Makin Ditunggu, Makin Stress Dibuatnya !

Assalamualaikum..


Makin Ditunggu, Makin Stress ! Itu lah apa yang Lyssa tengah rasa sekarang ni. Bagaikan harapan 'pelesu' semata-mata. Hampir seminggu juga lah dibelenggu dengan perasaan yang macam ni. Ingat ke, harini dah boleh hilang stress dah, rupanya sama juga. TETAP STRESS !


Nasiblah rambut Lyssa tak jadi macam gambar kat atas tu bila tengah stress. haha ! Ok. Macam ni, apa yang Lyssa tengah stress kan sekarang ni adalah disebabkan oleh satu benda yang tak nak muncul-muncul sampai sekarang ! yah .. RESULT EXAM UNIKL !!! 

Katanya dijangka akan keluar keputusan exam harini, Isnin (24/7/17), petang lah kengkonon nya... Tapi sampai sekarang... Hapah pun tarak ... =[

Sebelum harini, ada juga terbaca di Twitter yang mengatakan keluar result masa hari Khamis lepas. Tapi tunggu punya tunggu, masih takde. Sampailah sekarang, masih tiada lagi jawapan. Takkan dorang nak peram 'result' kitorang sampai dah start kelas nanti. Kelas pulak, next week dah start dah.. Huwaaa.. Please UNIKL.. jangan seksa weolls begini ! hukhuk :'(

Bukan takat stress tunggu result je, stress jawab exam haritu pun masih tak habis lagitau. Ni kan pula stress nak kena tunggu. Bila bergabung, mana tak meletop ! Eh, eh.. Bukan Lyssa sorang je, yang macam ni, member-member Lyssa pun sama la stress tunggu result tak keluar... hahahahhahahaha....
Sampai ada yang tak boleh nak tidur lah asyik dok fikir pasal, "bila result nak keluar!!!"...



Sebenarnya, apa yang buat Lyssa  bertambah stress dan berdebarnya sebab exam untuk semester kali ni, Lyssa kurang yakin untuk dapat result yang 'OKEY'! Macam kes sebelum ni, tak de lah rasa macam ni sangat. Tapi, kali ni jerr... Sebab ada la 2 3 subject yang Lyssa 'kureng' confident masa jawab final haritu. Bermurung jugaklah lah seminggu sehari sebab tak boleh nak jawab... Habis tempias kena dekat kengkawan Lyssa. haha! Sorry guys!*

Itu je pun, yang boleh menyebabkan bertambah stress. Kadang terfikir.. " Dah 2 sem aku dapat dekan, tapi sem ni boleh dapat lagi ke ? Macam tak boleh je... Macam tak lepas je..." Ah serabut ah ! Kalau boleh, nak la merasa mungkin untuk kali terakhir sebelum mulanya FYP sem akan datang ni. Itu pun satu hal. Bila FYP dah mula, lagi la susah rasanya nak kekalkan dean tu...

Kadang, bila fikir balik.. Orang lain-lain selain aku dengan kawan-kawan aku, pun macam kitorang jugak ke eh? Ke, diorang macam ambik tak peduli dan tak kesah je ?.. errr.. Ke kami ni yang "POYO" terlebih asyik dok fikir pasal result ? hahahahah ...

Dah lah... Tak kisah lah.. Asalkan result keluar. Tunggu je lah.. Sabar je lah.. Kalau ok, OK ! Kalau tak ok, nak buat macam mana.. TERIMA JE LAHH.....


Ok dah.

TerimaKasihSudiBaca.
LIKE JIKA SUKA, SHARE JIKA BERMAKNA~
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

15 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Eeca Shyaa
AUTHOR
July 24, 2017 at 7:44 PM delete

sabar. takmo stress stress. :P

avatar
July 24, 2017 at 10:03 PM delete

ayooo result exam memang mendebarkan huhuhu..

avatar
Anisa Anuar
AUTHOR
July 25, 2017 at 8:51 AM delete

sokay...sabar ea..ada la tu nape kne tggu

avatar
July 25, 2017 at 3:16 PM delete

@Eeca Shyaa

hee, dah habis sabar dah ni.. hahah !

avatar
July 25, 2017 at 3:16 PM delete

@Siti Yang Menaip

kann.. tahu tak pe... debar2 gilerr..

avatar
July 25, 2017 at 3:17 PM delete

@Anisa Anuar

hihih,, ada apa laa tu kann :D

avatar
haziq tyty
AUTHOR
July 27, 2017 at 3:36 AM delete

lysaa study unikl mana?? ��

avatar
haziq tyty
AUTHOR
July 27, 2017 at 3:37 AM delete

lysaa study unikl mana ? 😬

avatar
walidin net
AUTHOR
July 28, 2017 at 10:25 PM delete

Bilamana stress ambilah air wudhu. Rasakan benar benar kesegarannya

avatar
Ainun Kalisah
AUTHOR
July 29, 2017 at 1:14 PM delete

Hihihi marah lun comel hahah

avatar
Hana Khairi
AUTHOR
July 31, 2017 at 9:43 AM delete

Sabar dik jangan diikutkan Rasa stress tu. Kalau dah buat Yang terbaik insyaallah....

avatar
August 8, 2017 at 4:43 PM delete

Nah sudah banyak custumer gunakan Pakej Wisata bersama
CUTICUTI HOLIDAYS , ANDA BILA?
Open Date , Harga More option(Budget , Standart , Exclusive)������
Tour 3 city
Medan , Lake toba , Brastagi

√TANYA HARGA SILAHKAN
Pakej termasuk :
Hotel , transport , makan , tiket semua lawatan , tour guide , air mineral , kapal ferry ke pulau samosir
Pakej tidak termasuk
Tour eksternal , tiket flight and return
============================
Boleh nak request tour yang anda suka
Boleh check my blog :
tourandtravelcuticutiholidays@blogspot.com
My email : medanhiphop@gmail.com
Whatsapp : +6281361906152 (saidina umar)
=============================
Cuticuti holidays juga menyediakan tour pakej :
√TOUR LOMBOK
√TOUR BALI
√TOUR BANDUNG
√TOUR ACEH
√TOUR PADANG
√TOUR GOLF MEDAN
Sila whatsapp jika anda berminat tour bersama CUTICUTI HOLIDAYS
#MYTRIPYOURADVENTURE #TRAVELAGENT #TRAVELLING #TRAVELMEDAN #TRAVELBALI #TRAVELLOMBOK #TRAVELACEH #TRAVELPADANG #TRAVELGOLF

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers