8 Manfaat dan Khasiat Surya Apple Cider Vinegar (ACV) , Cuka Epal Bersama Madu Asli

Assalamualaikum..

Hey korang... Hari ni dah masuk hari ke-10 kita berpuasa di bulan Ramadhan kan ? Pejam celik, pejam celik rasa sekejap je masa ni. Lepas tu dah raya. hihi ! Cepat betul masa berlalu.. Lyssa nak tanya korang ni, dalam seharian korang berpuasa, ada tak hari yang korang rasa macam tak larat.. Asyik mengantuk, lepas tu letih.. Tak bertenaga.. Buat apa-apa kerja pun rasa malas je.... Haaa, kebetulan pula, ada satu produk ni sangat sesuai untuk korang amalkan, tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Apa lagi kalau bukan, produk Apple Cider Vinegar (ACV), Cuka Epal Bersama Madu Asli dari Surya Malaysia

Apa itu Surya Apple Cider Vinegar (ACV) ?



Surya Apple Cider Vinegar (ACV) merupakan Cuka Epal yang mempunyai banyak khasiat dan manfaat yang telah dikeluarkan oleh Surya Malaysia. Surya telah memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya. Penghasilan formulasi ini adalah untuk mengubahkan perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang amat mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. 


Kandungan Bahan Surya Apple Cider Vinegar (ACV)


Cuka epal ini diperbuat daripada buah epal segar. Ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi. Antara ramuannya adalah Air, Madu Asli, Jus Epal Pekat, Cuka dan Perasa Epal. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada pembekal yang dipercayai, dengan epal yang didatangkan dari Amerika Syarikat serta madu mentah dari ladang tempatan. Dengan penghasilan sendiri cuka epal daripada jenama Surya mahu menyediakan produk yang sihat, selamat, murah dan berkesan untuk semua rakyat Malaysia.


Manfaat dan Khasiat Surya Apple Cider Vinegar (ACV)


Kalau korang nak tahu, cuka epal ni memang banyak sangat manfaat dan khasiat yang boleh kita peroleh tau ! Antaranya ialah :

1. Dapat meningkatkan tenaga - Haa.. Sesuai sangat lah diamalkan pada bulan Ramadhan ni kan?  Korang akan sentiasa bertenaga selepas minum cuka epal ni..

2. Dapat membantu merendahkan paras glukosa darah - Siapa kat sini ada penyakit diabetis atau kencing manis, korang digalakkan untuk cuba minum cuka epal ni, sebab ia dapat bantu merendahkan paras gula dalam badan korang tu... Belum cuba, belum tahu kan ?

3. Melambatkan pengosongan gastrik - Disebabkan ia dapat melambatkan pengosongan gastrik (perut), secara tidak langung, dapat mengawal glukosa darah dan memperlahankan penyerapan glukosa dalam aliran darah.

4. Mampu membunuh bakteria dalam tubuh badan - Dengan adanya bahan utama iaitu asid asetik, cuka ini dapat bunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.

5. Dapat membantu penghadaman dan senang lawas - Mudah untuk penghadaman dan pelawasan jika minum cuka epal ni. Tak caya, cubalah .. hihi ..

6. Membantu melegakan sakit tekak - Siapa yang terkena sakit tekak tu, korang disarankan cuba minum cuka epal ni sebab cuka ni kan ada madu asli.. Cepat je elok tekak tu nanti :)

7. Boleh menggantikan minuman kordial - Waktu berbuka puasa ke, masa raya nanti, korang boleh juga minum cuka epal ini sebagai pengganti air kordial tau. Tak payah dan susah-susah nak beli yang lain. Lagi sihat minum cuka epal ni.. hihi .

8. Menggantikan asam jawa dan gula - Bagi sesiapa yang nak masak masakan seperti ayam masak merah atau acar, korang boleh guna cuka epal ni untuk menggantikan asam jawa dalam masakan. Ni Chef Wan yang 'recommend' kan tau ! :)

Cara Penggunaan Surya Apple Cider Vinegar (ACV)


1. Campurkan 30ml atau 2x sudu besar Apple Cider Vinegar dengan 180ml air dan minum selepas makan.

Kalau Lyssa, Lyssa letak 3 sudu teruih sebab nak rasa lagi sedap kaw kaw punya ! hahaha. Kalau 2 sudu macam tak rasa sangat. Ikut keselesaan masing-masing lah kan. Ikut kecairan warna. Kalau nak rasa tawar, boh la banyak sikit air. Sebab rasa dia masam siket. Ikut citarasa masing-masing ye :)

Lepas tu, dalam bulan Ramadhan ni, cuka epal ni korang boleh tambah ke dalam air atau jus buah-buahan semasa berbuka puasa untuk membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang dan mendapat manfaat kesihatan yang berganda.

Di Mana Boleh Dapatkan Surya Apple Cider Vinegar (ACV) ?



Kalau korang nak tahu, produk ni juga ada dijual di semua Watsons dan farmasi yang terpilih tau. Tapi, kalau korang malas nak keluar rumah, korang boleh juga kalau nak beli online daripada Lazada ataupun Shopee :) Nah sini, Lyssa kasi link terus senang ! hehe ~



Testimoni Lyssa Sendiri

**yey! Berbuka dengan Apple Cider Vinegar (ACV) !!* Terus bertenaga !

Haaaa... Ok ! Sekarang Lyssa nak review sendiri pengalaman Lyssa minum Cuka Epal Bersama Madu Asli ni ye .. So far, bagi Lyssa cuka epal ni memang best untuk diminum. Memang kebetulan sangat bulan puasa ni kan, kalau nak kembalikan atau tingkatkan tenaga kita berdesuppppp , eloklah kalau amalkan cuka epal ni. Lyssa ingat ke cuka hanya boleh untuk dimasukkan dalam masakan je, rupa-rupanya boleh dibawa minum ! HAHA ! Dah la banyak gila manfaat dia. Paling best, sebab senang sangat nak lawas. Siapa dok sembelit tu, meh la cuba cuka epal ni, confirm lega lepas tu! hahahaha... Rasa dia pun sedap sangat masam-masam manis giteww.. Manis sebab apa ? Sebab ada Madu Asli tu la.. Sebab tu sangat helok untuk siapa yang sakit tekak. Minum, 2 sudu bersama air selepas makan. Memang sangat berbaloi dengan harganya yang tersangatlah berpatutan ! Yang penting HALAL ! Korang patut beli dan cuba sekali, pasti akan beli berkali-kali lepas ni .. hihihih :D


Ok. Untuk info lanjut, korang boleh terus ke :



#SuryaACV #RasaSayangSemanisMadu #SuryaMalaysia


TerimaKasihSudiBaca ~
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

10 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
mas saari
AUTHOR
June 5, 2017 at 12:33 PM delete

Memang banyak khasiat cuka epal ni, elok sangat diamalkan minum.

avatar
Unknown
AUTHOR
June 8, 2017 at 10:51 AM delete

Wah banyak khasiat rupanya cuka epal ni. info sangat berguna sis
http://seriwanita.com/

avatar
Unknown
AUTHOR
June 12, 2017 at 10:40 AM delete

nampak sedap je air tu .. huhu

avatar
June 14, 2017 at 10:25 PM delete

Apple Cider really good for health

avatar
Amar
AUTHOR
March 16, 2018 at 11:13 PM delete

tidak dapat dinafikan bahawa cuka epal amat berguna untuk meningkatkan kesihatan dan membantu penurunan berat badan.

avatar
Azmi
AUTHOR
April 25, 2018 at 9:14 PM delete

Selepas Makan mesti akan minum satu cawan cuka epal

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon