KITA BEAUTIES PU'TH | Makanan Tambahan Harian Untuk Mencantikkan dan Mencerahkan Kulit

Assalamualaikum


Hi korang ! Lyssa tahu,  mesti ada antara pembaca blog Lyssa ni yang tak sabar nak tahu kan macam mana Lyssa jaga kulit Lyssa menjadi semakin sihat, cerah dan cantik kan, kan ? Haaa, kalau korang nak tahu, selain daripada penjagaan muka dengan menggunakan produk skincare, Lyssa juga menjaga kulit dari dalam tau! Penting sebenarnya untuk luaran dan dalaman supaya kita dapat hasil yang lagi kebaaboomm gitu !

Baru-baru ni, kalau korang perasan di instagram Lyssa, Lyssa ada post satu produk yang Lyssa dah amalkan tak sampai sebulan tau ! Yeah ! Produk apa lagi kalau bukan KITA BEAUTIES PU'TH. Lyssa tahu, mesti korang ada dengar punyalah dengan produk Kita Beauties ni kan. Produk Kita Beauties ni, sebenarnya ada macam-macam jenis tau, tapi sekarang Lyssa nak fokuskan pada KITA PU'TH sahaja.



Ok ! Secara ringkasnya, produk Kita Beauties ni adalah merupakan makanan tambahan seharian kita dan ianya mampu membantu mengimbangkan nutrisi yang kekurangan daripada makanan seharian kita. Produk Kita Beauties ini adalah produk yang diperbuat daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan kolagen dari ikan. Kiranya produk ni macam SUPERFOOD lah ! Tapi, ianya bukan diperbuat daripada ubat dan tidak dapat menyembuhkan sakit sakit kronik tau !..

Ok. Ini info penting tau ! Produk Kita Beauties ni cuma ada No. Reference dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja, dan dikategorikan sebagai makanan. Tiada No. MAL, sebabnya no. MAL hanya untuk produk yang diperbuat daripada ubat atau dikelaskan sebagai ubat. So, ianya tidak merbahaya sebab memang sudah disahkan oleh KKM ! Jangan risau ok ? hehe !


Bagi yang tak tahu, Kita Beauties Pu'th ini merupakan campuran minuman botani daripada buah oren, camu-camu, Alpha Lipoic Acid dan juga biji anggur. Bahan semua ni pun sangat selamat diminum sebabnya tiada langsung bahan terlarang. Lagi pula, kesemua bahan ini ada kelebihan tersendiri. Contohnya :

Oren 
Kaya dengan Vitamin C

Camu-camu
Superfood untuk muka dan dan diet seharian anda 60x lebih kuat daripada vitamin C.

Alpha Lipoic Acid
Antioksidan utama yang menghalang penuaan dan keradangan kulit.

Biji Anggur (Grape Seed)
Untuk mencerahkan dan mengimbangi kulit


Kelebihan dan Manfaat Kita Beauties Pu'th

Macam-macam kelebihan yang korang boleh dapat jika amalkan minuman botani Kita Beauties Pu'th ni tau. Antaranya :

1) Dapat membantu melicinkan kulit wajah
2) Membantu mengekalkan kulit yang halus dan lebih cantik
3) Mengurangkan jerawat dan parut jerawat
4) Mengimbangkan tona kulit yang tidak sekata
4) Sangat-sangat bagus untuk jenis kulit yang bermiyak

Yang paling penting, ianya dapat mencerahkan kulit kita tau sebab Kita Beauties Pu'th ni diperkayakan dengan Vitamin C yang bertindak untuk mencerahkan kulit . Macam best kan ! Minum je, kulit dah jadi lawa, gebu gebas gituuu... hihihi...


Tips / Pantang

Tapikan, dalam mengamalkan minuman botani Kita Beauties Pu'th ni, ada juga pantang larangnya tau... Korang boleh baca ni, dan hadamkan baik-baik ! Jangan kata, Lyssa tak bagitau pulak yee :)

  • Masalah jerawat - Sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
  • Kafein - Elakkan minuman berkafein sebab ianya boleh mempercepatkan penuaan.
  • Period (bagi perempuan) - Better stop sebab sistem penyerapan badan masih lemah jadi bazir jika minum.
  • Waktu pengambilan - Boleh jarakkan selama 5 jam jika mengambil ubat dari hospital / klinik.
  • Sesuai diambil selepas kandungan/baby yang berusia 4 bulan ke atas untuk ibu mengandung/ ibu menyusu
  • Amalkan minum air masak 2 - 3 liter untuk kesan yang lebih baik.
  • Masalah kesihatan - Sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk.
  • Produk yang mempunyai kolagen, tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau masalah resdung.



