Cemburu Buta !!

"Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini."






SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, pasti ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.!
Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana.
hehe! betul kan ?

 ..............................................................................................................................
Oke , now , Lyssa nak kongsi sedikit 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antara nya terbuku dalam hati dan sanubari si dia :)
* Beremosi Keterlaluan*
Setiap minit dan jam , si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah , si dia akan marah bila anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi SMS :)

 * Sering Melemparkan Tuduhan*
 Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai usul periksa.
Keadaan ini  berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain , bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat kepada anda.

* Cuba mencari kesalahan anda*
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan , si dia cuba mencari kesalahan anda. Padahal anda tidak pernah melakukan sedemikian.Perkara ini juga boleh menyebabkan pergaduhan berlaku antara pasangan.

* Sentiasa ingin bersama*

Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.

* Anti-sosial*

Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya. :)

* Wartawan dan polis*

Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa .

* Suka buruk sangka*

Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

* Takut dipermainkan*

Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

* Pantang telefon berdering

 Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.

* Sanggup bunuh diri*

 Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.


 "Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan."




KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

8 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
NurLailatul
AUTHOR
January 29, 2011 at 12:47 PM delete

oh, ini bukan fikir kita ada orang lain!
kuar dengan kwn2 sendr pon cemburu melampau!tak tahan sangat!

avatar
January 29, 2011 at 1:46 PM delete

@NurLailatul

ha .! yup2! betol tuh , ngn pompuan pon , boleh cmburu kan .? itu di namakan laki yang cemburu buta!

avatar
January 29, 2011 at 10:42 PM delete

cmburu perlu ade..tp perlu juga berpada-pada.. ^_^

avatar
January 29, 2011 at 10:51 PM delete

@princess laila

yupp!! itu yang tepat .! :)
jangan terlalu cemburu , cbb boleh mendatangkan kburukan kepada kita jugak kan ? :)) ;p

avatar
ema.amirah
AUTHOR
January 30, 2011 at 1:57 AM delete

secara tiba-tiba myra rasa macam "lyssa ni,, tau tau jea.. ish!" hahaha.. best2.. tuh saya part yg suka tepon memanjang.. hehe

avatar
January 30, 2011 at 5:32 AM delete

@ema.amirah

ohhoo , mesti lah lyssa tahu , xtually , semua niyh , tentang Lyssa n my boyfiee lol dear , haha!

avatar
fatheyn !
AUTHOR
December 31, 2011 at 2:37 AM delete

@Lyssa Dollixious

lyssa, saye ade seorang kawan , saye berkawan dengan dye tanpa saye sedari dye pernah bercinta dengan seseorag yg saye suke ,slepas saye dpat tahu yg kawan saye pernah bercinte dngan si dia , saye hanya cuma diam dan mendengar ape shaja kawan saye mintak untuk mmpujuk si dia supaya bercinta semula , kaan sye masih sayang kpade si dia , saye berkenalan dngan kawan sye di facebook , so, maseh blom berjumpa , pade hari jadi si dia , saye bersame-II kawan saye yg laen ingin keluar berjalan-II,pada mase yg same , kawan saye nk join kitorang , tpy si dia tidak mngetahui ,untuj pendekkan cerita , si dia dan saye pon couple , saye couple krana kemahuan si dia , tpy dlam mase yg same , saye memikirkan perasaan kawan sye , dan mula hari tu saye sembunyikan tentang percintaan kami, slepas kwan saye dpat thu , dia memakse sye untuh mlepaskan si dia, tpy si dia taknak , tpy setiap kali kami hang same-II , kawan sye slalu mmcube untuk memisahkan kami , adakah dia cemburu dngan saye ?

avatar
storybyme~
AUTHOR
January 17, 2012 at 11:54 PM delete

laki nie kdg2 unexpected..lau da cemburu mmg ssh nk ubah..btol x??

avatar

Google+ Followers