Nenek, 3 Cucu Nyaris Rentung



Teluk Intan: Seorang nenek bersama tiga cucunya terselamat daripada rentung apabila kediaman mereka hangus dijilat api di Lorong Guru, Kampung Bahagia, di sini, pagi semalam.


Kebakaran jam 10.15 pagi itu, membabitkan dua rumah didiami Salasiah Lan, 63, bersama tiga cucunya yang berusia dua, lima dan sembilan tahun, manakala sebuah rumah lagi dihuni Hamdan Aziz, 64, bersama isterinya Saloma Yahya, 57, dan seorang anak.

Menceritakan detik cemas itu, Salasiah berkata, ketika kejadian hanya dia bersama cucunya berada di rumah terbabit kerana suaminya Abu Bakar Hassan, 67, juga pesara Majlis Perbandaran Teluk lntan ke rumah kakaknya di lpoh.

“Saya menjaga tiga cucu kerana ibu mereka (anak) Sawana, 34, dan suaminya Mohd Rosli Mohd Shafie, 37, bekerja.

“Makcik terperanjat bila melihat api menjulang membakar dinding dari bahagian dapur rumah jiran dan terus membawa semua cucu keluar ke halaman rumah apabila melihat api semakin marak,” katanya ketika ditemui semalam.

Salasiah berkata, dia bersyukur kerana mereka terselamat terutama ketiga-tiga cucunya.

p/s : Alhamdulillah . Nasib baik laa semua sempat keluar dari rumah tu kan. Nyaris-nyaris kena rentung tu . Hm Tak dapat nak bayangkan la kalau tak sempat nak keluar dari rumah ni. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah ....
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

5 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Maria Firdz
AUTHOR
April 10, 2016 at 2:02 PM delete

Alhamdulillah... Allah masih pelihara mereka..

avatar
JAMIL HASHIM
AUTHOR
April 11, 2016 at 10:04 AM delete

assalamualaikum.
singgah dan jemputan...
~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/04/segmen-jom-singgah-jmbelog.html

avatar
Raisya Mudd
AUTHOR
April 12, 2016 at 3:30 PM delete

Teluk Intan kampung Eqa tu! Nasib baik lah Allah swt lindungi mereka..

avatar
Raisya Mudd
AUTHOR
April 12, 2016 at 4:28 PM delete

Hi Assalamualaikum, I need you to assist me on something. Please whatsapp me +60164439094

avatar
aeinna Musa
AUTHOR
April 12, 2016 at 7:23 PM delete

dah lama x singgah sini..dah lain dah wajah blog Lysaa ni

avatar

Google+ Followers