Tips | 10 Cara Pikat Hati Mak Mertua Seumur Hidup

Assalamualaikum..

Hi korang semua. Kali ni Lyssa nak kongsikan sedikit tips macam mana nak pikat hati mak mertua kita seumur hidup. Asal dikaitkan dengan cerita mentua, mesti ramai wanita di luar sana yang nak buka mulut berkongsi pengalaman hidup dengan mentua masing-masing kan.. 

Mana tak nya.. Ada yang 'ngam' tu tak kisahlah kan. Ni ada pula cerita yang tak berapa nak ngam dan tak 'sebulu' langsung dengan mak mertua. Puncanya macam-macam.. Ada yang disebabkan dapat mertua jenis suka campur tangan dan ada juga yang disebabkan oleh suami yang anak mak!

Sumber dari Google


Yang belum kahwin lagi macam Lyssa ni la, mula la terbayang cerita-cerita 'seram' nak hidup sebumbung dengan mak mentua. Tapi percayalah.. tak semua nasib menantu sama kan.. hihi.. Anda sendiri mampu mencipta kebahagiaan hidup dengan menantu jika...

1. Mengalah
Kalau dapat mentua yang suka tunjuk 'skill', korang tak payahlah nak lawan. Cuba mengalah dan terima ilmu barunya. Korang nak hidup dengan anaknya, tentu saja dia nak anak dia bahagia dan makan apa yang dia biasa masak. Korang belajarlah masak cara dia. 

2. Belikan hadiah
Ada sesetengah mak mentua tu kan, dia baru nak ada menantu. Siapa tahu dia agak excited nak dapat menantu yang selalu ingat kat dia. Jadi apa la salahnya sesekali belikan dia hadiah dan barang yang dia suka. Ada duit lebih, boleh bagi sesuatu yang lebih berharga. Tambah kalau mentua korang yang jaga anak-anak korang, tidak ke rasa nak belikan sesuatu sebagai tanda ingatan dan ucapan terima kasih.. kan?

3. Bawa berjalan
Mungkin ada antara korang yang rasa tidak selesa bila bersama, tapi kalau korang boleh bawa mak mentua keluar bersama, pasti hatinya rasa terhibur dan gembira. Tambah pula kalau korang adalah orang pertama bawa dia pergi ke sesuatu tempat yang tak pernah dia pergi. Confirm suka, dan dia akan bercerita pada orang lain yang dia beruntung ada menantu macam korang.

4. Kongsi hobi
Payah sangat ke nak cuba masuk dunia mak-mak yang ada hobi? Sebenarnya inilah peluang korang nak tawan hati mentua paling senang. Cuba selami minatnya dan buat sama-sama. Contoh kalau mak mentua suka bunga, sila belikan dia bunga. Atau korang boleh sama-sama cari tempat baru untuk dia kumpul koleksi bunga. Mudahnya nak bahagiakan hati orang tua. Esok-esok korang pun akan faham dunia jadi mertua macam mana. InsyaAllah, korang akan jadi menantu yang paling dirinduinya..

5. Kena rajin walau pura-pura
Kalau pun tak suka masuk dapur, jangan tunjuk sangat yang korang tu pemalas. Cara kemas rumah pun nak kena jaga. Jangan jadikan kerja satu alasan korang biarkan rumah dalam keadaan bersepah. Perangai mak mertua tak sama... kalau korang dapat mertua yang jenis tak kisah bab masak, untunglah! Tapi kalau sebaliknya? Mesti dia rasa agak terkilan dan sedih fikir nasib anaknya. 

6. Angguk-angguk
Walaupun ada beberapa perkara yang kita tak berapa nak setuju, lebih baik, angguk-anggukkan sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja dengan apa sahaja tindakan yang mereka buat. Walaupun kadang-kadang panas hati juga, bersabar sajalah. Itukan lebih baik :)

7. Jangan berkira dengan duit dan tenaga
Pertama sekali, janganlah terlalu kedekut. Belanjalah sedikit barang-barang keperluan untuk keluarga mertua. Yang kedua ini bukannya berkira tentang duit, tetapi berkira tentang buat kerja rumah. Elakkan kerja kita diambil alih oleh orang lain seperti pakaian suami dan anak-anak. Cuci pinggan mangkuk sendiri dan jangan sesekali biarkan di sinki.

8. Banyakkan berbual
Perbanyakkan perbualan mesra yang boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan saja. Walaupun tidak sama 'level', ketepikan dahulu.. Janji berkomunikasi.

9. Hormati privasi
Jangan sesekali mengambil apa-apa barang di dalam rumah mertua tanpa minta izinnya terlebih dahulu. Dan jangan pula suka-suka masuk bilik orang lain tanpa kebenaran. Lagi satu, jangan juga memandai-mandai nak alihkan perabot ataupun susun atur dalam rumah mengikut citrarasa kita.

10. Tak payah nak tunjuk manja!
Tak perlu kot nak buat aksi gedik dan tunjuk manja bila duduk dengan suami. Jangan pula nak tunjuk aksi urut-urut sambil geletek, atau sandar kepala pada bahu suami semasa menonton TV di hadapan mentua. Hati-hati dengan tindakan sebegini. Tak semua mertua suka kita berkelakuan manja depan mereka, tambah pula dengan anaknya. Kadang boleh juga datang sifar cemburu. Buat biasa-biasa sudah.


Dalam hubungan kekeluargaan, kadang anda kena mengalah demi kebahagiaan. Andai dapat mentua yang cerewet sekali pun, anda masih bertuah jika pandai jaga hatinya. Anggaplah mentua itu satu anugerah yang Allah pinjamkan. Paling penting jangan bandingkan sikap mentua dengan mak sendiri, sebab keserasian akan muncul bila diri sendiri mampu berubah ke arah hubungan yang lebih 'manis'. 

Akhir kata, sentiasalah berfikiran positif serta elakkan berprasangka buruk dalam kehidupan berumahtangga. Hidup kita bukan dengan pasangan semata-mata. Ia merangkumi kehidupan keluarga pasangan kita.

Itu sahaja yang Lyssa nak kongsikan.

TerimaKasihSudiBaca :)

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

9 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Azreen Sofia
AUTHOR
November 16, 2016 at 8:07 PM delete

Good info walaupun lambat lagi nak kahwin. Rasanya....

avatar
November 16, 2016 at 8:13 PM delete

@Azreen Sofia
hehe . sama laa ... lambat lagi nak kawin xD

avatar
aswaleyla
AUTHOR
November 16, 2016 at 8:17 PM delete

waaa berguna kan untuk 3 4 tahun depan

avatar
November 16, 2016 at 8:20 PM delete

@aswaleyla

yupp . Memang sangat-sangat berguna.
Boleh singgah lagi untuk 3 4 tahun akan dtg tu
takot terlupa kan xD

avatar
Eeca Shyaa
AUTHOR
November 16, 2016 at 8:24 PM delete

tips ni akn membantu untuk masa akn dtg :P harap2 dapat mak mentua yg sporting xD

avatar
November 16, 2016 at 8:31 PM delete

@Eeca Shyaa
kan ... harap dapat yg sporting kan ..
InsyaAllah , berdoalah bebanyak . ... hihi

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
November 16, 2016 at 9:01 PM delete

InshaAllah..menantu dan mertua itu anugerah satu sama lain..jadi hargailah sebaiknya..

avatar
November 16, 2016 at 9:53 PM delete

Good sharing! Dah 6 tahun saya jadi menantu mak mertua.. hihih

avatar

Google+ Followers