Kucing Yang Mempunyai Dua Wajah Berbeza

01/09/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



Seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza pada mukanya mengejutkan pengguna Internet di seluruh dunia dan membolehkan kucing berkenaan, Venus, menjadi sensasi di atas talian dalam masa yang singkat.Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 ‘like,’ sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa hari saja.


Scroll down for video :



Bulu muka kucing itu yang terbahagi secara simetri dengan warna hitam dan perang kemerah-merahan disamakan dengan versi lebih comel karektor komik, musuh Batman paling terkenal, Two-Face . Venus mungkin kelihatan seperti ia datang dari planet lain tetapi penampilannya yang menyerlah dan warna mata yang berbeza mungkin dapat menerangkan dengan lebih mudah - perubahan genetik.

“Kami menerima pelbagai komen dari teknik Photoshop hingga kepada dakwaan kami mewarnakan sebahagian mukanya.”“Dia dilahirkan sedemikian. Kami memiliki seekor kucing belang dan seekor hitam. Apabila saya melihat Venus kali pertama, saya berkata: ‘Oh. Ia kelihatan kombinasi kedua-dua kucing kami itu,’” kata pemilik kucing itu, Christina, dari Carolina Utara kepada rancangan Today Show.

“Ketika itu kami tidak melihat matanya. Reaksi pertama teman saya ialah: ‘Kita tidak perlukan haiwan lain lagi untuk dipelihara.“Tetapi apabila kami lihat matanya dari jarak dekat, kami jatuh hati dengannya. dan saya berkata: ‘Kita perlu memiliki kucing ini!’“Anda adalah bintang, Venus! Menarik!!!,” tulis seorang pengunjung dalam laman Facebook rasminya.




Seorang lagi menulis: “Kucing yang sungguh cantik. Saya begitu gembira Venus menemui kediaman yang baik dengan ibu bapa yang penyayang.”Kini, populariti menanti Venus. Selepas muncul dalam rancangan Today Show, kucing yang berwajah luar biasa dikatakan akan membintangi video akan datang Lady Gaga. -Mymetro


LF : Ololor . Comelnya ! Nak jugak kucing unik macam ni . Nak cari mana eh ? Agaknya , ada lagi tak kucing yang jenis macam ni . "TWO-FACE" . haha . Muka warna lain . Mata pun lain-lain warna . Sempoi ah ! Nak 1 !


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

25 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Ain
AUTHOR
September 1, 2012 at 4:42 PM delete

peliknye muke die..=( kesian

avatar
Cheq Unni
AUTHOR
September 1, 2012 at 4:52 PM delete

wuuu.... peliknyaa kucingg nehh
tp,comell ^^

avatar
dayana jojo
AUTHOR
September 1, 2012 at 4:57 PM delete

subhanallah..kuasa ALLAH SWT :)

avatar
Hanis-Afiqah
AUTHOR
September 1, 2012 at 5:01 PM delete

unik laa. comel gk bermuke 2 ni..

avatar
miss fluffy
AUTHOR
September 1, 2012 at 5:14 PM delete

teringat cite dr.jekyll & mr.hide plak..hehe

avatar
September 1, 2012 at 5:38 PM delete

erkk sungguh pelik ni.pesal la muka kucing ni camni.

avatar
boni kacak
AUTHOR
September 1, 2012 at 5:49 PM delete

uniknya.. mata dia pun sebelah lain sebelah lain

avatar
Atiqah Wadiah
AUTHOR
September 1, 2012 at 9:07 PM delete

unik..first time tgk ni :)

avatar
^^eKaTiKaH^^
AUTHOR
September 1, 2012 at 10:44 PM delete

wow, nampak garanglah muke dye. hihi

avatar
shidaR
AUTHOR
September 2, 2012 at 12:40 AM delete

mcm pelik jer kucing nih..mcm di cat pon ade heheee :D

avatar
TA
AUTHOR
September 2, 2012 at 1:20 AM delete

Assalamualaikum wbth...
pernah namapak tapi warna putih hitam...

avatar
✸Wanny✸
AUTHOR
September 2, 2012 at 10:02 AM delete

Kucing saya pun muka 2 face, tapi tak masuk facebook la, hehe. Mata sama warna cuma muka dia bahagi 2.

http://mn-mf.blogspot.com/2012/08/part-of-mylife.html

avatar
E'in
AUTHOR
September 2, 2012 at 11:16 AM delete

kuasa Allah kan.. :)

avatar
Remy hazza
AUTHOR
September 3, 2012 at 12:48 AM delete

sayes......
mungkin satu dln sejuta......
unik dan cute lah !!!!!

avatar
SHAHZEE
AUTHOR
September 4, 2012 at 10:30 AM delete

1st time tgk kucing mcm ni..warna mata pun lain ek

avatar
atiqah hisham
AUTHOR
September 8, 2012 at 10:03 PM delete

Bulu dia je wrne lain , mata tu pulak tuan dia pkaikan contact lense yg wne lain2 ..... THEORY TEPAT.

avatar
October 6, 2012 at 9:56 AM delete

felik bin ajaib sungguh ,, tp ttap comel ,, tp sa pn ada kucing pelik,, kucing juling ,, sapa ada ? angkat tngan ,, hehe

avatar
October 8, 2012 at 4:44 PM delete

anak kucing saya pon mcm ni . baru je dilahirkan . tapi mata dia taktau pulak lain2 . haha

avatar

Google+ Followers