Kembar Tumpang Hidup 15 Tahun Dalam Perut Seorang Remaja Lelaki !

SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Kedah tidak menyangka perutnya yang semakin membesar saban tahun adalah berpunca dari janin kembarnya yang hidup secara parasit dalam perutnya.

Kejadian itu disedari selepas Shahril menjalani pembedahan akibat sakit perut di sebuah hospital berdekatan, dan terkejut apabila ‘makhluk’ itu dikeluarkan daripada perutnya, pada Rabu lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, sumber terdekat Shahril memberitahu, janin yang berjaya dibawa keluar itu ada kaki, tangan, rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya termasuk alat sulit yang sudah pun terbentuk.
Selain itu, sumber turut bercerita, Shahril pernah dibawa menjalani pemeriksaan doktor sejak dari kecil kerana saiz perutnya yang membulat tidak seperti kanak-kanak lain.
Namun doktor tidak melakukan apa-apa pembedahan ekoran dia tidak pernah merasa sakit. Malah, pada usia 10 tahun, Shahril sangat aktif dalam sukan seperti bola sepak
Bagaimanapun, apabila dia memasuki persekolah peringkat menengah, pergerakan Shahril menjadi terbatas serta berasa malu apabila saiz perutnya yang semakin membesar sudah tidak dapat disembunyikan.
“Sehinggalah dikejutkan dengan insiden sebulan lalu, remaja itu mengadu berasa sakit di bahagian perut sehingga memerlukan penjagaan eksklusif dari bapanya.
“Begitu juga apabila hendak tidur dan makan, perlu diurut terlebih dahulu seolah-olah rasa dicucuk di bahagian perut.
“Disebabkan itu, dia juga dikatakan tidak boleh menelan makanan memandangkan apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali.
“Keadaannya berlarutan sehinggalah menyebabkan keluarga membawanya ke hospital di mana doktor menyarankan agar pembedahan dibuat dengan segera bagi memulihkannya,” katanya.
Difahamkan, kes yang menimpa Shahril ini berkemungkinan adalah pertama kali dilaporkan berlaku di Malaysia.
Kejadian seumpama ini dianggarkan berlaku 1 dalam 500,000 kelahiran dan juga pernah direkodkan di India pada 1999 apabila seorang lelaki berusia 36 tahun juga mengalami fenomena sama yang dipanggil fetus in fetu. – MYNEWSHUB.CC
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
May 24, 2016 at 10:46 PM delete

Alhamdulillah berakhir penderitaan dia..moga Shahril dapat menjalani kehidupan seperti sediakala...

avatar
June 8, 2016 at 9:37 AM delete

Itulah kuasa yang Maha Esa.

avatar
Unknown
AUTHOR
March 30, 2022 at 1:15 PM delete

aprcasino | New Mexico's first tribal casino | The Patio
AprCasino 카지노 is your new favorite casino located 안전한토토사이트 in the heart of 그리고 카지노사이트 Albuquerque on the Patio 제왕카지노 총판문의 Indian 샌즈 카지노 게임 Reservation of the Patio, NM.

avatar
OKBet
AUTHOR
December 15, 2022 at 6:26 PM delete

Great article Lot's of information to Read...Great Keep Posting and update to People..Thanks
okbet 2022

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon