#CABARAN20HARI | Pengalaman Sahur

.Assalamualaikum



Hi korang ...

Hari ini merupakan #Cabaran20Hari yang kedua pula.. Apa ye cabaran kita kali ini ?
As korang nampak kat title entry ni .. Kena ceritakan sikit tentang Pengalaman Sahur...




huhu .. Lyssa rasa semua orang mesti ada kan pengalaman sahur masing-masing.
Lyssa pun ada. Paling best pengalaman sahur masa di rumah bersama family. Dalam family Lyssa, orang pertama yang akan bangun tidur dulu adalah Mama Lyssa ler . Dia akan kunci jam tepat pukul 4.20 pagi ... Then dia tutup alarm , pergi toilet and terus ke dapur untuk sediakan hidangan untuk keluarganya...

Selesai memasak, dia akan kejut suami dengan anak-anaknya serentak , tepat jam 5.00 pagi .. Dan kami 3 beranak pun bangun dengan malasnyaa . Sorang-sorang muka basi je . Paling muka basi, adik aku lah . Pernah lah sekali tu , makan sahur mata terpejam disebabkan terlalu mengantuk . haha . Macam budak-budak . Padahal umur dah belasan dah . Lyssa macam biasa la .. Bangun-bangun je dah hyperactive . Mulut cokk cekk cokk cekk tak berhenti cakap. Macam-macam nak ajak bersembang. Diorang pun layan macam tak nak layan je , kahkah . Nasib kau lah Lyssa. Itu pengalaman yang bestlah ..

Pengalaman paling tak best masa sahur, bila Mama Lyssa tak terjaga dari bangunnye semasa sahur. Kami 4 beranak terbangun lewat. Bangun2 tengok2 dah pukul 7.30 pagi . Erhh , apakah ? hahahhaah . Mama tak terbangun sebab alarm phonenya tak berbunyi. Bukan setakat sahur tak bangun, Subuh pun kami terlepas . Dah kena Qada' masa bangun tu . hehe . Pastu satu hari tu, sorang-sorang muka mintak penampor sebab tak larat. Jalan pun dah terhuyung-hayang je sebab lapar and dahaga . Tapi dah puasakan, kena juga lah tahan diri tuuu . hihi . Its ok . Pengalaman kaaann . Lepas dari kejadian tu, semua pasang alarm masing-masing, takut perkara yang sama berulang lagi . hahahaha . Macam2 betullah gelagat kami 4 beranak ni ..... ihihih ..

Itu lah pengalaman sahur Lyssa. Korang punya macam mana pulak ?  :p Share lah !
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

1 000 orang Comment Di Sini:

Write 000 orang Comment Di Sini
June 30, 2015 at 9:25 PM delete

dah biasa dah kalau malas bangun sahur ni tapi kita tak bangun sahur ni bukan bermakna kita tka boleh puasa kan..kenalah tahan..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers