Kunci Kejayaan Dalam Hidup, Perubahan Besar Asyraf Khalid

Asyraf Khalid yang merupakan seorang usahawan berjaya dan anak kepada Datuk K telah memuat naik sebuah video di instagramnya baru-baru ini. Video tersebut adalah ucapan dari Datuk K berkaitan dengan dirinya dan juga seorang mentor usahawan.



Al Kisahnya, dahulu Ashraf seorang yang tidak mempunyai matlamat hidup sering kecewakan ayahnya, tidak tahu apa yang ingin dicapainya sama sekali. Alhamdulillah, kini beliau telah berjaya merubah hidup berkat ilmu dan asbab tunjuk ajar dari Mentor yang diikutinya. 


Beberapa tahun yang lalu, Asyraf telah mengenali Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan pengasas Richwork International Sdn Bhd yang juga merupakan Mentor usahawan nombor 1. Beliau mengambil keputusan untuk belajar berkaitan pemasaran dibawah bimbingan RichWorks. 


Kejayaan demi kejayaan telah dikecapi asbab belajar dalam program Titanium Richworks sebagai Titan Richworks. Terdapat beberapa perkara yang dititikberatkan oleh Ashraf akhirnya ia membuahkan kejayaan.


Apa Itu Titan RichWorks?


Ia adalah sebuah program bimbingan usahawan bagi perniagaan, kepemimpinan, pemasaran dan lain-lain lagi. Semuanya lengkap menyeluruh, membantu anda menaikkan perniagaan sehingga mencapai jualan berjuta-juta. Banyak jutawan telah terhasil dari Program Titan RichWorks.


Usaha Asyraf Bertahun-Tahun Membuahkan Hasil



Baru-baru ini, Datuk K telah mengadakan majlis sambutan Hari jadinya dan makan malam yang mana turut dijemput adalah Datuk Wira Dr Azizan Osman. Datuk K sangat gembira akan perubahan besar anaknya Asyraf, beliau telah merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman di dalam ucapannya pada malam tersebut.


Datuk K sangat berbangga dengan anaknya kerana mencapai hasil pada hari ini. Lebih beliau gembira apabila mengetahui beliau adalah big why kepada Asyraf yang menyebab Asyraf bersungguh-sungguh mengejar impiannya.



Kisah perubahan Asyraf Khalid bermula apabila beliau bertemu dengan Mentor yang dapat mengajarkannya tentang bisnes. Pengalaman dibimbing oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan sahaja tentang berjaya sebagai seorang usahawan, tetapi menjadikan setiap aspek kehidupan bagi perspektif yang lebih baik lagi.


Walaupun begitu Ashraf faham perjalanan perniagaannya masih panjang dan perlu buat lebih baik lagi. Beliau sangat bersyukur kerana Datuk K telah melihat apa yang dikecapi nya pada hari ini dan meluahkan di hadapan mentornya sendiri. 


Asyraf Khalid turut memberi ucapan kepada bapanya dan melahirkan rasa bersyukur berada dalam program Titan Richworks.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.”


"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.”


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,"



Asyraf juga melihat bahawa beliau tidak salah dalam memilih Mentor usahawan kerana Datuk Wira Dr Azizan Osman telah banyak berjasa dan merealisasikan impiannya. Perkara yang dititikberatkan oleh Dato Azizan Osman adalah kunci kejayaan dalam hidup.



Kunci Kejayaan Dalam Hidup Yang Diterapkan


  1. Perbaiki hubungan sesama manusia 

  2. Perbaiki hubungan dengan pencipta 

  3. Sikap yang betul dan baik 

  4. Percaya kepada Allah dan beribadah 

  5. Bersedekah daripada setiap hasil kejayaan 

  6. Perbetulkan sikap kepemimpinan diri 

  7. Merendah diri walaupun sudah berjaya 

  8. Tidak kedekut berkongsi ilmu

  9. Tidak ego dalam melakukan sesuatu perkara 


Kunci kejayaan ini telah ditekankan oleh Datuk K dalam ucapannya di dalam video tersebut. Ia telah ditonton oleh 15 ribu penonton dalam masa beberapa jam sahaja. Dengan kejayaan yang dikecapi oleh Asyraf, Datuk K sangat gembira malah berkongsi dengan ramai orang sebagai perkongsian bermanfaat dan inspirasi buat semua.



Berikut adalah petikan dalam ucapan Datuk K:



“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,”


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan.”

Semua Orang Mampu Mengukir Kisah Kejayaan


Dengan perkongsian dari Datuk K ini, kisah kejayaan Asyraf ini benar-benar menginspirasikan kita semua terutamanya para usahawan. Semua orang mampu mengukir kisah kejayaan.  Belajar dari kesilapan, betulkan apa yang perlu diperbaiki, InsyaAllah kita pasti buat perubahan besar dalam hidup.


Daripada mula bisnes sehinggalah proses berkembang, semua ada fasa-fasa yang tersendiri. Kena tahu kapasiti dan faktor-faktor lain lagi. Percaya kepada proses perniagaan masing-masing dan teruskan usaha. Yang penting, perlu ada ilmu dan mentor yang betul membantu anda, yang telah melahirkan ramai usahawan jutawan adalah bonus buat anda!


Nak tahu lebih lanjut tentang Kelas Titanium RichWorks Anjuran Richworks dan Azizan Osman, boleh terus layari www.richworks.com


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

1 000 orang Comment Di Sini:

Write 000 orang Comment Di Sini
izzi
AUTHOR
March 24, 2022 at 9:12 AM delete

Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
manufacturing disaster recovery
government disaster recovery

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon