Cetaphil Gentle Skin Cleanser Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Assalamualaikum ..

Hi semua ! Lyssa tak nak cerita panjang. Pertama sekali, Lyssa nak tanya korang dulu.. Pernah dengar tak Produk Cetaphil ? Lyssa yakin ada juga antara korang yang pernah dengar dengan produk ni dan ada juga antara korang yang sudah pun mencuba guna produk Cetaphil ni kan?


Yeah ! Sama la . Baru-baru ni Lyssa pun ada juga cuba produk Cetaphil ni. Antara produk yang Lyssa guna sekarang ialah Gentle Skin Cleanser, Moisturizing Cream dan Daylong SPF50+ . Semua jenis produk ni best dan sangat sebati dengan kulit Lyssa. Tapi, untuk entri kali ni Lyssa nak fokus kepada Gentle Skin Cleanser !


Untuk makluman semua , salah satu produk Cetaphil iaitu Gentle Skin Cleanser adalah produk untuk membersihkan permukaan kulit muka ataupun badan supaya kelihatan bersih, terasa segar dan lembut. Produk ini memang sesuai untuk semua jenis kulit. Tak kisahlah korang ni jenis kulit berminyak ? Kering ? Ataupun ‘normal skin’ .. Memang sangat sesuai untuk semua. Malah, ianya sangat lembut dan sesuai juga digunakan untuk kulit halus bayi. Gentle Skin Cleanser sangat berkesan untuk menjaga kulit korang tu...


Testimoni Lyssa


Setelah hampir sebulan Lyssa menggunakan produk ini, ternyata ianya sangat berkesan dan kulit Lyssa pun bertambah licin dan lembut. Bukan licin dan lembut saja. Bila guna produk ni kulit Lyssa terasa segar dan sentiasa bersih. Ianya diformulasikan bebas daripada sabun/buih dan tidak berbau. So, bila kita gosokkan perlahan-lahan di muka, ianya langsung tidak berbuih. Rasa gatal ? Langsung tak !



Kulit kita akan rasa lembap je, dan tidak akan meninggalkan sisa yang boleh menyumbat liang-liang di muka korang tu. Apa lagi yang best ye ? Haaaa … Selain hanya membersihkan kulit, Gentle Skin Cleanser juga sesuai untuk ‘remove light make-up’ di muka korang tu. So, tak perlu lagi nak guna make-up remover ke apa kan . hehe . Gentle Skin Cleanser pun boleh dijadikan makeup remover. Best kan ?


Cara Penggunaaan






  1. Tanpa air : Picitkan sebanyak size duit syiling 50 sen GSC di tapak tangan dan gosok perlahan-lahan. Buang lebihan dengan kain lembut .
  2. Dengan air : Guna GSC ke permukaan kulit, gosok secara perlahan dan bilas dengan air.


Mudahkan ? Kalau masih yang tak faham macam mana nak guna, korang boleh tengok Video Cara Lyssa Guna Gentle Skin Cleanser di bawah ini :






Dah tengok ? hihi . OK !
Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke :
Website: 
http://bit.ly/1ULyssa 
FB: 
http://bit.ly/1qLyssaF 
IG: @CetaphilMY 
Twitter: @CetaphilMY 
YouTube: 
http://bit.ly/1MLyssaF 
#cetaphilMY #skincommitment #cetaphilworks
Terima Kasih Sudi Baca ..


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Farrah Nadia
AUTHOR
April 20, 2016 at 11:35 AM delete

Akak beli cleanser je ke jenama cetaphil ni?

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
April 20, 2016 at 3:04 PM delete

Kak PC pernah guna juga lyssa...lama juga guna...alhamdulillah sesuai..

avatar
Azam Zaki
AUTHOR
April 22, 2016 at 5:53 PM delete

Renew insurance/ roadtax kereta tanpa geran , mudah dan pantas
1/ Whatapps RFQ ke 0123287042
2. Harga akan diberi dalam masa 10 minit
3. anda setuju dengan harga
4. whatapps geran atau covernote insurance sekarang
( jika anda customer takaful ikhlas , just bagi no kereta, IC)
5. buat payment
6. kami email policy dalam masa 15 minit
7. kami post roadtax/policy pada hari yang sama

http://www.insuranskereta.my
mudah whatapps 012-3287042

avatar
aeinna Musa
AUTHOR
April 24, 2016 at 5:25 PM delete

secara jujur, kak ena tak pernah dengar produk ni lysa

avatar

Google+ Followers