Lyssa Faizureen Berlakon Drama Hello Mr Perfect (TV3) ?

.Assalamualaikum






Balik je tadi dari tengok cerita Hotel Transylvania 2 tadi ... Check-check phone banyak pulak notification dari rakan Facebook dan Twitter . Pelik . Kenapa ramai gila yang mention aku dalam FB nih ? haha . Masuk je dalam kereta .. Kalut la pergi check sebab yang mention tu jarang pulak bercomment- di FB . haha .

Bukak-bukak tetiba je dapat comment and mention daripada diorang. Jom baca :






Wakakaka . Lawak lah korang ni ...

Apa yang iras nya ? Itu memang Lyssa lah . Saja nak buat suprise kat korang . Nak bagi korang terkejut yang tiba-tiba Lyssa berlakon drama dalam slot akasia . haha ! 

Sebab tu dah seminggu blog Lyssa tak berupdate . Sebab busy sangat nak layan peminat untuk promosi Drama Hello Mr Perfect tu ! hahahahaa .....



HELLO MR PERFECT ! Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.
Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.
Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.
Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?



Jangan tak tengok ye cerita tu ... Kalau nak tengok lakonan pertama Lyssa , boleh lah tengok drama ni . hahahaha . Rugi tak tengok . First time Lyssa berlakon ni . hehe ... Kang ada la tu nak termuntah sambil geget hidung Lyssa yang mula nak kembang bontot ni . kahkah .



Ok . Tiba-tiba nak cerita hal sebenar kat korang . Sebenarnya heroin drama Hello Mr Perfect tu adik Risteena iaitu Ruhainies , anak jati Penang . hehe . Penang ok ? :P

*Tak pe . Kalau ada jodoh , ada rezeki Lyssa berlakon . InsyaAllah ada la tu . Sebab dari kecik memang teringin gilaaa jadi pelakon . Eh ! hahahahaa . kbai :P





TerimaKasihSudiBaca ....


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

34 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Zahin Zul'Nas
AUTHOR
September 30, 2015 at 9:38 PM delete

hahaha memang serupe. memula tengok sempat lagi terpikir2 eh.. ni mcm Lyssa jer... pastu terus serch kat blog haduyaiii apepon Lyssa lagi comei.. xpe Lyssa akak doakan moga impian Lyssa nak berlakon tu jadi kenyataan... :)

avatar
nadia mat
AUTHOR
September 30, 2015 at 9:44 PM delete

Pelik jugak bila lyssa ckp lyssa sbb tadi ada part dia tak bertudung..hehehe in sha allah one day

avatar
Amanda Suria
AUTHOR
September 30, 2015 at 9:57 PM delete

Ye la sekali pandang macam lyssa la.....

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 30, 2015 at 9:57 PM delete

Ehem...ehem...nak atogerap buleh...hukhukhuk...dah kalau Allah takdirkan lyssa jadi pelakon satu masa nanti..akak doakan yang terbaik..amin...

avatar
wawa zulkefli
AUTHOR
September 30, 2015 at 10:02 PM delete

kannn!! yg mention kt twitter tu kita lah. banyak kali pikir kat mana aku nampak muka ni. pasu terus je teringat lyssa sebab saya selalu kesini sbb nak tgk tutorial . hahahahahahhahahhahhahaha so bukan lyssa eeh? hihihi sameeeee seriussss!!!!!

avatar
Mimi Kyumi
AUTHOR
September 30, 2015 at 10:07 PM delete

Hahaha..Tapi Sebijik cm Lyssa la..

avatar
lyana ishak
AUTHOR
September 30, 2015 at 10:08 PM delete

Tak tengok tadi .. yela lyssa .. hampir seiras .. hehehe

avatar
September 30, 2015 at 11:07 PM delete

serius mmg serupa..insyaAllah, nnti adalah offer berlakon tu, org comel kan ;)

avatar
Isya PurpleZ
AUTHOR
September 30, 2015 at 11:16 PM delete

eh.. mane de same. kak lyssa lg hensemm lahhh..hahahaha..

