INFO | 7 Cara Untuk Merawat Cirit Birit

Assalamualaikum..

Hi korang...

Hmm. Ntah kenapa lah, sejak akhir-akhir ni, Lyssa asyik terkena cirit birit je (ah ! malu nya nak bagitau !!) .. Dah lebih kurang nak dekat seminggu dah jadi macam ni.. Bila fikir balik, "aku ni tersalah makan ke apa".. Asyik nak ke toilet je... Bila pergi toilet je, tak sah kalau tak membuang. Bukan yang biasa-biasa, tapi 'cirit-birit' hokeh ! Dan, Lyssa ada cuba juga macam-macam cara ni.. Alhamdulillah sekarang dah okeh ! yey ...... :D

So, apa tips untuk merawat cirit birit ni ? Jom tengok !!!


1. Banyakkan minum air 



Tubuh badan kita memang memerlukan banyak air untuk menggantikan cairan yang hilang dalam najis menyebabkan dehidrasi. Jadi, minumlah air dengan kerap selang 15 hingga 20 minit sekali.
Kalau yang ni, memang Lyssa selalu amalkan, sampailah cirit birit tu hilang. hihi .

Atau korang juga boleh cuba minum jus buah-buahan kerana ia membantu memberi tenaga dan merawat cirit-birit lebih cepat.

2. Makan halia



Halia, sama ada mentah, kering atau jusnya memang sangat berkesan bagi merawat cirit-birit. Mengambil sedikit halia segar atau kering bersama sedikit garam bukit secara berulang dalam jarak waktu yang tetap akan menyembuhkan korang dalam masa beberapa hari. 

3. Elakkan produk tenusu dan gula



Makanan sebegini sebenarnya boleh memburukkan lagi cirit-birit kita tau.. Jadi, sebolehnya elakkan makanan yang mengandungi hasil tenusu dan bergula seperti susu, cheese, dan aiskrim.

Gula-gula, kek, pastri dan coklat juga boleh membuatkan cirit birit kita semakin teruk. So, elakkan lah ye ? Untuk itu, ambil  makanan kurang pedas dan mudah dicerna.

4. Minum jus labu air



Jus labu air sangat berkesan untuk menyembuhkan cirit-birit sepenuhnya dan jus ini memang berkesan dan boleh digunakan untuk menghilangkan dahaga dehidrasi ketika cirit birit. Tambahkan secubit garam dan korang akan lihat hasilnya nanti.

5. Makan Pisang



Haaa .. Pisang ni, bukan saja boleh dimakan begitu sahaja kan. Malah macam-macam variasi makanan boleh dioleh menggunakan pisang.  Pisang kaya dengan magnesium dan zat besi. Jadi, kalau korang makan pisang setiap hari, penyakit cirit-birit akan dapat dikurangkan sampai korang sembuh.. Lyssa suka makan pisang ! Korang ? hehe~

6. Pil Chi Kit Teck Aun



Pernah dengar dengan benda alah ni ? Lyssa yakinlah 99% daripada pembaca blog Lyssa ni mesti pernah dengar dan pernah makan pun ubat ni kan ? Ubat ni mudah sangat didapati di mana-mana  kedai runcit dan kedai 24 jam. Biasanya, lepas makan, akan rasa lega dalam masa 2 jam. 

7. Pucuk Daun Jambu Batu



Ok. Yang ni pun boleh merawat sakit cirit birit tau ? Korang hanya makan beberapa helai pucuk daun jambu batu yea..



** Ok.. So itu adalah tips atau info untuk korang rawat penyakit cirit birit yang korang sedang alami sekarang ni. Daripada petua di atas, mana 1 agak2 korang yang paling berkesan ? Atau ada lagi cara lain yang Lyssa tak tahu ? Boleh share di ruangan komen ya ...

Terima Kasih Sudi Baca ~

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Ainun Kalisah
AUTHOR
June 4, 2017 at 9:12 PM delete

Tips yg berguna. Blogwalking here.

avatar
Kulit Comel
AUTHOR
June 9, 2017 at 11:25 AM delete

tips yang bagus :) Jom keblog kite pulak. Bole tgk tips2 kecantikan. ^^
http://seriwanita.com/
https://www.facebook.com/seriwanitablog/

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 18, 2017 at 2:19 AM delete

bagusla la info awak bagi ni

avatar
Unknown
AUTHOR
September 1, 2017 at 5:23 AM delete

Hello there, Hashanah at dlu wktu zaman blogging slalu baca blog akak tk sgka it was still here until now. Im amazed keep on writing good thing sister .All the best

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers