Bila Aku Semakin 'Busy' ..

Assalamualaikum..

Hi korang.. Aduh, lama pulak rasa tak update blog ni.. Ada ke yang rindu kat Lyssa tu ? waahha . Tak payah jawab. Tahu, korang tak rindu pun... Maaf sebab dah seminggu lebih tinggalkan blog berhabuk sikit. Tahu je lah kan.. Bila dah bergelar 'student' tu, macam-macam kerja nak kena buat. Assignment itu lah, ini lah.. Nanti kalau adik-adik dah masuk zaman U nanti, adik-adik akan tahu lah.. hehe. Sabar jelah xD



Tambah pula sekarang ni, Lyssa dah Semester 2, makin lama, makin 'tuffff' lah subject. Dan makin lama, makin bertambah busy lah kan. So, blog pula akan tergantung sekejap2. Tak boleh nak tumpukan sangat dekat blog. Nanti blog ke mana, study ke mana, Lyssa pun ntah ke mana kan .. Ingat misi utama ! Nak dapat dean semua sem ! kahkah. *kengkonon* Tapi korang doakan je lah eh. InsyaAllah.

Minggu ni lah minggu yang paling 'busy' sekali ! Yang mana nak kena siapkan assignment. Masa ni lah juga ada yang dah kena submit assignment/proposal. Bukan tu je ! Dah la Jumaat ni dah start mem'busy'kan diri dengan Convo pulak kan. Jumaat pagi iaitu pada 21 Okt 2016 bermula lah 'rehearsal' yang akan berlangsung di PICC dan semua graduan dari UNIKL akan terlibat dengan raptai tu.

So, KENA SKIP CLASS LAH PULAK !!!



Erghhh... Benda-benda macam ni lah yang ceq tak berapa nak gemaq nih. Memang la ada excuse sebab terlibat dengan konvo which is berkaitan dengan UNIKL. Tapi, ceq tak berapa suka nak tinggal-tinggal kelas nih. Nanti mulalah tak faham itu lah.. Inilah .. Kan dah susah... Lepas tu nak menyusahkan orang lain pulak minta suruh explain. Satu hal pulak tuhh...

Ok. Hari Jumaat 3 kelas dah terlepas. Belum kira dengan hari Isnin pulak.. emm.. Untuk pengetahuan korang, konvo UNIKL akan berlangsung selama 3 hari iaitu hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Bagi Diploma dari UNIKL MIIT, kami adalah sesi yang terakhir iaitu Sesi ke-6 dan jatuh pada hari Isnin. Dan lagi sekali, 2 kelas kena skip. Huwarghh . Pishang wehhh ...

Tapi nak buat macam mana kan ? Teringin juga rasa nak berkonvo. Sebelum ni, mana pernah merasa. Merasa sikit pun masa konvo adik haritu. Tu pun dapat tengok je. Tak de la merasa lagi naik atas pentas. Lepas tu, nampak muka kita besaq gedabaq kat skrin putih tu nanti. haha .*berangan kejap*

Letih... Letih memang letih lah nak settle kan semua benda dalam masa yang sama. Tapi, nak buat macam mana. Ini semua dugaan. Tak best lah hidup, kalau langsung tak ada ujian mahupun dugaan. Betul tak ? hihi . Tak pe. Settle slow-slow. Lepas je konvo ni nanti, dah boleh fokus study macam biasa balik. Tak payah nak runsing apa dah kan. Fuhh..

So, kalau korang perasan blog Lyssa tak berupdate minggu ni ke, Lyssa minta maaf banyak-banyak ye. Itu je nak kabo...

Terima Kasih Sudi Baca ... xoxo

Eh, nak belanja satu gambar PRE-CONVO Lyssa jap .. hihi ...

Ok. Tahniah pada yang bakal grads minggu ni. Muahciked ! :*
Boleh tengok yang lain di ----> SINI <<

Tc. Bye~


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Shark Kay
AUTHOR
October 19, 2016 at 12:44 PM delete

skip kelas mmg rugi,
tapi kalau skip konvo pun rugi..
hehehe,
nak taknak kena ler korban,
dah keje nnti sama jer kena buat 2 kerja satu masa,
so praktis awal2 :)

avatar
October 19, 2016 at 3:44 PM delete

Yeyyyy dh convo.! Tahniah sis

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
October 20, 2016 at 2:15 PM delete

Alhamdulillah tahniah Lyssa...

avatar
Perawat Sihir
AUTHOR
October 26, 2016 at 11:11 PM delete

Biasalah kalau dah aktif berblog n dalam masa yang sama sebagai student, akan datang satu masa yang busy sangat.

Pengagihan masa dengan betul sangat diperlukan dalam situasi begini.

avatar
Organic hana
AUTHOR
October 27, 2016 at 4:59 PM delete

tahniah lyssa
da 6 tahun cmtu xjenguk blog lyssa..dah konvo.lyssa pun da nampak lain ehehe:)

homemade organic skincare product
www.organichana.com

avatar

Google+ Followers