Jangan Ikutkan Sangat Sifat Malas Tu ...

Assalamualaikum ...

Hi korang.  Lamanya Lyssa rasa tak membebel dalam blog ni kan . Haha . Lama apa nya.   Baru pagi tadi membebel pasal coffee skrub powerrr tu hehe .. Eh ! Dah ... Tak nak melalut. MALAS ! Malas adalah salah satu sifat yang takkan boleh lari dengan manusia. Walaupun kita cuba nak elakkan, mesti akan ada sekali terucap dari bibir kita .. "Alaa, malaslah ..." Kan ?



Memang pun ... Lyssa pun sama lah . Ingat korang je ke yang ada rasa malas tu. Malas nak keluar rumah lah, malas nak bersembang lah, malas nak update blog lah, malas nak tidur lah . Eh, ada ke yang malas nak tidur ? haha ! Rasanya, tidur tu lah yang dapat buang sifat malas kita tu. Ye lah kan.. Bila dah malas, mesti kita rasa macam nak tidur je kan. Lepas dah tidur, then bangun..  Mesti perasaan malas kita sebelum tidur tu akan hilang. Then terus buat kerja apa yang kita rasa nak buat.

Kadang nak hilangkan sifat malas ni, mood kena ada. Tapi, sampai bila kita nak dapatkan mood tu kalau mood sentiasa tak da. Lyssa bagi contoh macam update blog ni la. Kadang perasaan malas tu mesti ada dalam diri kita update blog. Konon,

" Ok ! Japgi lepas je makan ni, aku nak update blog lah ... Serius ! Kali ni memang serius. Dah banyak hari dah aku tak update blog ni .."



30 minit kemudian ...

"Wahh , kenyang pun makan.. Nak bukak laptop sekarang lah .. Nak update BLOG !!! "

Ok. Sebelum update blog, kalau nak dapatkan mood mesti korang akan bukak youtube ke, facebook ke, sesambil nak update kononnya nak dengar lagu .... Anddddd .....




Akhirnya,

Konon semangat nak update blog tadi, telah ditewaskan sebab tetiba rasa nak karokk pulak dalam bilik kat youtube ... Dah lupa pasal blog tadi ni ....



Karok ... Karokk .. Karokk , tetiba hujan lebat ... Dah .. mata mengantuk pulak. Terus rasa nak tidur. Terbaring lah sekejap .. Kononnya cakap kat diri nak tidur sekejap lah .. 20 - 30 ninit oke kot ...



Tidur punya tidur ...

Terlajak pulak .. Pi bantai sampai 4 -5 jam .. Ah sudah !! Update ntah ke mana , blog pun ntah ke mana. HAHA !

Gitu lah kuasa malas, bila menghantui diri kita. Ingat Lyssa tak pernah rasa ke ada sifat macam ni? Banyak je lagi entri tertangguh yang kena siapkan minggu ni jugak. Nak buat macam mana tu.. Tu la Lyssa cakap tadi, kat bahagian tajuk pun dah tertulis.. 'Jangan ikutkan sangat sifat malas tu..'  Sebenarnya tajuk tu untuk diri Lyssa jugak .. Bukan untuk korang je.. Sama-sama lah kita hindari sifat malas tu ye ... :D

Cyaiyok-2 korang semua ! :D

Ni ada DOA yang sama-sama boleh kita amalkan untuk hindari sifat malas :


TERJEMAHAN

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.


TerimaKasihSudiBaca..

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

12 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
munirah :)
AUTHOR
May 31, 2016 at 8:14 PM delete

Haha, munirah pun tengah merajinkan diri nak buang sawang kat blog..
lawan sifat malas jyeahh

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 31, 2016 at 8:34 PM delete

Akak rasa ini virus semulajadilah Lyssa...susah nak jangka..agaknya kalau boleh di keluarkan rasa malas tu dah sampai tahap obes kot...yelah kita ada rasa malas dari kecik kan..hehe...

avatar
May 31, 2016 at 10:27 PM delete

Hai kak lyssa. meh singgah blog kita *insert shy shy emoji* ( pun boleh )
theathra.blogspot.my

avatar
June 1, 2016 at 1:52 AM delete

Tadi saya baru je update blog , bila terbaca entri ni, kebetulan pula ada kaitan skit pasal malas2 dengan plan goal.. Apa2pun, betul kata lyssa. saya pun salah satu daripada ni.. hihihi

avatar
June 1, 2016 at 1:56 AM delete

kalau dah malas, satu kerja pun tak jadi kan..so kalau nak malas, malas sikit² je dan amalkan doa yang Lyssa share tu :)

avatar
Dkna Abza
AUTHOR
June 1, 2016 at 8:29 AM delete

selalu sangat alami cam ni hahaha

avatar
Afif Rayyan
AUTHOR
June 1, 2016 at 1:48 PM delete

Adatla tu.. mana ade manusia yang takde sifat malas.. huhu

avatar
CikLa Shahril
AUTHOR
June 1, 2016 at 5:05 PM delete

Biasalah tu kan. Lumrah manusia. Hehe. Btw, teruja pulak rasa adik Lyssa yang popular ni sudi bertandang ke blog cikla... Cikla bls kunjungan ni...

avatar
June 2, 2016 at 9:15 AM delete

Terima kasih atas perkongsiannya sis.

avatar
Afidah Azmi
AUTHOR
June 2, 2016 at 9:27 AM delete

akak kalau hari cuti jew sifat baloq tu muncul..

avatar
Nisha
AUTHOR
June 2, 2016 at 1:25 PM delete

Same kak lyssa same XD *High5* anyway thank you for sharing kak lyssa ^^

avatar
June 8, 2016 at 9:33 AM delete

Sifat malas amat merugikan.

avatar

Google+ Followers