Sudah Terjebak Dengan Clash Royale !

Assalamualaikum ..

Hi korang ... ! Lamanya rasa Lyssa tak menaip kat blog ni . Selalu busy sangat menaip assignment.
Sementara ada kelapangan waktu ni, tiba-tiba terasa nak update blog.. HAHA ! Kalau korang nak tahu, sekarang ni Lyssa dah terjebak dengan game terbaru di smartphone. Permainan apa lagi kalau bukan "Clash Royale" . Dah sah sah terpampang kat tajuk entri kali ini ...

Siapa pernah dengar game Clash Royale ni ? Ya ! Lebih kurang macam Clash of Clan .. Tapi ada kelainan sedikit dari beberapa aspek. Nanti Lyssa ceritakan kat korang apa yang best dan menariknya game Clash Royale ni eh :D



Clash of Clans merupakan permainan mudah alih yang sangat digemari oleh anak muda di serata dunia dan ianya mampu menawan hati sesiapa sahaja yang nakkan kelainan. Ianya tersangatlah kasual, santai dan mudah difahami. Buktinya, Clash Royale keluaran Supercell berjaya mencipta fenomena dan menempa popularitu dalam masa yang teramat singkat. Formulanya mudah. Tampilkan karakter dari Clash of Clan (COC) dan terapkan elemen Real Time Stratery (RTS) di dalamnya. Hasilnya, cukup mengagumkan dengan rekod lebih lima juta muat turun di Android dalam masa kurang sebulan ..

Macam Lyssa haritu, keluar je kat App Store, Lyssa terus install kat phone Lyssa tu. And teruslah main. Kengkonon nak cepat naik level berbanding dengan orang lain yang tak tahu lagi pasal ni. Padahal bila tengok balik, ramai gila dah level yang tinggi-tinggi . Mungkin ramai di antara mereka yang main topup . Cepat la naik levelnya . Hancus harapan ! kahkah .

Apa yang menariknya Clash Royale ni ? Boleh teruskan membaca ye :P

Konsep unik

Clash Royale berada dalam liga tersendiri, korang tak akan nampak macam sedang bermain dua ‘game’ yang serupa konsepnya. Berpaksi pada kombinasi RTS dan ‘tower defense’, korang akan memiliki dua menara pertahanan dan raja di tengah.



Selain itu, korang juga akan diberikan barisan kad serangan dan pertahanan yang memerlukan sumber ‘elixir’ untuk aktifkan. Lebih banyak ‘elixir’ maka lebih kuat kad korang tu. Sumber berwarna merah jambu ini perlahan-lahan memenuhi bar dan gunakan sebaik-baiknya untuk musnahkan setiap menara itu.

Perbezaan ketara antara COC dan Clash Royale ialah teknik perlawanan. Jika sebelum ini anda berlawan dengan kecerdasan buatan (AI), kali ini ia lebih mencabar. Berlawan dengan pemain lain secara langsung mengajar anda untuk merancang strategi dengan kadar segera.
Menariknya, setiap unit yang dipanggil mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, ‘mini pekka’ lebih efektif menghancurkan menara dan kuat menentang ‘giant’. ‘Witch’ pula lebih berkuasa di posisi belakang dengan tentera tengkorak di bawah penguasaannya.

*Gambar culik dari Google* ngehngeh !


Kumpul kad

Dengan setiap kemusnahan menara korang akan diberi satu mahkota dan kemenangan diraih apabila Raja dijatuhkan ataupun mengikut perbezaan jumlah menara. Jika korang menang, mata diberikan dan akan melayakkan anda ke arena lebih tinggi.

Paling menarik, korang akan diberikan harta karun yang mengandungi kad dan duit yang boleh digunakan untuk naik taraf kad. Namun, setiap harta karun mempunyai masa tertentu untuk dibuka.
Ini pastinya menimbulkan kekecewaan kepada pemain yang tegar macam Lyssa ni. haha . Kalau korang bermain dengan kerap dan menang, kemungkinan akan bertemu pemain dengan kad lebih kuat. Justeru, korang perlu menunggu harta karun terbuka untuk kad lebih berkuasa ataupun terpaksa gunakan ‘gem’ untuk mempercepatkan proses. Kalau kaya, boleh lah topup selalu . Hakak tak mampu dik ! hoho .



Secara keseluruhannya, Clash Royale sesuai dimainkan pada waktu lapang dan ia menjanjikan keseronokan segera kepada sesiapa saja. Bagi peminat COC, anda pastinya teruja dengan keluaran ini dan penulis yakin Clash Royale akan memberikan kepuasan yang serupa dengan konsep berbeza.

So, ada tak kat sini yang main game ni ? Kalau ada, mai la jemput singah Clan Lyssa :D
Clan Name : Royale-Hunter 

Nantikan entri Lyssa mengenai Tips Bermain Clash Royale pula ye :D
*Bila fikir-fikir balik , aku ni lelaki ke perempuan ? haha . bai !

Selamat Malam ^_^ xoxo
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

3 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Mera Hussain
AUTHOR
March 13, 2016 at 9:43 AM delete

Teror lyssa main game2 mcm nie. Mera coc pn tak pandai main. Game masak2 blh la. Hahahahah

avatar
lyana ishak
AUTHOR
March 13, 2016 at 3:31 PM delete

Rajen nya lyssa layan game tu . btw nice review hee

avatar
Puan Wawa
AUTHOR
March 13, 2016 at 4:23 PM delete

Wawa tak pandai nak main game..")

avatar

Google+ Followers