NSJ Pure Rose Essence | Banyak Kelebihannya, Bukan Hanya Untuk Rawat Kulit Muka, Tapi Untuk Luka dan Keradangan

Assalamualaikum

Ramai di antara kita semua ni, mesti mengidamkan kulit yang cantik, sihat, gebu dan licin kan ? Tambah-tambah lagi para wanita di luar sana, termasuk lah Lyssa sendiri ! Walaupun kulit Lyssa tak berapa banyak masalah sangat, tapi stress bila kulit muka jadi kusam dan tak sihat! Kadang-kadang dia kering, lepas tu, bila hormon tak berapa nak stabil sikit, dah keluar Miss J pula dekat muka! Stress gila !

TAPI KAN !!! 

Ada berita baik yang Lyssa nak bagitau korang semua ni.. Baru-baru ni kan, Lyssa ada cuba satu produk penjagaan muka ni tau. Tak sampai seminggu Lyssa cuba, muka Lyssa dah nampak perubahan! Ini lah dia produk yang Lyssa nak bagitau korang ni.. NSJ Pure Rose Essence. Pernah dengar tak ? 



Apa itu NSJ Pure Rose Essence ?

Bagi yang tak tahu, Pure Rose Essence ini adalah salah satu produk penjagaan muka yang boleh digunakan sebagai toner harian (atau selepas toner) yang akan menyuburkan dan membantu menjaga kulit menjadi lebih licin dan cerah. Ianya diperbuat daripada 100% pure rose hydrosol tau! Paling best, ianya bebas daripada bahan pengawet, pewarna, wangian, alkohol dan minyak mineral. Dan paling penting sekali, produk ini dihasilkan oleh pengeluar GMP dan Halal yang disahkan dan didaftarkan di bawah KKM. So tak perlu risau ok ?

Bahan Yang Terkandung Dalam NSJ Pure Rose Essence

Antara ingredients / bahan untuk produk ni adalah Aqua, Rosa Rugosa Flower Extract, Pentylene Glycol


Kelebihan dan Manfaat NSJ Pure Rose Essence 

Kalau korang nak tahu, Rose Essence ni memang sangat baik kerana ianya anti-radang, anti-bakteria, dapat membersihkan segala kotoran dan akan meremajakan kulit kita. Banyak lagi kelebihan bila korang guna NSJ Pure Rose Essence ni. Antaranya :

1) Menghidratkan dan menyuburkan kulit

2)Membersihkan liang pori dengan menghilangkan kotoran dan minyak serta meningkatkan penyerapan bagi penggunaan skincare selepas itu.

3) Seimbangkan tahap PH kulit

4) Anti-Radang dan Menenangkan - Mawar semulajadi penuh dengan sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kemerahan kulit yang merengsa, menghilangkan jerawat, dermatitis dan ekzema. Ianya boleh digunakan untuk menyembuhkan 'sunburn' dan gigitan serangga juga.

5) Anti-Bakteria - Baik untuk memerangi jerawat, kulit gatal dan lain-lain jangkitan kulit bakteria.

6) Antiseptik - Boleh digunakan untuk membersihkan luka dengan menyemburkannya di kawasan itu sehingga bersih. Korang juga boleh guna pada kulit dan permukaan untuk membersihkan dan membasmi kuman.

7) Meremajakan kulit dan mengembalikan cahaya di wajah. Ianya kaya dengan vitamin C, di mana dapat meningkat kolagen dan menghalang penuaan.

8) Aroma rasa semulajadi untuk membuatkan korang jadi lebih relax dan tenang. Boleh disembur juga di sekeliling bilik tidur atau di bantal untuk mengurangkan tekanan.


Jika dilihat dengan kelebihan yang ada, NSJ Pure Rose Essence ni memang sangat bagus, sebabnya produk ini tidak hanya memfokuskan pada kulit muka sahaja, tapi boleh juga untuk merawat luka dan keradangan. Buat masa ni, Lyssa tak ada lagi luka atau radang. Nanti, bila-bila, Lyssa nak cuba pula pada luka. hihi. Sebab kesan pada kulit wajah Lyssa pun, Lyssa sangat-sangat berpuas hati, yang paling penting, kulit makin cerah dan licin! hehe..


Siapa Yang Sesuai Pakai NSJ Pure Rose Essence ?

Kalau nak tahu, produk ini sangat sesuai untuk digunakan pada kulit sensitif, kulit yang berjerawat, dan juga berkulit normal kepada kulit kering. Senang cerita, ianya sesuai untuk semua jenis kulit :)


   

   


Cara Penggunaan NSJ Pure Rose Essence

Cara nak guna pun mudah sangat !

Untuk pengetahuan korang semua, kalau korang beli 2 botol NSJ Pure Rose Essence, korang akan dapat sekali 30 sheet or mask untuk korang gunakan sekali dengan essence tu.

Ok. Bagi kulit normal, gunakan Cotton Pad untuk apply toner itu.

Bagi kulit yang kering dan sangat kering atau yang kulit sensitif, korang boleh guna toner ini bersama sheet mask. (Yang ini memang betul-betul highly recommended lah, sebab hasilnya memang superb!

Caranya, basahkan mask (yang bulat-bulat dalam gambar di atas) dengan menggunakan NSJ Rose Essence, dan biarkan mask itu di permukaan muka selama 5 - 10 minit, kemudian tepuk perlahan-lahan baki produk di wajah korang. Ikuti dengan mengurut wajah korang menggunakan light lotion atau krim pelembap yang akan lock-in kelembapan itu.

      
Lepas spray, sheet mask tu akan mengembang jadi macam tu.. hihi ! Then korang buka nampak bentuk muka, tepek la ke muka. Mudah kan ?? heee~


Tengok gambar ni, ada bentuk topeng tuu heee ^^ Macam magik pulakk.... 


Ok, so far.. Bagi Lyssa, Lyssa memang puas hati sangat dengan NSJ Pure Rose Essence sebab kulit Lyssa memang sesuai dan serasi dengan produk ni. Walaupun baru guna tak sampai sebulan lagi pun, tapi serius! Kesannya memang superbbbb ! Betul lah orang kata, kalau ada ekstrak mawar ni, mesti akan elok untuk kulit wajah kita. Lyssa tahu, Lyssa tak ada sangat masalah jerawat kat muka ni, tapi.. Lyssa suka dengan efeknya bila kulit muka jadi semakin licin dan cerah ! Lepas guna je, kulit jadi sejuk dan terasa bersih je tauuu! Pastu apply make up pun, smooth je rasa! Tak percaya tengok lah gambar kat bawah tu. No filter oke! haaaa. Sebab itu lah, Lyssa sangat -sangat recommended juga untuk korang cuba produk ni. Tambah-tambah lagi korang yang ada masalah kulit ataupun siapa yang tak pernah pakai toner tu, boleh cuba produk ni.. :) 


Oh ye ! Sempena Hari Ibu yang bakal tiba tak lama lagi, apa kata korang hadiahkan NSJ Pure Rose Essence kepada ibu korang. Confirm-comfirm lah mak korang akan suka! 


Untuk info lanjut, korang boleh terus ke :

Website : https://nsjstylishstore.com/product/pure-rose-essence-50ml/
Instagram : @nsjstylishstore


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Latest
Previous
Next Post »

5 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
May 6, 2019 at 11:38 PM delete

Unik masknya Lyssa..kak PC ingat itu tablet kunyah..rupanya mask.Menariklah.

avatar
May 7, 2019 at 12:24 AM delete

@PeRdU cINta haaa.. tu lah kak PC... menarik.. macam magik, spray2 je terus mengembang jadi mask ! hehehe

avatar
Nadhie Wueen
AUTHOR
May 8, 2019 at 1:44 PM delete

menariknya tiba-tiba jadi bentuk topeng!

avatar
ain
AUTHOR
May 9, 2019 at 3:37 PM delete

Hi Admin! Tumpang iklan jap ya. KUALITI YANG MEMUKAU MATA ANDA DARI Al Aqsa Carpets. Boleh klik link bawah untuk lihat perbezaan Tikar Getah Al Aqsa yang susah koyak dan tahan lasak dengan yang adaa di pasaran.
Tak percaya, jum tengok video ini!

https://www.youtube.com/watch?v=gIebXZiZ3NA

avatar
iyaseo.id
AUTHOR
May 11, 2019 at 2:54 PM delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Jom follow blog https://www.iyaseo.id/
. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
. Komen yang baik2 sahaja ye..
. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon