Bila Lelaki Merajuk ...

08/10/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan . Diakui mereka jarang merajuk dan sentiasa menerima kerenah anda seadanya . Kan ? Tetapi bila kerenah anda melampaui batas , mereka mula berjauh hati . Jangan abaikan perasaan mereka . Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang rajuk.






Beri masa bersendirian
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk , mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran. Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja. Kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.


Sentiasa beri sokongan
Bila lelaki melayan rajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes. Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun. Walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku.


Jangan tanya perasaannya
Elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk. Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda.


Buang ego wanitamu
Bukan lelaki sahaja mempunyai ego, wanita juga punya rasa angkuh yang sama. Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang. Jika terlalu lama rajuknya, ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya. (bagi yang berumahtangga) . Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan.


Buat kejutan sempurna
Jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara. Apa kata anda lakukan perkara yang sama. Hadiahkannya coklat atau undang makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia.


Tahu masa yang tepat
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama.


p/s : Susah sebenarnya nak pujuk lelaki yang kuat merajuk ni . Sabar je lahh . haha !


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

35 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
CintaZulaikha
AUTHOR
October 8, 2012 at 10:02 AM delete

nasib baik hasben akak biasa2 jek, alhamdulillah..

avatar
October 8, 2012 at 10:15 AM delete

Salam.. Ye,terbaiklah adik manis.. Akak baru je semalam follow blog adik.. dan akak dah jadi peminat adik dah,.. =D

avatar
October 8, 2012 at 10:30 AM delete

A A DIK .. MANG SSAH NAK PUJUK .. HEHE .. MEKASIH BG TIPS

avatar
Dkna Abza
AUTHOR
October 8, 2012 at 10:45 AM delete

sama2 merajuk la senang...hahaa...dua2 pujuk diri sendiri :p

avatar
October 8, 2012 at 10:55 AM delete

abg long spesis hidupan yg x suka majuk dan x suka mujuk....ha ha ha

avatar
October 8, 2012 at 11:27 AM delete

lelaki merajuk ? seramnya >< hehe

avatar
Mira Adzlia
AUTHOR
October 8, 2012 at 12:05 PM delete

bole x buat xtau je klu lelaki majuk?haha

avatar
TJ
AUTHOR
October 8, 2012 at 12:24 PM delete

totally got it Lyssa.my man if merajuk,blh pening me.but I usually gve him the space he needed,but I'll stay by his side,wait till he show me sign if calmness,only then I'll smile and talk to him softly.but I prefer to discuss it through msg after we talk and laugh normally. :)

avatar
Megat Emy
AUTHOR
October 8, 2012 at 1:00 PM delete

amboi!!! kak lyssa mcm ade pengalaman je.. hahaha.

avatar
October 8, 2012 at 1:11 PM delete

wahh hebat kak lyssa kiter ni yeh hehe:)

avatar
Nurul Ain
AUTHOR
October 8, 2012 at 2:35 PM delete

nie macam selalu buat je nie... ngaku ngaku.. hehe

avatar
boni kacak
AUTHOR
October 8, 2012 at 2:39 PM delete

mana awak tau saya tengah merajuk sekarang ni??

avatar
October 8, 2012 at 3:40 PM delete

Gitu ye.. sbb ena ni masih tak faham perangai lelaki ni.. kdg2 dia merajuk, lagi ena rasa nak penampor bg.. =P mekasih ye bagi tips...

avatar
Remy hazza
AUTHOR
October 8, 2012 at 4:40 PM delete

lelaki kalau merajuk memang susah nak pujuk.....tapi lelaki memang jarang merajuk....kalau ada benda yg dia tak berkenan... dia selalu diam jer....

avatar
Khalilah MNor
AUTHOR
October 8, 2012 at 5:11 PM delete

hehehe kelakar~! Selalu je sy rase sy dgn couple sblum ni mcm terbalik... ;) Selalu ckp kt bf, "awk kan gf sy" Dia boleh senyum! Ces

avatar
Cik Nevarno
AUTHOR
October 8, 2012 at 5:12 PM delete

bebetol sgt2 hehehe...alhamdulillah pat knl laki yg xbrape suke mrajuk huhuk

avatar
mista leman
AUTHOR
October 8, 2012 at 5:53 PM delete

pujuk jangan xpujuk..haha..

avatar
October 8, 2012 at 7:28 PM delete

:: bf sye mmg kuat merajuk..sye plak akn cri msalah...kdg2 best bile si die merajuk..tp kdg2..leh meletus perang dunie ke 3

avatar
October 8, 2012 at 8:00 PM delete

Wuahh , tips tuu , hahakks .. Btw , i muda lagi laa lyssa oi , hahahakks

avatar
October 8, 2012 at 8:57 PM delete

Baik tak yah pujuk . hehe ^^ Gurau :D

avatar
mieyra rahman
AUTHOR
October 9, 2012 at 2:29 AM delete

kaum adam ektuali penyabar. dan wanita selalu amek kesempatan tanpa sedar. give n take is important. :)

avatar
KorN
AUTHOR
October 9, 2012 at 10:13 AM delete

wah.. kalo semua perempuan memahami perasaan lelaki macm ni, alangkah babhagia kami ni lyssa.. hehe

avatar
Atiqah Wadiah
AUTHOR
October 9, 2012 at 12:41 PM delete

sweet sgt lelaki merajuk..huhu

avatar
Abg Is
AUTHOR
October 9, 2012 at 1:04 PM delete

salam..
Salam jengok,

aaa... kite kalau merajuk, kite pujuk diri sendiri lah, kerna diri sendiri lebih memahami...

keh..keh..keh

avatar
AHMAD AFIQ
AUTHOR
October 9, 2012 at 6:04 PM delete

ini racies. macam mana ppuan leh memahami lelaki merahuk.bila ppuan merajok pulak

avatar
Syuhada Nasya
AUTHOR
October 9, 2012 at 9:17 PM delete

tengs lyssa :) nk header blog cam lyssa :( cntikk

avatar
Shasha Yacob
AUTHOR
October 10, 2012 at 9:34 AM delete

sesiapa yang ada bantuan ikhlas kepada adik ahmad adam.

http://mangatbermaindota.blogspot.com/2012/10/mhi-tv3.html

avatar
THE Last Meal
AUTHOR
October 11, 2012 at 10:25 AM delete

ye,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, saya amat bersetuju dengan hujan cik lysaa... annahyeongsayeo...

avatar
Nur Aisyah
AUTHOR
January 18, 2013 at 3:11 PM delete

right ! sya stuju dgn sis lyssa :)

avatar
September 3, 2015 at 9:02 PM delete

lelaki memang suka dipujuk tetapi tidak suka memujuk . ehhh? hahaha

avatar
Emy Effendi
AUTHOR
September 9, 2015 at 5:44 PM delete

#singgahsini

Tips yg cun sbb cik abe merajuk, ahaha

avatar

Google+ Followers