Remaja Lelaki Ditemui Mati, Gara-gara Memakai 'Earphone' Semasa Tidur !


Gambar hiasan

MELAKA : Seorang remaja lelaki yang tertidur dengan fon telinga (earphones) di telinganya, yang telah dipasang melalui telefon bimbitnya yang sedang dicas, ditemui mati pagi kelmarin.

Ibu mangsa mendapati anaknya terbaring kaku di dalam bilik tidurnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Kamaluddin Kassim berkata, ibu remaja itu berusia 48 tahun, seorang jururawat pergi untuk mengejutkan dia bangun pada pukul 7.00 pagi kelmarin. 

"Disebabkan tidak mendapat sebarang maklum balas daripada anaknya itu, ibunya menggunakan kunci 'spare' untuk membuka pintu bilik anaknya yang dikunci dan beliau mendapati anaknya terbaring kaku di atas katil."

"Mangsa mempunyai kedua-dua 'earphone' di telinga dan disambungkan ke telefon mudah alih, yang telah dipasang ke 'powerbank' untuk dicas", kata Kamaluddin.

Ibu telah cuba untuk bangunkan anaknya akan tetapi tidak ada jawapan. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polid Bukit Baru pada pukul 8.10 pagi pada hari Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Syamirul Armizie Adenan, 19 tahun dan masih menganggur.

Kamaluddin berkata terdapat kesan terbakar pada bahu kiri remaja itu di mana powerbank itu diletakkan. Ia tidak diketahui jika powerbank telah meletup.

Beliau berkata, mayat telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mangsa merupakan anak kedua daripada 4 adik beradik dan beliau tinggal dengan ibunya di rumah keluarga mereka. Kali terakhir dilihat, dia memasuki bilik tidurnya pada Khamis pada pukul 10.00 malam. 


NotaKaki : Hmm, bahaya betul lah kes-kes macam ni. Dah banyak dah yang berlaku kan. Macam sebelum ni, ada remaja perempuan rentung terbakar disebabkan kes yang sama juga. Pakai earphone semasa tidur. erghh! Seram sangat bila difikir-fikirkan balik. Risau betul la bila benda macam ni berlaku lagi lepas ni. Dah ada kes macam ni, tapi manusia masih berdegil dan tidak menghiraukanya kan. Tetap nak letak juga earphone masa tidur sambil caj phone pulak tu. Harap lepas ni, korang semua ambil iktibar dan pengajaran lah dengan apa yang telah berlaku kepada adik Syamirul ni. Jangan pandang sebelah mata. Ye betul ! Ajal maut ditangan Tuhan. Kalau boleh elak benda-benda bahaya begini, cubalah elakkan ya. Nasihat kecil, dari blogger yang tak bertauliah...


Sekian.

Terima Kasih Sudi Baca ..
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

8 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Záty Rose
AUTHOR
May 31, 2017 at 11:43 AM delete

kesiannya! takutlah pula nak pakai earphone...

avatar
June 2, 2017 at 3:27 PM delete

takut pulak kan dengar kes macam ni, sha selalu jugak tidur pakai earphone tapi bukan time charge la

avatar
Unknown
AUTHOR
June 3, 2017 at 1:48 PM delete

http://www.ketamkecil.com/kenapa-perempuan-susah-nak-kurus-walaupun-dah-makan-sikit/

avatar
Unknown
AUTHOR
June 3, 2017 at 1:50 PM delete



JOM USHA USHA BLOG NI ☝☝😘

avatar
atiehilmi.com
AUTHOR
June 5, 2017 at 7:39 AM delete

takutnya !! em.. semoga kita lebih berhati-hati la ye.. pengajaran..

avatar
Unknown
AUTHOR
June 9, 2017 at 9:06 AM delete

haih takot la nak pakai earphone lama2 cmni

free singgah la ye sis
http://seriwanita.com/
https://www.facebook.com/seriwanitablog/

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 13, 2017 at 12:57 PM delete

Dah lama x pakai earphone..

avatar
Ara
AUTHOR
October 11, 2017 at 1:25 PM delete

Alahaii, Ara selalu buat macam tuu. Pakai earphone, sambil caj and sambil otp. Hahahhahahaha. Alamak, seram pulakkkkk

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon