Tutorial : Cara Upload Video dan Gambar di Instagram Menggunakan PC atau Laptop

Asslamualaikum..

Hi korang ! Lyssa muncul kembali dengan satu tutorial. Sorry lah ! Dah lama gila tak update tutorial. HAHA ! Tutorial blog pun lama dah tak update sebab sekarang ni dah macam tak ramai ek blogger kat luar sana yang suka menggodek coding. Zaman mudah. Bayar je siapa2 untuk create blog. Settle. Tak macam zaman dulu-dulu blogging. Semua blogger kira macam rajin gila kot, godek hias blog ikut citarasa  tersendiri. kan kan ? :D

Tutorial kali ni, Lyssa nak share pada korang Cara Untuk Upload Video dan Gambar di Instagram Menggunakan PC atau Laptop. Bagi siapa yang berminat nak tahu, boleh terus baca sampai habis okey ? Lyssa kasi simple, slow and steady. Eh boleh gitu ? wahahha. Ok ok dah ! Jom mula...


1. Buka Google Chrome. (please buka guna google chrome, browser yang lain Lyssa tak pasti boleh ke tidak kalau guna cara ini.)

2. Taip www.instagram.com

3. Pastikan korang LOG IN terlebih dahulu account instagram korang.

4. Dan akan keluar HOME page instagram korang macam ni kan..


5. Kemudian, tekan RIGHT-CLICK pada mana-mana bahagian kosong di IG. Then, tekan Inspect. Contoh macam kat bawah ni :





.. ataupun kalau nak lebih mudah, tekan CTRL+SHIFT+I serentak !

6. Dan ia akan keluar lebih kurang macam ni. Ada coding di sebelah kanan.




7. Abaikan coding tu, tapi di sebelah kanan bahagian atas, korang akan ada nampak simbol lebih kurang macam ni, (Toogle Device Toolbar). Klik ia dan korang akan nampak button untuk upload video/gambar korang di instagram.




Mudah sangat kan ? :) 

Sekarang ni, korang dah boleh terus upload video berat-berat korang tu guna PC or laptop je kan.
HAHA ! Lyssa baru dapat tahu, and Lyssa pun cepat-cepat nak share pada follower kesayangan Lyssa ni. hihi.. Sharing is Caring right ? :D

Harap tutorial kali ni membantu korang lah yer. Selamat mencuba!
*muahciked!

TerimaKasihSudiBaca :D

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Cik Fieqqa
AUTHOR
March 26, 2019 at 12:34 PM delete

wahhh Terima kasih atas perkongsian lepas ini mudah lah nak upload video atau gambar guna pc je...

avatar
April 7, 2019 at 5:27 AM delete

Serius lah senang sangat.. Terima kasih sudi berkongsi, kipidap!

avatar
April 9, 2019 at 11:26 AM delete

Thanks sayang.. eh lyssa for sharing.. huehue

avatar
Muna
AUTHOR
April 21, 2019 at 11:09 AM delete

terima kasih akak tolong share kan info. Mudah ajer sebenarnya. Hugs.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon