INFO | Cara Mengatasi dan Merawat Masalah Senggugut atau Period Pain

Assalamualaikum..

Hi semua ! Tahukan apa itu senggugut ? Senggugut adalah sakit perut semasa kedatangan haid. Melalui daripada pembacaan Lyssa sendiri, lebih kurang 40% - 70% daripada wanita yang berada dalam tempoh kesuburan akan mengalami senggugut. Seramai lebih kurang 10% daripada mereka akan mengalami senggugut yang teruk. 



Senggugut boleh berlaku seawal beberapa hari sebelum kedatangan haid dan sakitnya menjadi maksimum pada hari pertama haid. Bagi Lyssa, setiap kali kedatangan haid, mesti akan rasa sakit senggugut atau period pain ni. Sangat normal bagi semua kaum hawa. Sakitnya tu, Allah saja yang tahu. Kadang nak berjalan, even nak bergerak sekali pun tak boleh. Perit oo !

Senggugut akan menyebabkan seseorang wanita mengalami simptom-simptom berikut :

  • Sakit mencengkam, kejang atau kedua-duanya pada bahagian pelvis
  • Sakit tersebut boleh melarat ke bahagian pinggang dan paha
  • Sakit senggugut boleh disertai dengan simptom-simptom sampingan seperti sakit kepala, loya, muntah, sembelit atau cirit birit, pitam, sakit dan rasa bengkak pada payudara dan abdomen.

Kebiasaannya, senggugut akan mula reda pada hari ke-2 atau hari ke-3 haid. 

Ramai di kalangan wanita yang mengambil keputusan untuk menghilangkan sakit senggugut mereka dengan mendapat rawatan di klinik atau hospital. Walaupun rawatan sedemikian cepat dan efektif, namum mereka harus sedar bahawa antara ubat yang diberikan adalah ubat tahan sakit yang boleh mendatangkan banyak kesan sampingan seperti gastritis dan kerosakan buah pinggang.

Kalau search google pun, mesti ada banyak petua atau tips untuk mengurangkan dan mengatasi masalah senggugut atau period pain ni kan ? Jadi, sekarang Lyssa akan kongsikan serba sedikit tips yang boleh korang guna dan amalkan jika terjadinya masalah senggugut ni ..

Tips Rawatan Senggugut Yang Berkesan 


Elakkan pengambilan diet yang mengandungi kandungan lemak tak tepu yang tinggi
Hasil kajian mendapati diet yang tinggi lemak tak tepu seperti daging lembu, kambing dan produk tenusu boleh mengakibatkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat dan ini boleh menyebabkan sakit senggugut menjadi lebih teruk. Dalam rawatan untuk mencegah senggugut, kaum wanita boleh lebih kerap mengambil diet seperti ayam dan ikan bagi menggantikan daging. Boleh juga mengambil minyak poli tak tepu seperti minyak jagung, minyak zaitun dan minyak flaxeed.

Elakkan pengambilan garam yang berlebihan
Kaedah rawatan senggugut ini mampu untuk mengurangkan radang dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim yang disebabkan oleh edema kerana pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan pengumpulan air di dalam badan. 

Lebihkan pengambilan karbohidrat yang mengandungi serat yang tinggi
Karbohidrat serat tinggi seperti roti jagung dan oat mampu untuk merawat senggugut yang disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang tinggi di dalam darah. Kaedah rawatan senggugut ini dapat merangsang penyingkiran hormon ini daripada badan.

Amalkan senaman rutin
Senaman rutin berupaya untuk menghasilkan sejenis bahan kimia yang mempunyai morfin yang dinamakan endorphin. Endorphin bertindak untuk melegakan sebarang kesakitan dan tekanan emosi yang berlaku semasa diserang senggugut.

Elakkan pengambilan minuman berkafein, coklat, teh, dan berkarbonat
Kajian saintifik telah membuktikan bahawa wanita yang mengamalkan pengambilan kopi, teh, coklat, dan minuman berkarbonat mempunyai serangan senggugut yang 7 kali lebih teruk daripada mereka yang mengelak jenis minuman sedemikian.

Amalkan pengambilan vitamin-vitamin tertentu
  • Vitamin A dan D berupaya untuk mengelak kulit daripada mengalami acne semasa senggugut
  • Vitamin B6 seperti yang terdapat pada ubi kentang, pisang, ikan dan ayam berupaya untuk melegakan tekanan emosi, kembung perut, sakit pada payudara, dan keletihan semasa senggugut.
  • Kalsium dan magnesium dapat mengelak pengecutan yang keterlaluan pada dinding rahim semasa senggugut.
  • Vitamin E berupaya untuk melegakan tekanan emosi dan kesakitan pada payudara semasa senggugut
  • Vitamin C dapat membantu melegakan simptom-simptom alahan atau alergi yang berlaku semasa senggugut

Minum air suam
Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah. Selain itu, ia juga memberi tenaga dan mampu mengelakkan anda daripada memakan snek yang tidak berkhasiat kerana ianya secara tidak langsung memberi kesan 'penuh' pada perut. Seperti tuaman, meminum air suam juga boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.



Aktifkan diri
Kalau asyik berkurung sahaja di dalam bilik menahan sakit, kita akan cenderung merasa emosi yang negatif. Stres ini mampu memburukkan lagi keadaan akibat penghasilan hormon yang tidak seimbang. Oleh itu, cubalah menyibukkan diri dengan membuat kerja-kerja rumah, mengajak suami berjalan-jalan, bermain dengan anak-anak, bersosial dengan kawan-kawan atau melakukan senaman ringan di taman.  Secara tidak langsung, aktiviti seperti ini dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.



Ambil herba dan 'supplement'
Banyak jenis herba yang di syorkan oleh petua orang lama. Memang banyak yang berkesan. Antara yang paling popular adalah halia. Caranya, ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam untuk dijadikan teh. Selain halia, anda juga boleh meminum teh hijau, air asam jawa, atau jus daun betik. Tapi, kalau nak tahu, Lyssa kalau senggugut je, Lyssa suka ambil Pil Binari Puteri atau Pil Binari. Boleh dapatkan di kedai-kedai jamu. Kalau remaja macam Lyssa ni, boleh la cuba ambil Pil Puteri. Bekas botolnya warna pink. Telan je pil tu, dalam 10 minit macam tu, terus hilang sakit senggugut tu. Tak percaya, korang boleh cuba ! :P



Kadangkala, kesakitan dan kekejangan yang berlaku secara serius adalah petanda bagi beberapa penyakit lain berkaitan dengan rahim.  Jadi, jangan ambil ringan kerana antara penyakit yang biasa dikaitkan dengan senggugut yang teruk adalah endometriosis dan fibroid (cyst). Dapatkan kepastian doktor sekiranya anda terpaksa melalui detik-detik sukar ini sepanjang bulan.

Itu sahaja tips, yang ingin Lyssa kongsikan pada semua. 

TerimaKasihSudiBaca ~
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Azreen Sofia
AUTHOR
December 4, 2016 at 9:31 AM delete

Boleh tahu, pil binari tu harga berapa? My mum used to have it before ni xD

avatar
anys nadhilah
AUTHOR
December 4, 2016 at 12:16 PM delete

thanks for the tips lyssa. anis on &off sengugut ni tau . kadang sakit kadang tak

avatar
December 4, 2016 at 2:29 PM delete

orang kata, ..bersalin dulu.. hilanglah senggugut... betulke?
alhamdulillah akak x kena period pain teruk.. semoga tip ni boleh membantu sesiapa yang mengalaminya..

dofollow blog ni

avatar
December 4, 2016 at 9:23 PM delete

@Azreen Sofia ohh ya ! Harga dia lebih kurang dalam RM20-RM25 .. kalau beli kt Mydin, murah siket :D

avatar
aRz MoHa
AUTHOR
December 4, 2016 at 9:48 PM delete

perkongsian yang baik...boleh share pada wife ni...

avatar
December 9, 2016 at 5:33 PM delete

Nice tips . Btw , sesiapa yg mengalami masalah berat badan dan berniat utk kuruskan badan . Boleh pm sy 01114709064😘

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon

Google+ Followers