Ikut Jejak Ibu Jaga 50 Kucing Terbiar


Seremban: Kemuliaan hati ibu memberi makan dan menjaga 50 kucing terbiar, mendorong seorang kerani syarikat swasta di Pulau Pinang mengikut jejak ibunya.

Sejak kecil Azmanisham Abdul Rahim, yang berasal dari Kampung Awah, Temerloh, Pahang, melihat ibunya, Basimah Abdullah, 46, memberi makan dan menjaga kucing dibuang dan terbiar yang datang ke rumah.

Bermula daripada seekor sehingga semakin banyak kucing yang ‘bertandang’ ke rumah ibunya dilayan dengan baik dan diberi makan, malah jika ada kucing yang sakit ibunya akan membantu mengubati kucing itu.

Azmanisham, 30, mewarisi sifat penyayang ibunya itu apabila membela 17 kucing terbiar di rumahnya di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menceritakan permulaannya membela kucing, Azmanisham berkata, seorang rakan menjumpai anak kucing terbiar di sebuah pasar sebelum dibawa pulang dan diberikan kepadanya tiga tahun lalu.

“Bermula daripada itu, saya akan mengambil kucing yang dijumpai di pasar dan tepi jalan untuk dibela.

“Selepas itu, saya menyerahkan haiwan peliharaan kepada individu lain yang mahu membelanya. Saya tidak mengenakan bayaran dan menyerahkan secara percuma kepada mereka,” katanya.

Azmanisham ditemui pada Pertandingan Kucing Antarabangsa 2016 di pusat beli-belah Palm, di sini, semalam.

Dua ekor kucing betinanya bernama nama Chocolate Macchiato dan Bulan Macchiato masing-masing memenangi tempat pertama dan kedua bagi kategori ‘Kucing Rumah Bulu Pendek’ pada pertandingan itu. - Sumber

p/s : Wahh . Banyak juga tu 50 ekor kucing .. Lyssa sekarang ni pun kat rumah ada bela 3 ekor kucing je .. Tapi , banyak juga kucing terbiar yang selalu datang rumah kami tu . Kami tetap beri makanan pada kucing2 yang datang. Daripada diorang kecik lagi sampai lah besar kami tetap beri makan dan jaga juga. Sampai ada juga ibu kucing yang datang menumpang kat rumah kami tu untuk melahirkan anaknya . HAHA ! And sampai sekarang, anak kucing tu ada .. Dah boleh berjalan dah pun ... Alangkah bahagianya bila dapat pegang dan usap kucing-kucing tu .. Hilang rasa stresss .....
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

1 000 orang Comment Di Sini:

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
May 2, 2016 at 12:49 PM delete

Memang terbaik....mewarisi minat dan tanggungjawab ibunya..,alhamdulillah...

avatar

Google+ Followers