Bas Bawa Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) , Terbalik ! [GAMBAR]



Kota Kinabalu, 8 Jun: Sebelas orang pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) cedera dan dikejarkan ke hospital apabila bas ekspress yang dinaiki oleh mereka terbalik ketika menuruni bukit berhampiran simpang masuk pusat pentadbiran dalam kejadian petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang itu, 23 pelajar lain yang turut berada dalam bas berkenaan mendapat rawatan pesakit luar di klinik Warga UMS dan dilaporkan hanya cedera ringan.

Difahamkan kumpulan penuntut itu menaiki bas yang disewa khas untuk mengambil mereka di fakulti pengajian masing-masing sebaik tamat sesi kuliah.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati bas yang dipandu oleh lelaki 34 tahun itu hilang kawalan semasa menuruni bukit sebelum terbabas dan terbalik berhampiran simpang masuk pusat pentadbiran pengajian tersebut.

"Akibat kemalangan itu 11 penuntut dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) II manakala 23 pelajar lagi menerima rawatan sakit luar di klinik Warga UMS.

"Pemandu bas turut cedera di siku kiri," katanya lapor Harian Metro.




Tambah beliau lagi, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan kegagalan fungsi brek bas itu.

Polis masih mengenal pasti tahap kecederaan 11 penuntut yang dikejarkan ke HQE II dalam kejadian itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. 


Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Profesor Madya Dr Ismail Ali meminta orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri dan tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh memberi kegusaran kepada orang luar khususnya ibu bapa pelajar.

"Pihak universiti sentiasa mengambil berat kepada isu kebajikan pelajar termasuk yang terbabit dalam kemalangan itu.

"Justeru sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS di talian 088-320000 sambungan 4219," katanya.










p/s : Nasib baik tak ada yang maut. Lyssa doakan mereka tak ada apa-apa dan selamat kesemuanya . InsyaAllah.. Amin ...

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Julia Johari
AUTHOR
June 8, 2016 at 10:45 AM delete

Seram tgk bas terbalik...mujur semua selamat huhh

avatar
Ayu Barbydol
AUTHOR
June 8, 2016 at 11:55 AM delete

salam ramadhan...

jom join GIVEAWAY..

http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 8, 2016 at 1:21 PM delete

subhan Allah..alhamdulillah tiada kemalangan jiwa..

avatar
June 8, 2016 at 9:29 PM delete

Allahuakbar mujur semua selamat.

avatar

Google+ Followers