avatar
September 30, 2015 at 11:26 PM delete

egt lyssa gk blakon td, pastu tgk pelakon tu xde tahi lalat bawah mata, baru yakin ni kembar seiras.. haha :D

avatar
Eyma Balkish
AUTHOR
September 30, 2015 at 11:36 PM delete

Tengok juga cerita tadi..tak kenal pelakonnya..

avatar
October 1, 2015 at 12:10 AM delete

owhhh patut laa masuk keyword kite....

avatar
October 1, 2015 at 1:19 AM delete

ha la sama...kebetulan pulak orang penang jugak kan hehe

avatar
Cik Ash
AUTHOR
October 1, 2015 at 6:40 AM delete

Patut la duk tengok ada iras blogger dan nora danish tu

avatar
October 1, 2015 at 6:58 AM delete

Hahaha...nampak sama tapi bukan dia

avatar
jemarisuri
AUTHOR
October 1, 2015 at 8:01 AM delete

La bkn ekkk ingat dh btul tadi....hihi

avatar
aeinna Musa
AUTHOR
October 1, 2015 at 11:16 AM delete

Sama sgt...lyssa lg comeyy

avatar
Julia Johari
AUTHOR
October 1, 2015 at 1:09 PM delete

Untung ada iras retis ni dik lyssa naik sign hehehhe

avatar
Mrs FaRa
AUTHOR
October 1, 2015 at 1:11 PM delete

aduhh aduhhh lyssaaa.... pelakon rupenye u ni... awwwww... nk sign... :D

avatar
October 1, 2015 at 1:51 PM delete

bila dia pakai tudung mmg sama ngn lyssa...tp bila dia free hair cm nora danish ade jugakk...hehehe

avatar
intan nasir
AUTHOR
October 1, 2015 at 3:36 PM delete

hahaha memang sama la cik comel hahaha....

avatar
October 1, 2015 at 9:45 PM delete

Bila si ruhainies tu pkai tdung mmg sebijik muka kak lyssa :)

avatar
October 2, 2015 at 5:02 PM delete

memang sama sangat Lyssa..wahh kalau lyssa berlakon haruslah lebih popular lagi ni

avatar
izwansyafrein
AUTHOR
October 3, 2015 at 6:54 PM delete

Ooo.. ingtkn pelakon tu.. http://www.charityid.com/izwanalrazi

avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
October 4, 2015 at 8:43 PM delete

Alohaa mmg sebijik cam lyssa ..hehehe

avatar
October 4, 2015 at 11:34 PM delete

ehehe tak lama lagi boleh dapat offer jadi pelakon =D

avatar
Afidah Azmi
AUTHOR
October 5, 2015 at 1:02 PM delete

ooo..adik Risteena ka..Orang Penang memang cun2..

avatar
Vista Impian
AUTHOR
October 6, 2015 at 3:23 PM delete

nanti ada la tu pengarah menyunting Lyssa.. Mr David Teo.. bole casting ni :)

avatar
yaya cendana
AUTHOR
October 7, 2015 at 1:48 PM delete

lyssaa....sama....hihihi...

avatar
Nad Simple
AUTHOR
October 11, 2015 at 6:15 PM delete

Samalah hihi... Patutlah sama orang penang :D Btw kak lyssa orang penang kan? :)

avatar
Nurr Iffah
AUTHOR
October 18, 2015 at 10:20 AM delete

ku pun fikir heroin mr perfect tu kak lyssa..adoiii...tpi comel la..

avatar
Julia
AUTHOR
October 19, 2015 at 8:08 PM delete

Baru hbs tgk crta tu.terkezut jgk.hehe, saya blogger baru, thnks lissa sebab byk share tutorial memantapkan lagi blog untuk org baru mcm sy, sgt menghargainya. Thnks. Semoga dimurahkan rezeki.amin.
Jemput ke blog saya
http://mamapaparea.blogspot.my/

avatar

Google+ Followers