Yey ! Dah Buka Braces, Tak Sampai Setahun !

Assalamualaikum...

Hi semua ! Eksaited betul rasanya nak taip entri kali ini... Ok, sebelum tu Lyssa nak tanya, korang pernah ada terbaca tak entri Lyssa yang ini ? Pengalaman Pertama Kali Memakai Braces ... Kalau belum, singgah-singgah la jenguk dan baca ye... Itu pun kalau korang berminat nak pakai braces lah.. Sedikit sebanyak Lyssa ada la juga tolong korang dalam membuat keputusan ye dak ? hihi..

Ok. Kalau ada yang tak tahu lagi, Lyssa mula bergigi besi, semasa 13 Ogos 2016, di mana masa tu Lyssa berumur 24 tahun pada tahun itu.. Dan harini, Lyssa dah pun bukak braces ni, bertarikh 10 June 2017... dan kita boleh nampak di situ, TAK SAMPAI SETAHUN pun !! Ah sudahh , nak ber CAPSLOCK bagai lah pula . haha ! Saja nak tekan kan kat situ :P

Lyssa pun agak terkejut sebab tak sampai setahun lagi, gigi Lyssa dah cantik dan bebas dari 'gigi berpagar' ! Fuhhh.. Rasa sekejap je masa, padahal korang tak tahu... Betapa peritnya nak ulang alik dari KL ke Penang semata-mata nak tukar getah braces tu. hahaha ! Setiap kali jumpa doktor dah kena bayar RM200 + duit tambang bas pergi balik RM123 ! hahahaha .. Mana la tak terasanya kan . Dah nak cantik punya pasal, kau hadap lah sensorang ... Ye dak ?

*Kemahenn haa nganga mulut ! Nasib lalat tak masuk je masa tengah selfie ! hahah*

Emm, berbalik pada topik asal kita lah ye... and yes ! Sekarang ni, Lyssa dah bebas dari besi yang banyak-banyak kat gigi atas Lyssa ni. Tapi, bukanlah boleh bebas sebebas bebasnya... Tak ! Seksa juga sekarang ni, sebab kena pakai 'Retainer' FULL TIME okehh ! (kecuali waktu makan dan berus gigi).. emm kau ghase ? haha ! Tak berapa nak bebas jugak lah kann..

Seperti mana yang korang tahu, si pemakai braces, memang takkan lari daripada memakai retainer selepas buka braces tu. Tak kisah lah gigi sejarang2 macam Lyssa ni ke, jongang kedepan melangit ke apa ke kan, lepas buka je braces, mesti kena pakai retainer ! Sebab ? Yahh ! Gigi kemungkinan akan kembali kepada asal kalau kita tak pakai retainer tuu... So, dah beribu riban kau habiskan duit kat gigi kau, and last, gigi kau jadi balik macam yang asal disebabkan kau malas nak pakai retainer tu... !

Menurut doktor tu, memang banyak kes si pemakai braces yang malas dan berdegil untuk pakai braces, dan giginya menjadi kembali ke bentuk asal. umppph ! Rasa macam renyahkan.. ? Memang la renyah, benda apa yang tak renyah kalau nak cantik ? Haa ... Kau nak cantik, so kau hadap laa benda-benda macam ni. Jangan nak komplain or bising sebab kau yang buat keputusan tu kan . hihi. So, kena lah redha dalam apa jua pun, sendiri buat .. sendiri tanggung ! (cakap kat diri sendiri !!) hahahahhaah...

So, cerita nya macam ni... Lyssa dah buat appointment sebulan yang lalu untuk buka braces pada gigi Lyssa ni.. iaitu 10/6/2017 ni la... And then doktor tu cakap kena pergi pagi dan petang iaitu pukul 11.00 pagi dan 3.30 petang. Lyssa pun ikut la cakap doktor tu.. Setibanya pukul 11 pagi tu, Lyssa diperkenalkan dengan satu benda ni nama nya 'Lingual Retainer'.... Ni haa bentuk nya !!



Doktor tu cakap, disebabkan gigi Lyssa jarang di bahagian atas, Lyssa kena letak benda alah ni dekat belakang gigi yang jarang tu... secara PERMANENT ! Permanent okeh, permenant !! hmm.. Sampai ke tua, sampai bila-bila la benda tu akan melekat kat belakang gigi Lyssa bahagian atas tengah-tengah. Nak tunjuk memang tak laa, susah lak nak tangkap. Ni haaa Lyssa bagi contoh gambar je lah ye .. hihihih..


Gambarannya lebih kurang begitu lahh ... Doktor tu letak kawasan tengah supaya tak akan berlaku jarak lagi kawasan tu. Nama pun retainer kan, mesti lah tak nak bagi gigi tu bergerak.. umm, hari pertama pakai memang rasa tak selesa langsung ! Sebab lidah kita, asyik gatai dok main-main kat besi tu je .. Apa lagi nak makan, lagi laa tak best ! Susah nak gigit tau sebab besi tu menghalang dan kacau kunyahan kita nanti. Emm., nak buat macam mana kan, kena lah hadap. Kalau tak, membazir je buat gigi beribu riban.. Terpaksa.. Jaga je lah lek lok gigi nih . haha ~

Ok selesai dah satu kes ! Ini kes kedua pulak ye ... Lepas dah pakai Lingual Retainer tu kat gigi, doktor tu terus ambik acuan gigi kita pula untuk buat satu 'Retainer Berbentuk Silicon'. (Invisalign Retainer) Gigi bahagian atas sahaja. Masa nak ambik acuan tu, dia guna 'clay' warna putih.. Waduh, rasa nak termuntah pulak masa doktor tu masukkan clay tu dalam mulut.. Dalam 30 saat macam tu, baru dikeluarkan balik dari dalam mulut.. Terbentuk lah acuan gigi kita tu.. Ok dah lepas tu, doktor suruh datang pukul 3.30 petang pula untuk ambil retainer tu, dan dia nak ajar cara nak berus gigi macam mana nak cara nak guna ...

Ok, retainer yang dari silicon tu, berbentuk lebih kurang macam ni yer ..


Bila dah dapat benda alah ni, doktor tu cakap kena pakai sentiasa... kecuali masa makan dan berus gigi ! Huwaa.. Nak pergi kelas ke, ke mana-mana sahaja kena pakai retainer ni. Mungkin Lyssa rasa agak renyah buat masa ni, lama-lama nanti terbiasa la kot... Takpe lah ... "Kata nak gigi cantik, ikut je lah.." ye dak ??? huhu..

So, cara pakai nye, lebih kurang akan jadi macam ni laaa..

Ni bukan gigi Lyssa, Lyssa cuma bagi gambaran je tauuuuu :D



Mungkin Lyssa kena pakai sentiasa untuk 3 bulan pertama ni je kot. And lepas tu, boleh dah kurang kan .. Maybe .. I dont know.. Ikut je lah cakap doktor tu kan.. Takut rosak pulak jadinya gigi dahku nanti ! hahahah ...

Jadi, sekarang ni bayaran pun dah selesai... Cuma doktor tu cakap, kalau Lingual Retainer tu tercabut, kena datang jumpa dia untuk gamkan balik.... Oh keh ! Maknsnya bila-bila masa sahaja boleh tertanggal kalau 'ganas' sangat ! haha...Kena jaga betul-betul ni, sebab nanti setiap kali jumpa doktor nanti kena bayar lagi ... Habis lah duit kalau selalu tertanggal, ye dok ? haha !

Ok, so itu je lah yang nak Lyssa kongsikan .... Dulu entri pengalaman pertama pakai braces, sekarang ni pulak, pengalaman sesudah buka braces. haha ! Lepas ni apa pulak ?? HAHA ! Nanti kan je lah update dari Lyssa ye... Jangan lupa follow my blog untuk update terkini ye..

p/s : Korang boleh tanya apa jua soalan di ruangan comment, insyaAllah Lyssa akan jawab.. :)

Terima kasih sudi baca :)


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

34 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Ainun Kalisah
AUTHOR
June 12, 2017 at 5:37 PM delete

Tahniah heheh kejap je. Kawan saya sampai sekarang tak bukak bukak haih. Saya takut nk pakai braces huhuhu

avatar
Hanamichiaten
AUTHOR
June 12, 2017 at 11:33 PM delete

sy lak kne ulang pkai retainer 24/7 lg skali sbb degil haritu xpkai..huhu..skrg ni..tggu mse je nk pkai mlm sje..hoho..p/s:org lain jgn jd mcm sy..menyesal sbb dh sia2kan setahun..

avatar
Etuza
AUTHOR
June 12, 2017 at 11:42 PM delete

Wah kan boleh lah senyum semanis honey hehehe

avatar
Nizarazu
AUTHOR
June 13, 2017 at 7:19 AM delete

kejap je yerkk, nak pakai jugak lahhhh :D

avatar
Shikin Razali
AUTHOR
June 13, 2017 at 9:13 AM delete

Tahniah Lyssa, bertambah cantik dan manis jea.. =)

avatar
Mieza S
AUTHOR
June 13, 2017 at 9:15 AM delete

wahh. gigi dah cantik. kecik pun kecik pakai macam benda alah retainer tu. tapi bukan bntuk mcm tu. dia lain sikit

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 13, 2017 at 12:56 PM delete

ingatkan pas buka tu memang dah xyah pkai apa2 dah.. huhu

avatar
Mummy Audya
AUTHOR
June 13, 2017 at 1:06 PM delete

manis senyum pasni hehehe

avatar
June 13, 2017 at 5:02 PM delete

Braces harus digunakan dengan hati-hati supaya tidak merusak gigi dan gusi

avatar
June 14, 2017 at 11:38 PM delete

rabia nak pakai juga braces..tapi tak jadi pulak

avatar
Farahin Esa
AUTHOR
June 15, 2017 at 1:00 AM delete

Waaahhh dah cantekkkk 🤤😍

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 15, 2017 at 5:48 PM delete

i pun tak sabar nak bukak bracess ni ☺️☺️

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 28, 2017 at 12:37 AM delete

Berapa harga braces bhgian atas je?

avatar
HaFizaH aYu
AUTHOR
June 28, 2017 at 3:29 PM delete

Waaa bestnya lyssa dah bukak braces..fiza jgk yg terhegeh2 baru pakai braces

avatar
Azwar Syuhada
AUTHOR
July 3, 2017 at 10:32 PM delete

Cantik dah gigi dia, bolehlah selfie bebanyak ;)

avatar
NORMI MOHD
AUTHOR
July 19, 2017 at 4:07 PM delete

salam..terima kasih kerana sudi menjadi pesakit kami.Tak sangka blogger terkenal memilih klinik ini untuk rawatan. :)

avatar
July 19, 2017 at 5:43 PM delete

@NORMI MOHD

Wslm... Sama-sama ... Haritu buat braces. harini pi buat scaling gigi.. terima kasih doktor :)

avatar
im
AUTHOR
August 28, 2017 at 1:40 PM delete

macam mana nak tahu braces boleh buka? perlu tanya doctor ke camne?

avatar
Anonymous
AUTHOR
October 28, 2017 at 3:04 AM delete

teringin nak pakai.. sbb gigi bahagian bawah ni macam piano😂

avatar
Unknown
AUTHOR
January 20, 2018 at 6:07 PM delete

Linguar retainer ni memang wajibke lepas pakai braces ?just nk tanya

avatar
January 20, 2018 at 11:27 PM delete

@kotak langgit

tak wajib utk semua org... ikut doktor jugak, and ikut masalah gigi kte, kalau perlu, baru laa kena letak..

avatar
Anonymous
AUTHOR
July 21, 2018 at 3:01 PM delete

Assalamualaikum kak, gigi saya ni akan dicabut dan dipasang braces.. .Jadi kena pasang retinal kat belakangg gigi tu permanent jgak ke?

avatar
July 23, 2018 at 10:00 AM delete

@Unknown

ohh kalau yang tu,akak tak berapa nak pasti.. dia ikut gigi kita jugakk... selalu nya kalau pakai retinal pern ni kalau gigi jarang kat tgh2..

avatar
Zihahizah
AUTHOR
November 5, 2018 at 1:04 PM delete

Cantik nya gigi Awak 🙂 saya nk buat tpi lum mampu. Hehe

avatar
January 23, 2019 at 10:43 AM delete

berapa harga untuk retainer cam plastik tu, buat di mana ye?

avatar
hayati suki
AUTHOR
January 31, 2019 at 4:53 PM delete

bestnyaaa lyssa..dah selesai.. kte baru nak pakai next moday. tp renyah jugak ye bila kena pakai retainer tu all the time..huhu

avatar
Anonymous
AUTHOR
March 24, 2019 at 2:42 PM delete

Hi sis, boleh saya tau klinik gigi mana awak pegi tu? saya nak try la tempoh pemakaiannya sekejap je compares to others clinic mostly 2 tahun sis.

avatar
Goh
AUTHOR
March 24, 2019 at 2:47 PM delete

@NORMI MOHD
Hi doctor, boleh saya tau apa nama klinik gigi awak eh? nak try pegi tq.

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 11, 2019 at 9:58 PM delete

Assalamualaikum...nk tnya,sya dh bukak bracess bulan 11 aritu..and saya kene pakai retainer,mula2 memang semangat pakai...tapi bila lama2 saya jrg pakai...lpstu gigi saya ada jarak siket jela...soalan sya disini,kalau saya kembali pakai retainer setiap masa,gigi saya blh rapat balik x?

avatar
nadia
AUTHOR
August 26, 2019 at 8:14 PM delete

pakai bracess jenis apa.. pastu buat macammana bagi sat ja dah boleh tanggalkan bracess? awesome lah!

avatar
Unknown
AUTHOR
June 2, 2020 at 12:50 AM delete

Knapa tak tukar klinik dan buat dekat penang je? Boleh ke tukar klinik lain untuk smbung buat braces?

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon