INFO | 15 Cara Mudah Mengatasi Hidung Tersumbat Dengan Berkesan

Assalamualaikum..


Hidung tersumbat ? Haih.. Itu adalah salah satu perkara yang paling Lyssa tak suka kalau terkena. Baru-baru ni, sibuk dengan musim buah-buahan, durian lah .. manggis lah .. rambutan lah .. Bila teringinkan semua tu, memang tak fikir apa lah kan. Main sumbat je dalam perut. Tup..tupp..tupp dah panas terus badan esoknya. Bukan takat panas badan (demam) je, dia angkut sekali dengan pakej selsema, sakit tekak, batuk siket-siket. Ah sudah ! Penat juga lah waktu tu. Tanpa fikir panjang, Lyssa pun pergi lah beli ubat kat farmasi dan makan. Lega dah sekarang, cuma ... HIDUNG TERSUMBAT je ! 



"Emm nak buat macam mana eh, kalau hidung tersumbat ? Selsema dah la tak hilang-hilang, nak bernafas pun semput, hidung asyik tersumbat je. Nak tidur, lagilah tak selesa ! Kadang tu, kena bernafas ikut mulut je.. sampailah tertidur.. Macam mana la nak legakan hidung tersumbat ni.."

Memang 'seksa' tau, kalau hidung tersumbat. Siapa biasa kena, memang tahu lah azabnya kan.. Kadang tu, sampai jadi stress dan pening kepala terus.. Cakap pun dah sengau dah sekarang...

Tapi, nasib baiklah ada cara yang boleh kita atasi dengan mudah dan murah ! Apa caranya ? Jom tengok ...

15 Cara Melegakan Hidung Yang Tersumbat Dengan Berkesan


1. Elak hembus hidung dengan kuat

Kalau korang hembus hidung dengan kuat, ianya akan menyebabkan masalah tersumbat dengan lebih teruk dan membran lembut dalam hidung bertambah radang. 


2. Mandi air panas

Wap yang keluar daripada haba panas membantu melancarkan pernafasan. Jika tidak mahu mandi, memadai menyedut wap panas.


3. Sedut wap panas

Masak air panas dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, sedut wap panas sehingga selesa bernafas.


4. Minum dan makan cecair yang banyak

Korang boleh amalkan pengambilan cecair seperti air, sup, dan teh herba yang banyak sewaktu hidung tersumbat. Ini kerana ianya akan mengurangkan mukus dalam hidung yang menyebabkan hidung kita boleh tersumbat.


5. Tuam kawasan hidung

Basahkan tuala dengan air panas, dan tekap di kawasan batang hidung. Elak diletakkan pada laluan udara. Lakukan berulang kali, sehingga korang dapat melegakan hidung tersumbat dan boleh bernafas dengan selesa. 


6. Sapu minyak

Sebelum tidur, korang bolehlah cuba untuk sapu minyak aromaterapi seperti eucalpytus, minyak tea tree, atau krim yang sesuai pada leher dan dada untuk memudahkan pernafasan.


7. Hidu 'Vapour Rub'

Sapu 'vapour rub' pada tisu dan hidu. Menthol dan eucalpytus di dalamnya memberi kelegaan pada hidung yang tersumbat. 


8. Pakai pelekat pada hidung

Pelekat hidung ni, kebiasaanya untuk orang yang berdengkur. Walaupun fungsi 'nasal adhesive strip' ini adalah untuk kurangkan dengkur, namun ia juga boleh membantu pernafasan dengan selesa.


9. Makan makanan pedas

Perasan tak, bila kita makan makanan pedas mesti air akan keluar daripada hidung. Jadi, makanlah makanan pedas untuk membantu mengeluarkan lebihan cairan dalam hidung yang membuatkan hidung tersumbat.


10. Calit 'Peppermint Oil' di bawah hidung

Tuang setitik 'Peppermint Oil' pada jari dan calitkan di bawah hidung. Ini adalah salah satu cara juga untuk melegakan daripada hidung tersumbat.


11. Posisi kepala terangkat semasa tidur

Semasa tidur, korang boleh tinggikan kepala dengan meletakkan bantal tambahan. Cara ini akan membolehkan lendir yang terdapat dalam hidung tersumbat untuk keluar. Dan, dengan cara ini jugalah cukup efektif untuk membuatkan waktu tidur korang tidak terganggu disebabkan sukar untuk bernafas.


12. Berkumur air garam

Masukkan garam ke dalam air panas. Kacau sehingga larut. Berkumurlah beberapa kali dengan larutan tersebut. Ini adalah cara terbaik untuk mengalirkan lendir dan membuka sumbatan pada hidung korang tu..


13. Berjalan-jalan

Kalau hidung korang tersumbat lagi, korang boleh cuba untuk keluar berjalan-jalan dan 'refresh' kan diri korang tu. Gerakan yang sederhana seperti berjalan kaki dapat meningkatkan sirkulasi pernafasan dan terus dapat melegakan hidung yang tersumbat tu...


14. Pasang Humidifier/Vaporizer

Stim yang keluar daripada humidifier/vaporizer dapat membantu korang untuk mendapatkan tidur yang lena kerana ia membuka ruang pernafasan dengan lebih luas.


15. Cuba elak minum susu

Beberapa orang yang mengalami hidung tersumbat yang lebih parah ketika minum minuman bersusu. Mestikan tidak diwajibkan dan tidak ada butki yang menyokong pendapat ini, korang cuba juga lah elak daripada susu, keju dan produk yang mengandungi susu ketika mengalami hidung tersumbat.


Alhamdulillah, dengan 15 cara mudah ini, sedikit sebanyak dapat juga membantu korang yang mengalami hidung tersumbat tu kan. Sama-sama lah kita jaga hidung kita ekk ... hihiihi :D



p/s : Jangan lupa dapatkan rawatan doktor jika hidung tersumbat melebihi 10 hari... ^^ pergi check kot kot ada penyakit lain pula, lagi parah kan.. Minta dijauhkan.. Amin ~



TerimaKasihSudiBaca~
LIKE JIKA SUKA, SHARE JIKA BERMAKNA..

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

7 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
July 20, 2017 at 9:19 PM delete

New tips elakkan minum susu .baru CCL tahu ..

avatar
Ninie
AUTHOR
July 20, 2017 at 10:28 PM delete

x tau pun x boleh hembus kuat2 sbb jadi lg tersumbat....patut la. Tp tips no.7 mmg membantu.

avatar
Ainun Kalisah
AUTHOR
July 21, 2017 at 2:07 PM delete

Tulahh samelah asyik tersumbat je hidung ni

avatar
BudakVanilla
AUTHOR
July 21, 2017 at 9:04 PM delete

info yang sangat menarik nie, baru tau pasal minum susu dan berjalan2 tu :D
thanks :D

avatar
Paahjais
AUTHOR
August 4, 2017 at 1:21 PM delete

First time baca kumur dengan air garam... Ini rare... Boleh cuba...

avatar
Anonymous
AUTHOR
August 11, 2017 at 4:13 PM delete

info bagus...


mudah hanya guna smartphone....
http://lynk.my/oyqa
http://lynk.my/FEfA
http://lynk.my/zoha

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers