Beli iPhone 7 Online, Terima iPhone 3, 4 & Kad Yu-Gi-Oh


BAHANA pelancaran iPhone 7 di China adalah perkara yang sangat luar biasa apabila kumpulan pertama telefon tersebut habis dijual kurang dari masa sebulan ia memasuki pasaran.
Kerana sambutan yang hangat dan stok yang terhad, seorang wanita sanggup menanggung risiko penipuan memesan peranti itu menerusi jualan atas talian (online).
Menurut laporan tempatan negara tersebut, wanita berkenaan, Mimi Jiang telah memesan iphone 7 tetapi apa yang dihantar kepadanya adalah iPhone 3 dan iPhone 4.

Lebih malang lagi apabila Mimi juga diberikan sekeping kad fusion kartun popular, Yu-Gi-Oh dimana kad tersebut digunakan untuk menggabungkan dua raksasa menjadi satu.
Penjual tersebut memberikan iPhone 3 dan 4, dah jika ‘digabungkkan’ menggunakan kad kartun itu, ia akan menadi iPhone 7 seperti yang dipesan Mimi.
Tidak berpuas hati dengan penipuan tersebut, Mimi kemudian memuat naik gambar iPhonenya di akaun Facebook dan ia telah dikongsi melebihi 3,000 kali.


Gambar tersebut mendapat perhatian netizen, dan terdapat juga segelintir pengguna laman sosial yang meluahkan kekesalan mereka.
“Saya faham penderitaan awak, tetapi awak bernasib baik kerana masih menerima telefon dan bukannya sayur atau seluar dalam,” tulis Wen Xuan.
“Penjual atas talian kebanyakkan berperangai menyerupai haiwan yang tidak mempunyai akal. Saya juga pernah mengalami situasi seperti ini,” tulis seorang lagi netizen.

Sudah lah ditipu, tahap troll yang diberikan memang level 999! - Sumber
Jom layannnn...



Note : "Sebab tu, Lyssa paling takut kalau order gadget sebegini secara online. Kalau COD tu lain lah cerita ni. Ni yang main-main pos ni . Huwarghh . Tengok lah. Kemaruk nak iPhone7, dah dapat iPhone 3 + iPhone 4 = iPhone 7 (bila digabungkan menggunakan kad Yu-Gi-Oh ! hehe. Geli hati pulak dengar. Tapi, memang kejam betul la peniaga yang macam tu. *Jap nak bayangkan, apa la perasaan aku masa tu, kalau ditempatkan dalam keadaan macam tu. Mau beku otak tak tahu nak fikir apa dah. haha !"

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

2 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Murni Alysa
AUTHOR
September 22, 2016 at 12:01 PM delete

menangis tak berlagu laaa

avatar
Perawat Sihir
AUTHOR
September 22, 2016 at 12:15 PM delete

Takkan tak boleh nak tukar balik?

avatar

Google+ Followers