Cara Pengambilan Kita Beauties Pu'th



Cara pengambilan pun sangat-sangat mudah tau ! 

Bancuhkan 1 sachet Kita Beauties Pu'th bersama dengan 100ml air. Boleh dibancuh dengan air biasa, air suam, ataupun air sejuk. Tapi pastikan ianya betul-betul larut dahulu sebelum minum.

Produk ini sesuai diambil selepas sarapan atau sebelum tidur. (Waktu yang dicadang adalah sebelum tidur kerana penyerapan waktu malam lebih tinggi)

Macam Lyssa, Lyssa minum sehari sekali pun dah cukup, sebelum tidur. Esoknya, kita bangun, akan dapat rasa kulit makin lama makin halus! Best sangat!

Berapa Kuantiti dan Harga Kita Beauties Pu'th ?

Ohh ya ! Lupa nak bagitau, satu kotak Kita Beauties Pu'th tu, ada 10 sachet x 6 gram. Harganya sangat-sangat mampu milik tau! Hanya RM28.80 sahaja dan boleh didapati di Guardian yang berdekatan dengan korang.. Lyssa dah cuba, korang bila lagii ? heheee ~


Testimoni Lyssa Sendiri

So far, Lyssa dapat habiskan 10 sachet Kita Beauties Pu'th ni dalam masa 10 hari dan, hasilnya sangat-sangat Lyssa puas hati lah ! No more jerawat ! No more kulit kusam ! No more tona kulit tak sekata ! Alhamdulillah, Kita Beauties Pu'th ni sesuai dan serasi lah dengan Lyssa. Walaupun, Lyssa ni tak ada masalah kulit berminyak yang teruk,  tapi sedikit sebanyak ianya dapat membantu mengurangkan jerawat-jerawat kecil di bagian muka ni. heee ! Kalau nak tahu, pasal rasa dia, okeyy.. Rasa dia masam masam manis gitu.. Alaa, rasa macam buah oren gitu... Sedapp sangat ! Sebab tu, Lyssa boleh habiskan 10 sachet tu... hahaha ! (**peminat tegar buah oren sebenarnya..*) kihkih. Kalau tengokkan harga, pun sangat affordable kan, dan sangat mudah nak cari. Pergi je Guardian, carilah Kita Beauties Pu'th ni. Cuba minum, Confirm korang takkan menyesal punya lah ! Trust me :)

Make Your Skin & Body Happy ! :)



Untuk info lanjut, korang boleh terus ke :

Facebook : KITA Beauties 
Instagram : @kita_beauties


#kitabeauties #guardian #guardianmalaysia #trustedbrand#topbrand #koreaformulatedbrand #cantikgebu#cantikputih #cantik

Terima kasih Sudi Baca ^^

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

4 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
May 7, 2019 at 5:54 AM delete

Harga sgt affordable utk produk mcm ni. Cuma2 kdang2 tu la xbrani nk cuba

avatar
May 7, 2019 at 12:23 PM delete

@Mysara Ab Rahmanhee, kadang tu, kit kena berani cuba juga. Tak perlu risau sangat, sebab produk ni bukannye ubat. Hanya makanan tambahan je :D

avatar
ain
AUTHOR
May 9, 2019 at 3:37 PM delete

Hi Admin! Tumpang iklan jap ya. KUALITI YANG MEMUKAU MATA ANDA DARI Al Aqsa Carpets. Boleh klik link bawah untuk lihat perbezaan Tikar Getah Al Aqsa yang susah koyak dan tahan lasak dengan yang adaa di pasaran.
Tak percaya, jum tengok video ini!

https://www.youtube.com/watch?v=gIebXZiZ3NA

avatar
Unknown
AUTHOR
September 3, 2019 at 8:17 AM delete

maaf niesa setahu sya kita puth nii tak ada kandungan collagen

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon