WAWA Skin Booster | Serum Yang Menjadikan Kulit Anda Cantik, Halus, Flawless dan Glowing

Assalamualaikum

Hai semua ! Sebelum Lyssa teruskan, Lyssa nak tanya dulu, korang ada masalah kulit muka ? Ye lah, contohnya macam masalah jerawat ke, atau parut jerawat, liang pori besar dan kulit kusam juga sunburn ? Entri kali ni, memang sangat sesuai bagi sesiapa yang nak cari produk yang boleh merawat kulit mereka supaya jadi cantik, flawless, glowing dan cerah ! 

Baru-baru ni, Lyssa ada cuba satu produk serum ni, sebab kebetulan pula serum muka Lyssa dah habis. Hari tu, ada juga kawan Lyssa yang syorkan produk ni sebab tu rasa teringin juga nak try ! Produk apa lah lagi kalau bukan Wawa Skin Booster Serum. Pendek kata, "Wawa Serum" ! Lyssa pasti, mesti ramai gila antara korang yang pernah dengar dengan Wawa Serum ni kan ? Mana tak nya, pengasas produk ni juga, bukan calang-calang orangnya. Seorang pelakon yang agak cantik daripada kalangan artis Malaysia, iaitu Wawa Zainal. Tipulah kalau korang tak kenal. Ala, isteri kepada Aeril Zafril tu. Mesti kenai kan ?! Haaa, so produk ni daripada Wawa Zainal lah :)

Ok ! Sekarang ni, Lyssa nak share kat korang apa itu wawa serum dan kelebihannya.

Apa itu Wawa Serum ?



Wawa Skin Booster a.k.a Wawa Serum ini adalah serum yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya merupakan 100% daripada bahan semulajadi dan paling penting tidak ada merkuri di dalamnya. Wawa Serum ini juga telah diuji di makmal dan sudah pun mendapat pengesahan daripada KKM. Jadi, ianya memang sangat selamat digunakan. Tak perlu risau okeh ?

Apa Kelebihan Wawa Serum ?

Sebenarnya, banyak gila kelebihan yang korang akan dapat bila korang pakai Wawa Serum ni tau ! Memang best !! So apa kelebihan dia ?

1. Memperbaiki sel-sel kulit mati
2. Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata
3. Membantu mencerahkan kulit (sangat sesuai untuk kulit yang sunburn)
4. Membantu untuk melembapkan dan menganjalkan kulit
5. Membantu memudarkan parut jerawat / pigmentasi kulit
6. Mengecutkan jerawat seawal 2-3 hari
7. Mengecilkan liang pori terbuka
8. Anti-aging

Bila tengok pada kelebihan yang ada, mesti korang pun tak percayakan ? Lyssa pun dulu macam tu, awal-awal tu macam tak percaya. "Ntah betul ke tidak.." Sampai lah satu hari, Lyssa nampak kulit kawan Lyssa tu, makin lama makin berseri dan flawless, tanya dia apa rahsia nya.. Dia kata cuba produk Wawa Serum ni. Dah dengar macam tu, lagi menggedik lah Lyssa nak cuba produk ni. Dah la lama juga serum Lyssa dah habis ! Ternyata, tak menyesal lepas Lyssa guna produk ni ! Memang betul-betul best ! Kejap lagi, kat bawah siket, Lyssa cerita kenapa Lyssa suka dengan Skin Booster Wawa Serum ni ye. Baca sampai habis tau !

Cara Penggunaan Wawa Serum

Cara nak guna serum ni, simple je !

Selepas korang dah cuci muka dengan pencuci muka, picit sedikit serum dan sapukan perlahan-lahan ke muka korang dan leher sampai dia serap ke kulit sepenuhnya.

Lepas tu, korang boleh la terus apply krim muka atau make up kat muka korang tu. Mudah sangat kan ? hehehe. Lepas ni, dah boleh dapat kulit cantik macam Wawa Zainal dah.. hikhik.

Jom tengok kejap video Lyssa membebel nih :D




Apakah Bahan Yang Terkandung Dalam Skin Booster Wawa Serum ?


  • Pomegranate seed
  • Lavender essence
  • Gold dust
  • Cucumber
  • Aloe Vera
Bahan yang sedikit, tapi efek dia KEBAABOOM !! Kalau tak percaya, korang boleh cuba ! :D

Testimonial Daripada Lyssa Sendiri 



Ok ! Tak sabarnya Lyssa nak cerita kat korang kenapa Lyssa suka sangat pakai Wawa Serum nih ! Ini testimoni yang Lyssa sendiri yang nak share pada korang. Kalau korang nak tahu, sebelum ni kulit Lyssa agak sunburn sedikit, dan liang pori pun ada juga nampak di pipi dan hidung Lyssa. Lyssa dapat tahu produk ni pun daripada kawan Lyssa, sebab dia pun guna Wawa Serum ni juga. Lyssa ada nampak perubahan daripada kulit sebelum dan selepas dia pakai serum ni, memang nampak ketara perubahannya, sampai Lyssa pun tergedik-gedik nak cuba juga! Masa nak cuba pakai serum ni, Lyssa try picit sedikit kat tangan sebab nak bau, serum ni bau apa. Ya Allah ! Sumpah tak tipu, serum ni punya bau, punyaaaaalahhh WANGI !!! Macam bau perfume Coco Chanel tu haa. haha! Bilaa cuba apply kat muka, rasa segar je disebabkan bau wangi tu... Perlahan-lahan Lyssa usap pada kulit muka Lyssa ni, rasa sejukkkk je muka dan serum ni, memang sangat cepat serap ke kulit kita.. Yang penting, tak melekit langsung ! Lagi pula, waktu tu, ada macam biji jerawat kecik2 kat pipi Lyssa ni, Lyssa titikkan juga serum ni kat jerawat kecik tu, punya la terkejut sebab dalam 2 3 hari macam tu, terus kecut jadi jerawat tu ! hahaha. And i'm so speechless ! hahahaa. Memang betul la orang kata, serum ni boleh mengecutkan jerawat sekaligus boleh mencerahkan kulit muka juga ! Sangat-sangat recommended untuk korang cuba juga serum ni !


Berapa Harga Wawa Serum Ini ?

Harga Wawa Serum

1 Botol : RM59 sahaja !


Jika berminat dan ingin tahu maklumat lanjut, boleh ke :




Terima Kasih Sudi Baca ~

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

1 000 orang Comment Di Sini:

Write 000 orang Comment Di Sini

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon