Penipuan Di Internet ! Cegah Sebelum Terlambat

Gadis Kidal Berceloteh...
24/04/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



Gejala penipuan di internet semakin bermaharajalela . Jika korang tak ketahuinya , kemungkinan korang juga bakal menjadi salah seorang daripada mangsa penipuan tersebut . Penipu yang terlibat , biasanya mampu membuat apa saja termasuk mendedahkan aib orang lain , penipuan duit dan memfitnah . Kesedarang tentang masalah ini perlu diambil kira. 

Berikut adalah contoh-contoh penipuan yang berlaku di internet dan cara pencegahannya:


Hadiah Undian
Selalunya , korang akan menerima e-mel daripada pihak yang tidak dikenali yang menawarkan pelbagai hadiah undian . Dalam e-mel tersebut , turut diletakkan maklumat korang memenangi sesuatu tidak kira dari Yahoo , Microsoft mahupun yang lain . Jangan percaya dengan e-mel tersebut jika korang tidak betul-betul yakin .

Pencegahan :
Jangan terlalu cepat untuk memindahkan wang korang kepada akaun yang tidak dikenali . Pastikan hadiah undian tersebut datang daripada sumbe yang boleh dipercayai.


Perniagaan Palsu
Perniagaan dalam talian (online) sudah menjadi 'trend' sekarang dan para pengguna juga semakin mempercayainya . Dalam pada itu , masih ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan secara haram . 

Pencegahan :
Kenal pasti sumber ( blog,laman web dan lain-lain ) apabila ingin membeli barang secara online . Jika sumber tersebut adalah sah , maka urusan jual bei boleh diteruskan :)


Pencerobohan Laman Web
Ketika korang nak mendaftar masuk akaun sendiri , tiba-tiba password korang salah ataupun halaman utama yang muncul di skrin nampak lain . Dalam hal ini , jelas sekali akaun korang telah dicerobohi ! Si pelaku yang suka menceroboh akaun orang lain mempunyai niat jahat tidak kira ia berunsur peribadi ataupun tidak .

Pencegahan :
Pantau akaun laman sosial/blog korang dengan cara kerpa menukar password . Untuk langkah keselamatan , jangan letak maklumat peribadi terlalu banyak.


Perisian Bervirus
Kegilaan memuat turun perisian percuma (FREE DOWNLOAD) menjadi satu perkara yang sering pengguna Internet lakukan . Macam-macam yang benda yang korang download sehingga tidak sedar virus turut menular ke dalam komputer . Cara ini memang mudah tetapi haruslah berhati-hati apabila proses muat turun berlangsung .

Pencegahan :
Gunakan anti-virus untuk mengesan virus yang masuk . Pastikan juga antivirus tersebut dikemas kini.


E-mel Palsu
Adakalanya korang akan menerima e-mel daripada 'admin Yahoo' dan enjin carian yang lain . E-mel ini menyatakan korang harus mendaftar masuk dan verify data .  Seterusnya , korang haruslah meletakkan password dan bermacam-macam lagi .  Apabila sampai ke satu tahap , korang rasakan yang korang telah ditipu .

Pencegahan :
Jangan sesekali klik pada 'link' yang korang tak pasti . Ini kerana data peribadi korang mungkin boleh dicerobohi oleh si pelaku yang tidak bertanggungjawab.


E-mel Berantai
Ramai pengguna Internet yang gemar menghantar e-mel berantai dengan harapan apa yang mereka baca turut dikongsi bersama orang lain . Tetapi , mereka tidak sedar bahawa ada sesetengah e-mel boleh mengaibkan orang lain dan boleh mencetuskan fitnah.

Pencegahan :
Jika tidak sahih kebenaran e-mel yang diterima , jangan panjangkan ia agar tidak timbul sebarang masalah kelak .


Status di laman sosial
Status dan komen yang dipaparkan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter kadang kala mengundang bahaya dan masalah besar antara satu sama lain . Tanpa disedari , macam-macam luahan yang ditulis di status masing-masing . Ini mengundang bahaya !

Pencegahan : 
Jangan terlalu mengikut perasaan apabila hendak menulis sesuatu di status laman sosial . Pelbagai andaian yang boleh ditafsirkan oleh pihak yang membacanya .


Sumber diambil daripada Majalah Remaja :)
 

 Apa yang Lyssa baca , insyaAllah akan Lyssa kongsikan kepada semua :)


*** Jangan lupa VOTE Lyssa ye ---->>  Blogger Of The Year !! 

 
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

31 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
are_lin@yu
AUTHOR
April 24, 2012 at 3:07 PM delete

nice sharing dear lyssa ;-)
akak tak pernah dapt lg..klu kat fon mmg mcm2.hehe

avatar
Ratu Liya
AUTHOR
April 24, 2012 at 3:07 PM delete

terima kasih utk info :)

avatar
April 24, 2012 at 3:11 PM delete

kakak saya pernah kena tipu beli phone dekat laman web , melayang jugak lah dalam rm500 . , tp benda2 macam ni kena hati2 . beware lah lepas ni , sy pun jadi takot nak beli apa2 melalui laman web .

avatar
April 24, 2012 at 3:15 PM delete

@are_lin@yu

eeehee . kat fon kalu de, jgn sebarang bukak . Takut kena telan duit :)

avatar
April 24, 2012 at 3:16 PM delete

@иʋя 'αιƨʏαн κнαℓιℓ


haaaa . tu lahh . kena lebih berhati-2 lepas ni tauu . Jangan sebarang nak percaya kepada laman web itu ini . bahayoo ~

avatar
Sharon
AUTHOR
April 24, 2012 at 3:23 PM delete

Thanks sharing~! Saya pernah kena tipu masa main kuiz IQ dalam talian masa mula berjinak2 dengan Facebook dulu... Tipu kredit telefon bimbit. ==

avatar
Anonymous
AUTHOR
April 24, 2012 at 3:39 PM delete

selalu dapat email pelesu ni. xsuke tau? abaikan je.. -.-

avatar
April 24, 2012 at 3:39 PM delete

sharing is carrying..thank lyssa

avatar
Unknown
AUTHOR
April 24, 2012 at 3:45 PM delete

jangan terlalu cepat nak kaya....

FIKIR²KAN ye.....tiada jalan mudah utk jadi kaya

avatar
Unknown
AUTHOR
April 24, 2012 at 3:46 PM delete

kena jaga2 pas ni...

avatar
naaisyah S
AUTHOR
April 24, 2012 at 4:21 PM delete

E-mail brantai tu mmg slalu. herghhhh.

yg status tu mmg btul. jgn ikut perasaan sgt bila update status.

avatar
April 24, 2012 at 4:38 PM delete

betol2.jangan pecaye dah . spam kat email pun slalu dapat . konon menang duit lah . padahal dia nak duit kita . mengarot betol lah . buat org kadang2 terpedaya je .

avatar
Unknown
AUTHOR
April 24, 2012 at 5:10 PM delete

banyak sangat skarang ni jenayah siber.hati2

avatar
Nuruashia
AUTHOR
April 24, 2012 at 7:19 PM delete

yg last tu nuru stuju..sgt222 setuju.. :)

avatar
Aisyahhhhh
AUTHOR
April 24, 2012 at 7:20 PM delete

Kak Lyssa , laman web nie betul ke tak ekk ? Nak kepastian . Selalu jugak jenguk kat sini sebab nak cuci mata tgok Samsung Galaxy :D

www.lelong.com.my/

thanks akak !

avatar
Sakura Aihana
AUTHOR
April 24, 2012 at 8:37 PM delete

owh....thanks akak share mklumat ni..
akak hana nak menjemput akak join segmen ni kalau ada buku yg mnarik yg pernh akak dah baca n nak disharekn dgn org lain

http://marsgreen.blogspot.com/2012/04/segmen-buku-awesome-terbaik.html

avatar
cik chenta
AUTHOR
April 24, 2012 at 8:43 PM delete

lyssa...ni fb lyssa yang baru ke?


http://www.facebook.com/profile.php?id=100003604011656

avatar
Unknown
AUTHOR
April 25, 2012 at 12:55 AM delete

semuanya adalah sangat benar

avatar
Amirah.
AUTHOR
April 25, 2012 at 7:56 AM delete

Ayyo kak lyssa,nseb baik ingt nk vote akk utk ari ni , heee :D

avatar
Ben Izer
AUTHOR
April 25, 2012 at 11:28 AM delete

Skarang ni banyak sangat servis2 yang SCAM(tipu) . .paling banyak, PPC advertising. Contoh, Hitscoin. .

avatar
Ben Izer
AUTHOR
April 25, 2012 at 11:29 AM delete

Skarang ni banyak sangat servis2 yang SCAM(tipu) . .paling banyak, PPC advertising. Contoh, Hitscoin. .

avatar
April 25, 2012 at 12:48 PM delete

@Lyssa Faizureen hai ... kak lyssa .. please be my follower blog , just search lavendargurlz.blogspot.com jgan uper search taw .. banyak yg kiut dan best .. just nak akk jd folower sya ..

avatar
April 25, 2012 at 12:49 PM delete

akak . follow my blogger yer lavendargurlz.blogspot.com please yerr ..

avatar
April 25, 2012 at 3:43 PM delete

sha pena kena juga..blogger tu xbg pun brg yg sha mng tu..hampeh~

avatar
abused call
AUTHOR
January 4, 2013 at 5:15 PM delete

STOP PENIPUAN...laporkan secara online di website kami agar tidak ada lagi kasus penipun yang menimpa masyarakat kita..

http://abusedcall.im3.asia

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon