ODYSSEY Dari Lembah Ke Puncak | Kisah Hidup Sepasang Suami Isteri Menjadi Sumber Inspirasi

Assalamualaikum

Baru-baru ni , Lyssa ada terbaca satu buku yang mengisahkan kisah hidup sepasang suami isteri yang sangat unik, versatile, merendah diri dan penyayang dan juga dua insan ini sangat hebat dalam melalui pelbagai halangan dan rintangan, namun tak pernah langsung berputus asa. Tak lain tak bukan Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma. Buku bertajuk ODYSSEY Dari Lembah Ke Puncak ini bukan hanya setakat untuk dibaca sahaja, tetapi ianya juga untuk dijadikan teladan dan motivasi kepada sesiapapun yang mahu berjaya dan menghargai hidup.





Buku ini terdapat dua bahagian yang mempunyai 160 muka surat (termasuk gambar) iaitu 18 Bab yang mengisahkan kisah isteri, Sharifah Ameelia Akma dan 23 Bab lagi kisah mengenai suami, Zaidi Yusoff. Dalam 41 bab yang ada, macam-macam yang korang akan dapat. Macam-macam perasaan yang akan timbul bila korang baca buku ni nanti. Ada bahagian yang sedih, gembira dan sekali gus dapat memotivasikan diri kita pula sehingga kita terfikir, bila kita akan jadi berjaya macam mereka juga. Lyssa dapat bayangkan betapa sukarnya kehidupan yang mereka lalui bersama terutama selepas mereka bekahwin untuk memulakan hidup baru. Betapa cekalnya mereka hadapi semua itu bersama.


Kalau ada yang tertanya siapa Encik Zaidi Yusoff dan Puan Ameelina Akma ini, mereka adalah peneraju utama Zy Phyto Tech Industries yang menawarkan perkhidmatan membuat produk bagi usahawan yang ingin mengeluarkan produk sendiri.


ODYSSEY Dari Lembah Ke Puncak

Buku ini dimulakan dengan kisah Puan Ameelia Akma sejak zaman kecil lagi dan bagaimana karekter beliau dari dulu yang sangat nakal dan lasak. Nakal yang tidak memudaratkan lah. Lyssa tercuit bila terbaca yang semasa kecil, emaknya pernah ketuk kepala lutut beliau dengan senduk sebab terlalu nakal dan tidak mendengar nasihatnya. Tabiatnya itu terbawa-bawa sampai ke kolej dan disebabkan "culture shock" kerana baru keluar kampung ke bandar dan asyik menghabiskan masa tanpa tujuan, seronok dengan kehidupan zaman remajanya. Sehinggakan beliau pernah menduduki peperiksaan untuk 10 kertas. Hari demi hari, beliau belajar dan sampai lah bertemu dengan lelaki idamannya di UiTM. Nak tahu kisah seterusnya, haaa korang kena la dapatkan buku ini juga.. hihihi.


" Saya sering beringat, Allah hanya bagi peluang sekali untuk kita gunakan dengan sebaik-baik mungkin ke jalan-Nya " - Ameelia Akma


     


Bersambung pula dengan kisah suaminya, Encik Zaidi Yusoff yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau memang sangat bijak sejak dari kecil lagi dan lulus dengan cemerlang dalam SPM dan memperoleh 15 agregat. Beliau juga pernah mendapat tawaran kursus ke Jepun dan beliau adalah antara 100 pelajar yang terpilih untuk menyambung pelajaran di universiti di Jepun. Malang sekali, selama di Jepun, beliau gagal di setiap semester menyebabkan beliau terpaksa  berhenti dan balik ke kampung. Akan tetapi beliau tidak berputus asa dek kegagalan tersebut. Beliau memohon untuk masuk ke UiTM dan permohonannya berjaya dan tak disangka-sangka, beliau terjumpa kawan-kawan lamanya di sana. Dan di situ juganya, beliau berkenalan dengan isterinya Puan Ameelia Akma. Dari situ, bermula lah kisah mereka. Susah senang bersama sehingga mereka berjaya sampailah sekarang dan dikurniakan 3 cahaya mata yang sangat bernilai bagi mereka suami isteri.

" Apabila kita dijemput oleh Allah, Bukan bisnes yang akan dibawa tetapi amal jariah dan amalan kita. Itu yang kami ingin lakukan " - Zaidi Yufoff & Ameelia Akma


Kalau korang nak tahu, perniagaan mereka dimulakan dari RM3000 kini dah menjangkau RM30 juta ringgit !!! Semua ada diceritakan dalam buku ODYSSEY Dari Lembah Ke Puncak ni. Tak ada kisah yang tersembunyi pun, segala pahit duka, jatuh bangun semua ada diselitkan dalam buku ni. Sememangnya buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur yang ingin berjaya dalam hidup dan ingin bangkit dengan semangat bagi menghargai kehidupan.



Buku ini berharga RM49.90 sahaja.


Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan buku ODYSSEY Dari Lembah Ke Puncak ni dengan contact/whatsapp Putri : 01128868898

Terima Kasih Sudi Baca :)
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

9 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Mrs. A
AUTHOR
July 20, 2018 at 10:33 AM delete

Baca review buku ni pun dah menarik.

avatar
Zarina Ismawi
AUTHOR
July 30, 2018 at 1:28 PM delete

Saya dah lama tinggalkan dunia membaca novel sis. Bukan apa, rasa macam tak ada masa. huhu. Ada tips tak untuk sediakan masa sambung balik hobi membaca?

www.ommasihat.com

avatar
July 31, 2018 at 4:31 PM delete

Buku menarik, review yg menarik. Tak sabar nak ada buku ni. Btw jom baca artikel yg sdg hot ni http://www.ketamkecil.com/apakah-penyakit-hfmd-dan-apakah-bahayanya/

avatar
August 2, 2018 at 1:32 PM delete

patut laaa blog byk doodles.. software engineer student rupanya.. :) saya punya blog kartun x canggih..hhuhu.. nnti boleh la belajar.

https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/kehidupan-hantu-di-dunia-hantu.html
https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/alkisah-pada-abad-ke-20-wujud-seorang.html

avatar
IFBT1
AUTHOR
August 4, 2018 at 9:54 AM delete

macam best jalan cerita di..

www.vitamindocket.com

avatar
August 6, 2018 at 6:47 AM delete

Wihh bagus dan sangat bermutu sekali Content ini ,akuu sukaaa ,aku suka.
jangan lupa senggol kita juga ya AGEN BANDARQ

avatar
aeinna Musa
AUTHOR
August 9, 2018 at 3:35 PM delete

menarik review dia . tq lysa

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers