Beli Nose Pore Strip Jenama Watsons, Jimat Sangat !

Assalamualaikum..

Hai semua ! Raya dah nak dekat ni.. Lagi beberapa hari je kan .. Macam mana persiapan korang kali ni ? Lyssa macam biasa laa.. Tak bersiap apa pun lagi. HAHA ! Baju kurung tahun ni pun ada sepasang je.. Tak tahu la kenapa rasa macam malas sangat nak Raya kali ni. Huhuhu~ Ke korang pun rasa sama macam Lyssa jugak ? err..

Tapi, bukan perkara tu lah yang Lyssa nak cerita dalam entri kali ni. Haaa.. Jadi apa dia ? Ok ! Lyssa nak tanya, pembaca kesayangan Lyssa ni pernah tak beli barang-barang kat Watsons ? Tipulah kalau kata tak pernah jejak sekali pun singgah kat Watsons kan ? Tapi, pernah tak korang beli barangan Watsons itu sendiri ? hihi ! Ni lah yang Lyssa nak cerita kat korang ni.

Baru-baru ni, Lyssa ada beli satu produk dari jenama Watsons tu sendiri. Produk apa tu ? Ni haa … Nose Pore Strip. Saja la nak cuba pulak barangan dari Watsons ni. Macam sebelum ni, Lyssa ada la jugak cuba produk dari jenama lain dan mempunyai fungsi yang sama tau.. Tapi kenapa tiba-tiba Lyssa bertukar ke barangan Watsons pulak ? Ok. Meh nak cerita !




Kenapa Lyssa Tukar Ke Produk Jenama Watsons ? 




1) Lebih Jimat dan Murah

Macam tajuk yang tertera kat atas tu, memang produk dari jenama Watsons memang murah dan jimat sangat tau. Lyssa bagi contoh lah ye. Macam sebelum ni, kan Lyssa dah pernah guna Nose Pore Strip dari jenama lain kan ? Harganya, mencecah RM11.00. Kalau beli 2, harganya akan menjadi RM22.00 lah kan. Tapi tidak dengan Nose Pore Strip dari Watsons ni. Lyssa beli 2, harga dia baru RM17 okeh ! Tak ke jimat kat situ ^^ Dah la boleh campur2 dua jenis yang berbeza iaitu jenis “Charcoal” dengan “Deep Cleansing”. Hee ! Sebab tu lah, Lyssa dah bertukar dan beralih ke jenama Watson. Yey !!


2) Sama dan Sebagus Jenama Lain

Yang ni, memang Lyssa tak nak nafikan lah. Bila guna je Nose Pore Strips jenama Watsons dah rasa macam sama pulak dengan jenama yang Lyssa gunakan sebelum ni. Haha ! Cara nak pakai pun sama, dan hasilnya pun sama jugak. Sebab tu la Lyssa kata ianya sama bagus. Disebabkan itu jugalah, Lyssa switch terus kepada jenama Watsons dah alang-alang murahkan. Hihi ~


So, sekarang dah tahu lah ye, apa sebab Lyssa bertukar ke jenama Watsons ? hihi . Tapi kan dah alang Lyssa cerita pasal Nose Pore Strip tu, apa kata Lyssa bagitau korang sekali, apa fungsi kedua-dua jenis nose pore strip ni dari Watsons.




Nose Pore Strip – Deep Cleansing

Nose Pore Strip Deep Cleansing ini adalah untuk menanggalkan dan mengeluarkan ‘Black Head’ di hidung kita dengan hasil yang cepat dan ditambah dengan ekstrak Witch Hazel & Aloe Vera Juice. Ianya juga dapat membersihkan liang pori di kawasan hidung kita.

Nose Pore Strip – Charcoal

Nose Pore Strip Charcoal ini mempunyai serbuk arang yang mana, akan menanggalkan ‘black head’ yang kuat dan ciri-ciri serapan minyak. Dengan ditambah dengan ekstrak Witch Hazel, nose pore strip ini akan menamppakkan pori kita bersih je. Untuk yang jenis Charcoal ni, bau dia wangi sangat ! Hee~


Cara kedua-duanya sama dan mudah saja :-

1) Bersihkan dan basahkan kawasan hidung
2) Keringkan tangan anda dan letakkan nose pore strip di hidung
3) Perlahan-lahan tekan strip ke atas hidung
4) Biarkan sehingga 10-15 minit
5) Tanggalkan strip dan bilas dengan air

Mudah je kan ? Korang patut cuba tau ! Lega bila pori hidung kita bersih je. HIHI !

Yes ! Jadi, lepas ni Lyssa tetap akan teruskan beli Nose Pore Strip ni dari jenama Watsons. Memang tak sia-sia lah Lyssa buat keputusan masa nak beli haritu. Daripada kita guna produk  lama yang sama je, why not kita switch to another brand kan ? Lepas ni Lyssa nak cuba beli barangan Watsons untuk produk yang lain pulak. Dah la jimat, ada kualiti pulak tuuu .. Watsons memang terbaiklah!




Oh ye ! Sebelum Lyssa lupa, korang juga berpeluang memenangi peluang eksklusif Shopping Spree dengan Fasha Sandha tau !! Macam mana nak join, caranya mudah sahaja !

Langkah 1 : Ambil gambar anda bersama produk jenama Watsons yang ditukar dari jenama "B".
Langkah 2 : Kongsikan sebab-sebab anda menukar ke jenama Watsons.
Langkah 3 : Hashtag #myswitchandsave & #watsonsmalaysia di Instagram dan Facebook.

Mudah kan ? Jom Tukar dan Jimat dengan Watsons !!!

#myswitchandsave #watsonsmalaysia


TerimaKasihSudiBaca :D
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

10 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Khairul Anwar
AUTHOR
June 22, 2017 at 2:34 AM delete

Nak try juga lah lepas tu, selama ni buat manual pakai tangan makin rosak hidung dibuatnya :P, lyssa nak tanya boleh ada tips atau produk untuk tutup lubang bekas jerawat tak ( untuk lelaki ) Dlu selalu pecahkan jerawat so dia meninggalkan kesan yang agak mendalam hmmm

avatar
Shafyqah Azry
AUTHOR
June 22, 2017 at 9:02 AM delete

sha guna yang charcoal tu, nyaman je rasa dan blackhead memang keluar banyaklah

avatar
Eyma Balkish
AUTHOR
June 22, 2017 at 1:14 PM delete

Wah..bestnya.. Kena cuba nih

avatar
June 23, 2017 at 3:40 PM delete

@dslim beauty yer, berkesan... malah lagi best dari jenama yang pernah Lyssa pakai sebelum ni :) awak patot cuba tu ^^

avatar
June 23, 2017 at 3:41 PM delete

@Eyma Balkish cuba, jgn tak cuba .. best dan jimat !! :D

avatar
June 23, 2017 at 3:41 PM delete

@Shafyqah Azry yup ! btul .. yang charcoal tu pun best... dah la wangii .. hihi .

avatar
Ainun Kalisah
AUTHOR
July 5, 2017 at 11:46 PM delete

Boleh try beli ni. Tq lyssa

avatar
Ainun Kalisah
AUTHOR
July 10, 2017 at 5:29 AM delete

Tak sempat nak beli lagi aww

avatar
Ain Ridzuan
AUTHOR
July 13, 2017 at 1:30 PM delete

Macam best je. Nanti saya cuba. Thanks lyssa..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers