Bila Lah Masalah FOLLOW BLOG Ni Nak Selesai ?

Assalamualaikum..



Hai korang... Lyssa nak luahkan sikit masalah yang mungkin Lyssa sorang ada masalah ni, atau semua blogger pun ada masalah yang sama. Seperti tajuk yang tertera kat atas tu, sampai sekarang Lyssa ada masalah untuk follow blog orang lain. Lyssa tak rasa Lyssa sorang je ada masalah yang sama. Korang pun ada masalah yang sama macam Lyssa jugak kan ? *baik ngakuuuu !

Ada juga blogger yang tanya Lyssa, kenapa asyik keluar ERROR je masa nak follow blogger mana-mana pun. And masalah tu sendiri memang terjadi kat Lyssa dan tak tahu sampai bila benda ni nak 'settle'. hmmm..

Asyik-asyik, bila nak follow someone tu je, mesti akan keluar macam ni :


Sakit hati gilerrr tengok benda alah ni keluar. Tak pasal-pasal keluar "Whoops, that's an error." 

Kau suruh refresh, aku refresh. 
Kau suruh aku clear 'cache and cookies' pun aku dah buat.

Sama jugak keluarnya ! Sampai bila benda ni 'settle' haaa ? Dah kematu dah jejari ni asyik dok ulang benda sama je, setiap kali nak follow blog orang. hm. Kalau tak silap Lyssa, benda ni jadi masa FOLLOW BUTTON tu bertukar kan ? Masa tiba-tiba je ada Button Unfollow tu kan ? Sebelum-sebelum ni, masa perkataan "Join This Site" tu ada, elok jaa boleh follow blog orang lain. Apsal la pi tukaq interface lagu tuu wahai blogger.com oiii. 

Kesian tau tak kami-kami yang nak sangat follow blog orang tu, and "binatang" ni yang keluar. ERROR...ERROR... dan ERROR. Naik muntah lah tengok asyik benda sama je yang keluar.

Lyssa harap sangat laa benda ni dapat disettlekan secepat mungkin. Kalau nak buat report pun macam mana ? Hakak tak tahu....hmm..

p/s: Pada sesiapa yang tahu dan boleh tolong selesaikan masalah ni, tolong sangat-sangat comment kat entri ni. Kalau menjadi after korang bagitau tu, Lyssa akan kongsikan caranya di blog dan akan TAG/BACKLINK nama korang besaq-besaq dalam entri tu nanti.. Please ye. Thank you :)


Terima Kasih Sudi Baca.. -xoxo-muahciked!:*

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Mas
AUTHOR
September 24, 2016 at 12:56 AM delete

haha..sbq2..i pun x tau..aritu ad gak kena pastu oky dh

avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
September 24, 2016 at 6:06 AM delete

Asalam , sama ja..follower lisa dah berbukit2..tempat saya siput ja..hehehe bagi sikit follow tu..hehehehe gurau di subuh hari..

avatar
September 24, 2016 at 10:49 AM delete

saya ada buat entri tentang nak selesaikan masalah ni. boleh baca di sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/09/cara-nak-selesaikan-masalah-button-follow-blog.html

baca dari awal sampai akhir tau walaupun ada beberapa step yg akak lyssa dah tahu. hehe. selamat mencuba kak. semoga boleh :D

avatar
YumeeDream
AUTHOR
September 24, 2016 at 1:36 PM delete

sayee lagi suka yang "Join This Site" kan bagus kalau kekal ja mcm tu. tak payah ada button follow unfollow ni =='

avatar
September 30, 2016 at 3:21 PM delete

Maslah follow blog memang ada saja, salam blogger dari saya di Indonesia

avatar
November 24, 2016 at 8:55 AM delete

jenuh refresh baru dapat follow..

avatar

Google+ Followers