Jangan Cepat Berprasangka Buruk Terhadap Orang Lain ! [VIDEO]

Assalamualaikum...

Hello you olls,

Seperti yang semua dah tahu, hari ni 29/10/2016 merupakan sambutan perayaan Deepavali bagi semua penganut beragama Hindu. Jadi, negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dan berbilang kaum tidak akan terlepas juga menyambut hari perayaan ini walaupun berlainan bangsa dan agama.

Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling peka dan hormat-menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita. Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian yang bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan 'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka.

Untuk pengetahuan semua, festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat kita lebih bertimbang rasa terhadap orang lain. *layan video di bawah sekarang untuk tahu apa maksud sebenar Deepavali ni* wink~wink~

Dari mula sampai habis video, ada je mesej yang nak disampaikan ! Korang boleh tengok sekarang dan comment apa mesej yang nak diorang sampaikan pada kita... Menyentuh hati betul !!!! T_T
Prihatin tu memang bagus kan ? Tapi jangan cepat berprasangka buruk !

Video daripada #Petronas khas untuk ada semua ! :*


Di negara ini Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sebagai tanda muhibah dan perpaduan. *macam video kat atas ni lah kan .. Meriah betul !!* Tapi korang kena tengok video ni dari awal sampai habis. Alaaa. 3 minit je pun. Tak ambik masa yang lama pun.

Semoga cahaya ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia. 

Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman yang lebih baik dan sifat bertimbang rasa yang tinggi.

Akhir kata, di kesempatan ini, Lyssa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua warga Malaysia terutama sekali kepada semua penganut beragama Hindu dan berbangsa India..

TerimaKasihSudiBaca ~ | SILA COMMENT DI BAWAH |
Comment di sini, apa pendapat korang mengenai video ni ? Apa mesej yang ingin disampaikan oleh video ini sebenarnya ? ATAU boleh comment terus >>  DI SINI  <<
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

8 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
firzz duka
AUTHOR
October 29, 2016 at 9:37 AM delete

MEsej yang nak disampaikan tu yang penting..good job petronas...first impression..

avatar
Sue Izza
AUTHOR
October 29, 2016 at 9:45 AM delete

itu la realiti kita skrg kan,curiga tak pasal2 tapi memang la.kena hati2 skrg kan banyak kes jenayah cuma kena siasat la.kalau nampak mencurigakan.

avatar
October 29, 2016 at 1:29 PM delete

iklan petronas mmg sentap beb

avatar
Que Achmad
AUTHOR
October 29, 2016 at 1:55 PM delete

Yup, setuju... Iklan ni penuh mesej yang baik

avatar
Daus Redscarz
AUTHOR
October 29, 2016 at 2:08 PM delete

Tak pasal-pasal kita ingatkan nak merompak. Itulah hakikat masy skrg ni. Semoga kita akan cuba berusaha utk berubah slps ni.

avatar
October 30, 2016 at 5:11 AM delete

Owhh, ending dia sangat sweet.... berbaloi tengok sampai abis..hehe

avatar
November 4, 2016 at 6:40 PM delete

Jemput join giveaway pertama syera

http://colourfullgirls02.blogspot.com/2016/11/giveaway-pertama-by-syera-rosli.html

avatar
November 15, 2016 at 3:27 AM delete

Bagus sangat ada pengajaran dari situ :)

P/S: Jana pendapatan lumayan dengan Uber.
Cara daftar di sini >> http://www.uber.hebahkan.com/2016/03/bagaimanakah-cara-mendaftar-untuk.html

avatar

Google+ Followers