyssa ambil saiz besar sikit iaitu saiz 36. Walaupun besar sikit, memang sangat selesa sebab tak menggelebeh.



Kalau nak tahum baju ni pun best ! Dah la warna pun nampak ceria kan ? Kain pulak jenis Polyster. Dah la sejuk mata memandang. Sejuk lagi bila kita dipakai. hihi. Baju kosong dengan hiasan sulaman manik yang dijahit sangat kemas. Memang selesa lah sebab baju ni Loose Fit. Tak melekat langsung pada badan. Nampak simple, tapi cantik ! Jahitan pun kemas. Memang Lyssa puas hati sangat -sangat lah !


Saiz baju ni pula sama macam baju tadi. Available saiz 34 - 46 (XS -3XL). So, siapa kecik lagi dari Lyssa korang boleh la order saiz XS. For sure korang pun akan puas hati dengan pilihan baju yang ini. hihi. Harga dia pun sama juga macam tadi. RM 199.00. Kalau berminat, korang boleh terus Whatsapp : 'Kareena' ke 016 326 6406 :) Mudah kan ? ^^

 

Dah. Apa yang korang terkebil-kebil kan lagi tu ? Suka, cakap suka ! hahahaha. Secara keseluruhannya, Lyssa memang berpuas hati dengan baju-baju dari PinkFashion ni. Ruginya tak tahu dari dulu lagi. Kalau tak, dah borong banyak-banyak dah. hihi. Siapa-siapa yang tak sempat nak beli baju raya lagi tu, baikk korang pi usha baju-baju dari PinkzFashion ni. Banyak lagi design menarik dari Butik ni. Semua meletop-meletop tau ! Baik la order sementara stok masik ada. Kalau tak nak beli untuk Raya pun, korang boleh juga beli untuk hari kenduri kahwin nanti ke kan ?

Apa tunggu lagi ?

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke :

Facebook : PinkzFashion
Instagram : PinkzFashion
Website : www.pinkzlabel.com

TerimaKasihSudiBaca ~

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

10 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
June 17, 2016 at 11:28 PM delete

Jap..jap..tengah terkebil kebil lagi ni...hehe...cantik..baju yang second tu akak suka Lyssa...lagi2 part kainnya tu..

avatar
June 17, 2016 at 11:29 PM delete

Yang warna krim tu cantikkk.. awalnya bergambar baju raya tak surprise la dik oii.. anyway bpe hrgaa baju warna krim tu?

avatar
June 17, 2016 at 11:33 PM delete

@Perdu Cinta : Hihi . Thanks kak PC !!!


@Shiqeen Sattar : Tak pe kak .. Sebab lagi 4 pasang tu, lagi suprise ! hahaha .. cream peach tu harga RM 199.00 :)
hihi . Sila lah beli :D

avatar
June 18, 2016 at 12:30 AM delete

Amboii ada lagi 4 pasang... sakan beraya haaaa

avatar
Husein Rider
AUTHOR
June 18, 2016 at 5:09 AM delete

jemput raya kat rumah kita. Jangan lupa pakai baju ni. hahaha

avatar
Cik Yanie
AUTHOR
June 18, 2016 at 5:10 AM delete

Wahhhh cntiklah baju2 tu. Cantik manis di pakai oleh kakLyssa

avatar
sofie adie
AUTHOR
June 18, 2016 at 5:59 AM delete

nampak selesa bajunya...nak pi ushalah....

avatar
June 18, 2016 at 9:17 AM delete

amboihh...hehhe :P wink wink~

avatar
June 18, 2016 at 11:07 AM delete

Cantik! ain takdek pun lagi baju rya. sellau seminggu nak raya bru cari kain sebab mak yg jahitkan sendiri :D paling best ada satu tahun tu pagi raya baru siap! hahaha

avatar
intan nasir
AUTHOR
June 18, 2016 at 5:49 PM delete

Cam comel aje.. anak sape la nih... hehehe
Nak kena pegi tengok nih....

avatar

Google+ Followers