Salah Ejaan 'Amin', 'InshaAllah' Akan Mengubah Maksud ? Ini Penjelasan Yang Betul

Assalamualaikum..

Terdahulu pernah tersebar perkataan InshaAllah yang perlu dieeja betul dan tepat agar tidak mengubah maksud. Sehinggakan ramai yang bersetuju dan berkongsikan kenyataan itu. 

Kini telah tersebar pula poster ini yang menyatakan salah eja dalam bahasa Melayu ini boleh mengubah makna.




Namun menurut Ad-Dien Abdul Kadir, beliau menjelaskan perkara yang sebenarnya dan memperbetulkan perkara itu agar tidak disalaherti oleh umat Islam khususnya di Malaysia. 

Saya faham niatnya baik tapi ada beberapa perkara yang tidak tepat yang boleh diperbetulkan.

Sebenarnya yang mengubah makna jika salah ejaan ialah bila perkataan itu dieja dalam BAHASA ARAB sahaja

Ini kerana perubahan huruf dan baris memberi maksud yang berlainan dalam bahasa Arab.

Adapun ejaan "sebutan Arab" bahasa Melayu, ia tidak membawa sebarang makna. Ini kerana bahasa Melayu tidak mempunyai fungsi yang sama seperti bahasa Arab.

Contoh ejaan (إن شاء الله) dalam bahasa Arab terdiri daripada 3 perkataan berbeza. Kerana itu ejaan Arabnya perlu tepat.


Adapun jika dieja dalam bahasa melayu sebagai (In-Sha-Allah), perkataan (In & Sha itu tidak ada makna khusus pun dalam bahasa Melayu)

Maka tidak ada masalah nak eja InsyaAllah, Insha Allah, In Sha Allah etc.

Apa yang penting dalam bahasa Melayu ialah lafaz sebutan dan konteks perkataan Arab yang dimaksudkan dalam percakapan bahasa Melayu itu.

Contohnya bila orang Melayu berdoa dan sebut amin, maka yg dimaksudkan dan difahami disitu ialah amin sebagai "perkenankanlah permintaan" bukan jujur atau aman.

Begitu jugalah ejaan Mohamad, Muhamad, Muhamed etc. Yang dimaksudkan dan disebut dalam ejaan Melayu itu tetap satu lafaz dan makna yang sama, Muhammad.

Begitulah konsepnya.

Semoga berfaedah.

Wallahua'lam.


Sumber : Ad-Dien Abdul Kadir
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

3 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Perawat Sihir
AUTHOR
September 22, 2016 at 12:22 PM delete

Orang yang belajar Bahasa Arab akan fahamlah kaedah ni.

avatar
September 22, 2016 at 3:12 PM delete

maka moh lew belajo jawi... kikiki

avatar

Google+ Followers