Bahaya Ke Ada Ketulan di Leher ? Adakah Ini Tanda Kanser ?

Assalamualaikum~


Hi korang ! Kenapa tu ? Mesti sekarang ni korang sedang alami masalah ketulan, benjolan ataupun bengkak di bahagian leher kan ? Mesti tengah risau nih, ketulan tu sebenarnya petanda korang menghidap kanser ? uhmm..

Jangan risau! Selalunya, ketulan yang muncul pada leher korang tu adalah disebabkan oleh nod limfa yang membengkak setelah melawan penyakit! Lyssa selalu juga kena ni, lepas je sakit gigi ke, lepas demam ke, mesti leher macam ada benjol. Sangat la tak selesa kan ?

Tapi, kalau korang masih risau, mari sini Lyssa kongsikan satu artikel mengenainya. Mana tahu, sedikit sebanyak boleh membantu korang yang alami masalah ini..

JOM BACA !!

Adakah Ketulan di Leher Saya Petanda Kanser ?

Jangan panik jika ada ketulan tiba-tiba muncul pada leher anda, kata Jorden Lorch, Pengarah di Thyroid Cancer Center, Dana-Faber/Brigham. 

Kebanyakan ketulan adalah tidak berbahaya (benign) dan bukanlah petanda anda mempunyai kanser. Namun, jika anda mempunyai ketulan yang tidak sembuh-sembuh, berjumpalah segera dengan doktor. 

Nod limfa yang berada di sekitar kawasan kepala, leher, dan ketiak anda boleh membengkak jika terkena jangkitan daripada bakteria ataupun virus. 

Jika ini berlaku, nod limfa yang selalunya lembut dan tidak dapat dikesan akan tiba-tiba membengkak.

Keadaan ini adalah normal kerana ia akan beransur hilang setelah badan selesai melawan jangkitan tersebut. Oleh itu, ketulan tersebut mungkin hanya kesan sampingan dan muncul cuma seketika. 

Walau bagaimanapun, jika ketulan itu tidak pernah surut, ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kanser.

Bagaimana Jika Ketulan di Leher Saya Ini Sebenarnya Kanser ?


Ketulan atau benjolan yang disebabkan oleh kanser boleh berlaku di mana-mana sahaja di sekitar leher anda. Selalunya, ketulan tersebut keras, tidak rasa sakit jika ditekan dan bersifat pegun serta sukar digerakkan. Ketulan ini bersaiz kira-kira 1 sentimeter hingga beberapa sentimeter dalam diameter. 

Ketulan ini boleh muncul tunggal ataupun berkumpulan. Ketulan pada leher mungkin petanda anda menghidap kanser tiroid. 

Bengkak pada kawasan tersebut juga adalah salah satu simptom kanser kepala dan leher seperti kanser mulut dan kanser kelenjar air liur. 

Tetapi, bukan semua ketulan bermaksud kanser, lebih-lebih lagi ketulan yang kadang-kadang muncul dan hilang dalam beberapa hari kemudian. 

Selalunya, ketulan atau benjolan yang diakibatkan oleh kanser akan perlahan-lahan membesar di kawasan leher anda.

Simptom Kanser Kepala dan Leher

Ulser mulut: Ulser mulut yang tidak pernah sembuh mungkin tanda kanser mulut. Kebanyakan invidu yang mengalami kanser mulut mempunyai simptom ini.

Ketulan atau bengkak di sekitar leher, rahang atau mulut: Kanser yang bermula pada bahagian kepala atau leher biasanya akan merebak kepada nod limfa terlebih dahulu. Jika anda mempunyai ketulan atau bengkak di bahagian leher yang berlarutan selama 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Susah menelan makanan: Kanser kerongkong atau kanser esofagus akan membuatkan aktiviti menelan makanan jadi sukar dan menyakitkan.

Susah untuk gerakkan rahang: Kanser kepala dan mulut merangkumi tulang, otot dan juga sistem saraf yang mengelilingi rahang anda. Individu yang mempunyai kanser ini hanya boleh membuka mulut seluas 3 jari.

Sukar untuk bercakap: Kanser kepala dan leher boleh mempengaruhi suara anda. Anda mungkin akan kedengaran berbeza dan suara anda mungkin lebih serak. Anda juga akan kedengaran seakan-akan demam.

Perubahan pada kulit: Kanser kepala dan leher yang paling kerap berlaku ialah kanser kulit sel basal. Kanser kulit jenis ini akan muncul pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari seperti dahi, muka dan telinga. Tapi, ia juga boleh berlaku di mana-mana kawasan pun di atas kulit anda.

Hidung dan mulut berdarah: Pendarahan selalunya berpunca daripada perkara lain selain kanser. Tetapi, tumor di bahagian hidung, mulut, tekak atau paru-paru boleh mengakibatkan pendarahan.

Selain simptom di atas, penghidap kanser kepala dan leher boleh juga mengalami masalah sakit tekak, sukar untuk bernafas, sakit telinga, penurunan dalam berat badan dan kesan putih (leucoplakia) atau merah (eryhroplakia) pada mulut yang tidak pernah hilang.

Ketulan di Leher | Perlukah Saya Berjumpa Doktor ?

Sebagai panduan, anda boleh tanya diri anda 4 soalan ini: 

  1. Adakah ketulan itu membesar? 
  2. Adakah ketulan itu keras dan tidak boleh bergerak? 
  3. Adakah ketulan itu menyakitkan dan lembut jika disentuh? 
  4. Adakah ketulan itu berwarna merah dan rasa gatal? 

Jika anda jawab ya kepada mana-mana soalan di atas, anda patut berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih menyeluruh, tidak kiralah di manapun ketulan tersebut muncul.

Sumber : HelloDoktor

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon