♥ Cari Kekuatan Diri Untuk Lebih Dihargai !

11/09/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Semua orang for sure inginkan diriya dihargai terutamanya bila melakukan sesuatu . Dihargai bukan bererti diberi hadiah ataupun ganjaran namun , ucapan terima kasih disertakan dengan wajah yang ceria sudah cukup membuatkan seseorang tu rasa dirinya dihargai .

Apa-apa pun macam mana lah dalam hidup ni , tak de orang nak hargai langsung, malah apa sahaja yang korang buat selalu diremehkan dan dipandang rendah . Bukan sahaja di kalangan member korang , malah di kalangan keluarga , tempat kerja atau kolej korang sering diperkecilkan dan dipandang rendah . 




Memendam perasaan tiada gunanya . Korang kena buat something supaya tidak diremehkan dan dihargai oleh orang-orang yang berada di sekeliling . Kat bawah ni , Lyssa senaraikan ,  TIGA cara macam mana nak korang bangkit supaya akan lebih dihargai :)

1. Tonjolkan kelebihan diri !

Tonjolkan kelebihan diri ? Macam mana ? Haa .  Korang tu jangan terlalu dengar sangat komen-komen daripada kawan korang yang dirasakan sengaja untuk melemahkan lagi diri korang tu . Boleh jadi korang tak de lah sebagus kawan korang tu namun korang patut berbangga dengan kelebihan yang korang ada . Tapi , jangan lah sampai jadi riak pulak . Paling penting , korang kena ada kemahuan untuk jadi lebih positif .Keterampilan juga mampu meningkatkan keyakinan diri :)

2. Sabar

Walaubagaimanapun , jangan fikir bila keyakinan korang tu dah meningkat , kerja korang dah pun selesai . Tak . Tak . Belum lagi . Korang masih perlu banyak berusaha untuk mengubah diri yang sering diremehkan . Memang bukan semudah yan disangkakan namun korang perlu sabar dalam menjalani proses ini . Korang kena berani untuk ber pendapat ataupun perlu ada inisiatif contohnya jika mengadakan 'reunion' . Cuba beri pengertian kepada pihak yang terlibat sekiranya korang inginkan kesempatan untuk menunjukkan kemampuan diri korang tu .

3. Atasi Dengan Penuh Semangat !

Bila korang sering dipandang rendah , korang tentunya tak dapat lari dengan perasaan tertekan , marah dan tak ada semangat untuk meneruskan hidup . Namun percayalah . Setiap masalah , pasti ada jalan penyelesaiannya . Selagi korang ada semangat untuk berusaha , selagi tu lah ada je jalan untuk korang yang lebih baik dan terus baik . Paling penting , korang jangan lah nak cepat mengalah ! Mungkin pada awalnya , usaha korang tu tak berhasil tapi if korang terus berusaha dan terus berusaha korang pasti akan mencapai setiap matlamat yang korang inginkan iaitu , "rasa dihargai" .


*Sorry kalau ayat Lyssa ni TERLEBIH FORMAL . Harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu korang yang inginkan rasa dihargai . 


Terima kasih sudi baca :)

 

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

19 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
September 11, 2012 at 8:45 PM delete

BETOL3 TU DIK LYSSA .. SOKONG2 ..
HIHIHI ..

avatar
miz ruha
AUTHOR
September 11, 2012 at 8:54 PM delete

thanks lyssa..
tips yang baik n bagus.. ^_^
sharing is love..

avatar
September 11, 2012 at 9:17 PM delete

Akak , boleh adik copy and letak credit from akak entry ni ? =) Yanie suka . Kalau akak benarkan , bagitahu dekat Cbox adk boleh ? Thanks :)

avatar
SasaLee
AUTHOR
September 11, 2012 at 9:18 PM delete

nice entry kak lyssa . jemput singgah blog kite http://littlegirlpunyastory.blogspot.com/

avatar
Ain Dzaya
AUTHOR
September 11, 2012 at 9:24 PM delete

betul tu lyssa..boleh la orang lain yg humble kemain tingkat keyakinan diri..ye dak!

avatar
Muaz Faris
AUTHOR
September 11, 2012 at 10:45 PM delete

sejak bila jadi formal ni kak lyssa.. haha

avatar
Faizul Osman
AUTHOR
September 11, 2012 at 11:31 PM delete

motivasi yg berguna buat kita semua...

avatar
shidaR
AUTHOR
September 12, 2012 at 1:12 AM delete

bagus tips ni tp ada byk lg lyssa cuba tmbah lg 7 ckupkan 10 hehee ;)

avatar
Cik Anis
AUTHOR
September 12, 2012 at 7:56 AM delete

paling fenting sabar kan kan

avatar
Iam Yanty
AUTHOR
September 12, 2012 at 10:26 AM delete

Agreed and will do so..=)

avatar
Ct_hAjAr
AUTHOR
September 12, 2012 at 11:38 AM delete

thanks for sharing.. sedikit sebanyak dapat mengubat hati ini..tQ

avatar
Remy hazza
AUTHOR
September 12, 2012 at 11:40 AM delete

ada kebenaran disebalik kata2 lyssa.....
yg penting... kita renung diri kita... atasi kelemahan..... buang sifat negatif.... insyaAAlah kebaikan akan dtg dgn sendiri....

avatar
Atirah ★
AUTHOR
September 13, 2012 at 6:27 PM delete

Thnks lyssa bg semangat kt saya . tngh stres ngn geng-2 sekelas nih .

avatar
MR simple
AUTHOR
September 22, 2012 at 3:40 PM delete

lyssa BEST BLOGGER EVER!...
lyssa comment sikit kat blog saya

avatar
September 19, 2015 at 8:03 AM delete

setuju ngan kak lyssa.. !!!

avatar
September 19, 2015 at 8:03 AM delete

kengkadang bile org nampak kebolehan diri kita baru org hormat kan...

avatar

Google+ Followers