AMI Vitamin Skincare | Vitamin Untuk Muka !

Assalamualaikum...

Hi korang semua. Apa khabar ? Lyssa harap semua pembaca blog Lyssa ni sihat-sihat je lah ye. Kalau ada yang tak berapa nak sihat, lepas sahaja dengar satu berita gembira yang Lyssa nak bagitau ni, mesti korang akan sihat serta merta. muehehe. Ada hadiah Lyssa nak bagi kat korang nih.. 5 pembaca terawal je boleh dapat hadiah ni. Kalau nak tahu apa, boleh teruskan membaca sampai habis tau ! Hee~

Tapi, sebelum tu, Lyssa nak tanyalah pada pembaca setia blog Lyssa ni. Korang pernah dengar tak dengan satu produk skincare ni namanya AMI Vitamin Skincare . Apa !? Tak pernah ? Meh sini nak bagitau serba sedikit mengenai produk ni...

Apa itu AMI Vitamin Skincare ?


AMI Vitamin Skincare adalah satu set penjagaan kulit muka yang diperkaya dengan Vitamin C. Kalau nak tahu, kebaikan Vitamin C ni, memang sangat baik untuk kesihatan kulit kita. Selain daripada vitamin C yang pernah korang amalkan sebelum ni dalam bentuk minuman atau makanan, ada juga vitamin C yang telah dijadikan penjagaan dan kecantikan kulit. Salah satunya seperti set AMI Vitamin Skincare inilah. Set penjagaan kulit ini terdiri daripada 3 jenis produk iaitu Cleanser, Serum dan Night Sticky Serum. Masing-masing mempunyai tindak balas yang tersendiri bagi kulit muka kita nanti. Siapa yang ada masalah kulit muka, ataupun kulit muka dah elok, tapi tetap nampak kusam, korang boleh cuba dengan produk ni tau !

Ok. Jujur Lyssa cakap, Lyssa sendiri sendiri pun dah guna set AMI Vitamin Skincare ni. Dan dah jadi one of my favourite skincare setakat ni. Kebetulan pula, baru-baru ni semua set penjagaan muka dah habis. Cleanser dah habis. Serum muka pun dah habis. Saja nak cuba produk ni pulak. Ternyata, YES ! IM LOVE IT !!!



Apa Kelebihan AMI Vitamin Skincare ?


Sebenarnya, banyak kelebihan yang kita boleh dapat jika menggunakan produk AMI Vitamin Skincare ni. Sebabnya, set ini merupakan set 3+1 yang mempunyai 4 bahan yang sangat baik untuk muka.


Agaknya, apalah yan terkandung dalam set ni ek, dan apa juga kelebihan yang kita boleh dapat ? Jom tengok !!

1. Gluthathione
  • Mencerah dan memutihkan
  • Bertindak sebagai anti-penuaan
  • Menjadikan kulit cerah berseri dan glowing
2. Vitamin E
  • Membantu merawat kulit
  • Menyembuhkan parut di wajah
  • Merawat kulit yang rosak
  • Memberi kelembapan pada wajah
3. Astaxanthin
  • Mempunyai antioksidan
  • Perlindungan cahaya matahari secara semulajadi
  • 6000 kali kuat dari vitamin C
4. Plus + Extra Vitamin C
  • Menegangkan kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan wajah
  • Mencerahkan
  • Meningkatkan pengeluaran kolagen

*Kecil comel je kan, packaging dia. Senang nak bawa travel!" muehehe:*

Wahh ! Banyak betul manfaat yang akan kita dapat kalau guna AMI Skincare ni kan ? Hee, Lyssa tak tipu tau. Sebab Lyssa pun gunakan produk ni juga. So far. kulit Lyssa makin okay dan tak berapa nak kusam dah ! Paling penting, jerawat muka dah tak tumbuh ! weee~

Set AMI Vitamin Skincare


Jom kita tengok satu persatu produk yang ada :)


Qo-C Cleanser (50gm)


Qo-C Cleanser ini merupakan pencuci muka bagi set ini. Lyssa suka sangat pakai pencuci muka ni sebab bila bilas je dengan air, automatik muka Lyssa jadi lembut, licin dan secara tidak langsung segala whitehead kat muka ni terkeluar habis. Bukan setakat hasilnya saja yang Lyssa suka. Bau cleanser ni pun wangi. Pernah bau syampoo atau sabun baby ? Haa, gitu lah bau pencuci muka ni! hehe.. Tak caya korang kena cuba dulu :D

CARA PENGGUNAAN :
1. Picitkan sedikit cleanser di jari.
2. Perlahan-lahan, urut terus ke bahagian muka. Berhati-hati di bahagian mata.
3. Kemudian, bilas.
4. Untuk hasil yang cepat, gunakan ia 2 kali sehari.

*Inilah tekstur Cleanser AMI Vitamin* :)



Quitty-K Serum (20gm)



Quitty-K Serum ini pula merupakan serum muka yang boleh merawat segala masalah kulit muka kita. Ia juga berfungsi sebagai melembutkan kulit muka dan mengawal lebihan minyak yang tersumbat di liang pori. Haaa, daripada korang beli serum yang asing-asing tu kan, Lyssa syorkan sangat korang guna serum yang sama jenama dengan pencuci mukanya. Lagi cepat nampak kesan dan hasilnya pada muka kita nanti tau. Jimat pun jimat, sebab dalam satu set ni, ada ketiga2 jenis produk yang boleh merawat kulit kita sekaligus dapat menyihatkan kulit sebab produk ni kan dirumus dan diperkayakan dengan vitamin C. Lagi cepatlah ia bertindak ke kulit muka kita kan . :D

CARA PENGGUNAAN :
1. Picitkan sedikit di jari.
2. Calit-calit kan di bahagian muka korang.
3. Kemudian, seratakan terus ke seluruh wajah korang tu.
4. Boleh digunakan pada waktu siang dan malam.

*Inilah tekstur Serum AMI Vitamin* :)



VV-2 Night Sticky Serum (10gm)



VV-2 Night Sticky Serum pula benda apa ? Haa.. Korang mesti tak pernah dengar dengan Night Sticky Serum kan ? Selalu kita dengar perkataan Serum tu kita tahu lah kan. Jadi, apa beza Night Sticky Serum dengan Serum biasa ? Ok. Night serum ini sesuai digunakan pada waktu malam kerana ianya bersifat sticky(melekit) dan tidak perlu dicampur dengan penggunaan produk lain. Walaupun namanya sticky, tapi takde lah melekit sangat sebab ianya cepat je terus meresap masuk ke dalam kulit kita. So, memang mudah juga nak jaga kulit kita pada waktu malam pula kan. Pakai night serum ni, dan terus tidur. Sambil tidur, sambil kulit jadi cantik! hee.. Ianya berkesan menyerikan wajah kulit yang kusam, membaiki struktur kulit dan juga anti-penuaan.

CARA PENGGUNAAN :
1. Calitkan sedikit Night Serum ke muka.
2. Urut secara perlahan ke serata wajah dalam arah bulatan ke atas menggungakan jari.
3. Jauhi dari terkena kawasan mata.

*Inilah tekstur Night Sticky Serum AMI Vitamin* :)


AMI Vitamin Skincare Ada KKM Tak ?


Oh ya! Lupa pula Lyssa nak bagitahu part tu. Korang tak perlu takut untuk guna produk ni tau. Sebab ianya sudah medapat kelulusan sahkan oleh KKM. Jadi, memang selamat digunakan!



Testimoni AMI Vitamin Skincare Daripada Lyssa Sendiri



Sebenarnya, Lyssa baru sahaja seminggu menggunakan produk AMI Vitamin Skincare ni. Mula-mula rasa takut juga lah nak guna. Sebab produk baru kan. Lagipun, baru sangat habis cleanser dan serum dari produk jenama lain. Takut juga nak cuba produk baru. Tapi, Lyssa tetap yakinkan diri untuk cuba. Sebab ramai yang kata produk ni bagus, dan memberi impak yang memberansangkan. Hari pertama, Lyssa cuba pakai cleansernya dulu. Serum dengan Night Sticky Serum, Lyssa hold on dulu. Sebab nak tengok dulu, ok ke tak produk ni. Tu saja test dengan pencuci mukanya dulu. AND !! Selepas dah guna Cleanser tu, muka nampak makin helokkkkk dan lembut. Takde naik biji-biji pun. Alhamdulillah. Boleh la cuba pula pakai kedua-dua serum tu. Bila dah cuba pakai 1 set tu, Lyssa dah nampak perubahan pada kulit Lyssa dah tak berapa nak kusam dah dan ternyata makin cerah! Mula terdetik dalam hati, "OMG! Now, AMI Vitamin Skincare is one of my favourite product !" Tak sia-sia lah Lyssa cuba produk baru ni kan? Dan kenapa korang tak nak cuba sedangkan produk ni dirumuskan dengan Vitamin C dan sangat baik untuk kulit muka kan ? Lyssa dah cuba ! Korang bila lagi ? 

Atau nak tunggu Lyssa bagi hadiah ?????



OK OK ! Nak hadiah kan... Korang bernasib baik sebab Lyssa tengah berhati mulia nak bagi korang hadiah ni. Yeah !!

BAUCER UNTUK PEMBACA BLOG LYSSA

Ye. Inilah hadiahnya. Kepada 5 pembaca blog Lyssa yang terawal yang teringin nak mencuba produk AMI Vitamin Skincare, korang berpeluang untuk mendapat baucer bernilai RM40 bagi setiap pembelian produk AMI Vitamin Skincare. Korang boleh redeem baucer hanya menyebut nama Lyssa Faizureen sahaja. Mudah kan ? Nak cepat, terus je whatsapp ke : http://wasap.my/60175499817


REDEEM VOUCHER CODE = "LYSSAFAIZUREEN"


Untuk info lanjut boleh terus ke :



WEBSITE :


#amivitaminskincare #vitaminmukaanda

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Latest
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Nieyl
AUTHOR
October 3, 2017 at 12:30 PM delete

Lepas ni kulit lebih mulus dan cantik la...:)

avatar
October 6, 2017 at 1:42 AM delete

bertambah cantiklah cik lyssa yang sorang ni :)

avatar
Aleeya
AUTHOR
October 6, 2017 at 1:36 PM delete

mcm best je.. mcm nak try je produk ni

avatar
October 13, 2017 at 11:02 AM delete

@Nieyl

mestilah.... patut cuba tau guna produk nihh ;D

avatar
October 13, 2017 at 11:02 AM delete

@Azhafizah Md Nor

heee, sis pun boleh cuba kalau nak santekkkkk.. muehehe..

avatar
October 13, 2017 at 11:03 AM delete

@Aleeya

boleh laa cuba.. belum cuba, belum tahu kan, hasilnya .. hihi :D

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers