♥ 10 Kenapa Jodoh Anda Lambat Datang ?

.Assalamualaikum


Bila soal tentang jodoh , mesti ada yang tertarik kan . Ada yang suka dan ada juga yang tak berapa suka nak tahu disebabkan hal-hal tertentu . Pernah korang terfikir tak , kenapa jodoh korang lambat datang ?




Lyssa selalu juga sebenarnya terfikir , bila la jodoh Lyssa nak sampai . Siapa jodoh Lyssa tu . Teringin sangat nak tahu . Kita kenal ke jodoh kita tu ? hm .

1) Jodoh itu rahsia Allah . Sejauh dan sedalam manapun korang fikirkan , ia tetap menjadi satu misteri yang tidak mudah diungkapkan . Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas . 

2) Diri Anda Belum Benar-Benar BersediaPasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia . Adakah korang betul-betul bersedia untuk menjadi suami ataupun  isteri ? Adakah sudah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, dan kematangan . Tepuk dada , tanya selera .

3) Hati tidak fokus dalam mencari jodoh dan tidak bersungguh-sungguh . Ye la . macam mana la korang nak dapat jodoh kalau korang tak bersungguh-sungguh . Mulut je kata nak 'jodoh' , tapi hakikatnya , "aku bukannya tak nak berjodoh , tapi banyak kerja la . Tak menyempat pun nak cari isteri ke apa" . Tengok tu , mana tak lambat jodoh tu datang . Tak bersungguh-sungguh . 

4) Terlalu memilih kriteria pasangan . In satu hal jugak . Kalau dah ketat sangat ciri-ciri orang yang nak dijadikan isteri ataupun  suami tu , siapa la yang layak agaknya yeaa ?  ‘den taknak melayu , nak bugis atau jawo jah. kalu mix tu kiro okeh jugak. tinggi sajo nak yang 7 kaki. kulit puteh gobu. badan berisi. mato bulek. bulu mato ea panjang sekaki. abah ea mesti takdo misai. selipar saiz 6.’ . Haih , tak salah memilih , tapi berpada-pada la . Jangan sampai nak yang sama macam bidadari kayangan yang boleh terbang . Sampai bila nak berjumpa?

5) Hati kotor , masih banyak perasaan benci dalam hati Kalau banyak sangat perasaan benci tu  dalam hati , kesannya orang lain pun jadi benci jugak dengan kita. Apa la salahnya kita berubah untuk jadi lebih mesra dengan semua orang . Mana tau dalam ramai-ramai orang dimesra tu ada jodoh kamu. hehe =)

6) Fobia dan serik bercinta Yang ni parah nak ubat . Satu je ubatnya , kena redha dengan pengalaman cinta yang tak kesampaian tu dan berusaha untuk kehidupan yang lebih bahagia di hari muka . yeah! Semangat kena ada .. Jangan pasrah dan terus putus asa je. Orang yang putus asa takkan berjaya..

7) Doa Anda Tidak Makbul . Berdoa untuk mendapatkan jodoh . Allah s.w.t. telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan.” Persoalannya , kenapa masih tidak bertemu jodoh ? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang. Juga , tetapkan hati korang yang mana satu jejaka yang anda mahu. Lakukan solat Istikharah untuk diberi petunjuk.

8) Restu Ibu Bapa Belum Sempurna . Jodoh tidak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak yang tidak sempurna. Emak bapak masih rasa tidak berapa sedap untuk lepaskan anaknya. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tetapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang rumit .

9) Terlampau selesa dengan hidup bersendirianBenda ni semacam dah jadi trend sesetengah orang yang merasakan lebih selesa hidup sendiri sehingga tidak melihat keperluan untuk berumahtangga . Nak bertemu jodoh tang mana ? Perlu diingat , berkahwin merupakan satu ibadah yang mana jika dilakukan dengan niat kerana Allah SWT, insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala.

10) Hidup tidak seimbangKadang-kadang terlampau tenggelam dengan kerja sendiri sampai takde masa nak bersosial . Paling parah tak bertemu manusia lain pun ! Entah kenal ke tidak orang sebelah rumah. camano nih? ada pula yang kuat sangat enjoy atau dengan kata lain sindrom ‘orang bujang’ yang melampau . adoih.. jodoh mana yang nak melekat? kena berubah!

Hanya Allah yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya . Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah. Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu , sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakinilah bahawa Allah tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah telah menguji anda dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.




KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

10 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
January 25, 2014 at 9:13 PM delete

BESTTTTTT :D
Setuju jugak apa yg Lyssa cakap.

avatar
Nilam syapina
AUTHOR
January 26, 2014 at 2:04 AM delete

betol tu kak lys .. jenuh la nak cari .. spa la nak rekemen .. rekemen kat nil ahhaha .. meh la singgah blog NIL ..

avatar
January 26, 2014 at 10:45 AM delete

salam lyssa.. hope lyssa dpt tlg atyn.. atyn nk centerkan post title ngan sidebar bg sme tp kod yg lyssa bg kat tutorial tu xde laa.. hope lyssa blh tlg atyn yaa.. mnx tlg sgt2 atau atyn bg password kt lyssa.. blh x?? atyn ade pm lyssa kat fb yunk... myb msok kat OTHER..

avatar
Nys Anis
AUTHOR
January 31, 2014 at 11:07 PM delete

kesimpulannya cari jodoh awal2. hehe

avatar
Alynn Mueez
AUTHOR
March 9, 2014 at 3:49 PM delete

kebanyakannya betul..setuju lah dengan entry lyssa ni...

avatar
April 30, 2014 at 11:00 AM delete

biarlah jodoh datang dengan sendirinya...bukan kita yang mencari jodoh..:)..

avatar
June 21, 2014 at 2:59 PM delete

Ada orang dah 25 tawun kawen lepas tu baru cerai. Ermmmm..

avatar
Afidah Azmi
AUTHOR
September 4, 2015 at 9:14 AM delete

Alhamdulillah..jodoh akak sat ja sampai..berkawan dlm setahun terus tunang..tunang setahun lebih sikit...terus nikah..cuma husband akak je lambat jumpa akak...umur 31 baru kawin..

avatar
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2015 at 2:14 PM delete

betul lah tu saya pun dah ada jodoh

avatar
Anonymous
AUTHOR
September 29, 2015 at 2:15 PM delete

betul lah tu saya pun dah ada jodoh

avatar

Google+ Followers