6 Francais F&B Popular yang Mungkin Anda Tidak Tahu Dari Malaysia

Assalamualaikum..

Wuhuu.. Sebelum taip entri ni pun, tiba-tiba perut pun dah jadi lapar bila memikirkan makanan yang sedap-sedap ada kat Malaysia ni. haha ! Dalam kesibukan sekarang ni, tambah pula dengan musim Covid-19 ni kan,  mesti ramai di antara korang masih tercari-cari makanan apa yang best dekat Malaysia yang ada kan ? Dan ramai juga yang suka order je daripada Foodpanda ke apa kan. haha! Sama lah kita~

Sebenarnya kan, Lyssa nak perkenalkan dekat korang 6 restoran fast food yang ada dekat Malaysia yang mungkin ada antara korang yang tak tahu. Mungkin selepas Lyssa bagitau ni, sedikit sebanyak dapat bantu korang yang tak tahu nak makan apa tu kan ? hee~



1. Sushi King

Sumber : Malaysia Cuisine

Bagi sesiapa yang tidak tahu, sushi adalah makanan Jepun yang terdiri dari nasi yang dibentuk bersama lauk berupa makanan laut, daging, sayuran mentah atau sudah dimasak. Nasi sushi mempunyai rasa masam yang lembut kerana campuran cuka beras, garam dan gula.

Pertama kali Sushi King membuka pintu perniagaan adalah pada tahun 1995, dan telah diasaskan oleh Tan Sri Dato' Sri Fumuhiko Konishi di Kuala Lumpur, merintis era baru masakan Jepun di Malaysia dengan keunikan 'Kaiten Sushi' mereka atau 'Sushi Pusingan' berkonsepkan restoran kasual.

Sumber : Malaysia Cuisine


Dari kedai tunggal yang bertempat di Kuala Lumpur, Sushi King telah berkembang dan merangkumi lebih daripada 100 buah restoran di seluruh negara yang membezakan diri mereka sebagai rantaian restoran sushi terbesar di negara ini.



2. Secret Recipe

Sumber : Trip Advisor


Secret Recipe adalah antara francais yang popular apabila dikaitkan dengan sambutan hari jadi kan ? Ya! Kek Secret Recipe adalah antara kek yang menjadi 'favourite' semua orang di Malaysia disebabkan rasanya yang sedap dan berkualiti.

Pada 1997, pengasas Secret Recipe iaitu Datuk Steven Sim membuka Secret Recipe yang pertama di SS2 Petaling Jaya. Sejak dari itu, ianya terus berkembang dengan meluas sehingga berjaya membina nama di negara luar juga.

Sebagai rantaian kafe terkemuka dan terbesar di Malaysia, terdapat 20 jenis makanan, 40 ciptaan kek dan pastri  dengan pelbagai perisa aiskrim dan minuman yang ada di Secret Recipe ini.

Menarik kan!!


Sumber : Saving Kaki



3. Manhattan Fish Market



Haa... Siapa pernah jejakkan kaki di Manhattan Fish Market ni ? Mesti ada juga diantara korang yang pernah dan suka makan di sini kan! Mereka yang datang di Manhattan Fish Market akan disajikan dengan makanan laut American-style seperti Manhattan Fish n ’Chips yang terkenal, Garlic Herb Mussels kegemaran sepanjang masa dan Manhattan Flaming Seafood Platter yang legendaris.

Manhattan Fish Market ini telah diasaskan oleh dua orang daripada Malaysia iaitu Dr Jeffery Goh dan George Ang.

Sekarang ni, mereka mempunyai lebih daripada 72 restoran di Asia dan Timur Tengah, termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Myanmar, Oman, Jepun, Bangladesh, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Brunei dan Maldives.




4. Marrybrown

Sumber : Pinterest


Dari dulu sampailah sekarang, Lyssa memang suka makanan dari Marrybrown! Terutamanya Nasi Marrybrown. Memang super sedap! Bagi sesiapa yang tidak tahu, Marrybrown adalah rantaian restoran makanan segera halal Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1981 yang telah diasaskan oleh Dato' Lawrence Liew dan Datin Nancy Liew. 

Ia merupakan rantaian makanan segera tempatan pertama untuk francais perniagaannya di Malaysia dengan lebih daripada 138 buah restoran tempatan.


Sumber : klook


Marrybrown mempunyai lebih daripada 350 cawangan antarabangsa yang menghidangkan ayam goreng, burger, makanan jari, pencuci mulut dan minuman selain daripada hidangan tempatan Malaysia seperti makanan laut, produk berasaskan beras, mi dan bubur. Hidangan nasi Malaysia, nasi lemak menjadi senarai ciri pada menu sebagai 'Nasi Marrybrown.



5. Juice Works

Sumber : Capitaland

Juice Works Malaysia komited untuk membuat jus buah segar dan smoothie sihat dengan hanya menggunakan bahan-bahan segar dan paling semulajadi yang boleh digunakan. Percaya atau tidak, Juice Works telah diasaskan oleh ahli farmasi iaitu Mooi Li, yang sangat suka dengan secawan jus buah!

Dengan lebih daripada 30 rasa untuk dipilih, mustahil untuk tidak jatuh cinta dengan salah satu ciptaan hebat mereka di menu.


Sekarang ini, sudah ada lebih kurang 29 outlet di Malaysia dan tidak mustahil akan bertambah lagi banyak disebabkan ramai rakyat Malaysia yang suka share jus buah-buahan daripada JuiceWorks ini kepada yang lain. 


Sumber : Pamper



6. PappaRich



Siapa la.. yang tak pernah dengar dengan PappaRich kan ? Masuk je mana-mana mall, mesti akan ternampak PappaRich ni. Makanan yang dihidangkan juga sedap-sedap!  Antara menu kegeraman Lyssa di sini adalah Nasi Lemak with Curry Chicken, Seafood Fried Rice, Chicken Chop and paling best bila dapat minum Milo Dinasour, memang asyikk! 

Sumber : PappaRich

PappaRich telah memenuhi selera ramai orang dengan rasa tradisional Malaysia yang asli. Hari ini dengan lebih daripada 100 gerai di 11 negara dan berkembang, PappaRich telah memantapkan dirinya sebagai jenama F&B yang berkualiti dengan reputasi tersohor.


Semua nampak menyelerakan ! heeeee~.  Lyssa pun tak sabar ni nak order !! :)


Oh ya.. Bagi sesiapa yang teringin dengan makanan daripada restoran yang Lyssa senaraikan di atas ni, korang juga boleh order menggunakan fast food delivery Malaysia  daripada Food Panda Malaysia yer! 




TerimaKasihSudiBaca~
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

9 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Inche Milo
AUTHOR
April 15, 2020 at 7:52 PM delete

sedap sushi tu huhu.

aku dah lama duduk malaysia

aku anak malaysia ok belanja milo! bye hahaha

avatar
April 16, 2020 at 2:16 PM delete

sedapnya, tgk logo pun dah terliur..puasa ganti pulak hari ni..jenuh, haha!

avatar
Anisa Anuar
AUTHOR
April 17, 2020 at 8:47 AM delete

semua pernah makan hehehe...tu la rindu pulak nak gi makan2 luar

avatar
Nurul Ashikin
AUTHOR
April 17, 2020 at 8:37 PM delete

Nasi goreng secret recipe memang yakmat sedap dan the best pernah saya rasa. rm19.90 weiii ... tapi memang osem sesangat. cubalah!!!!

avatar
April 18, 2020 at 11:08 PM delete

@Inche Milo uishh ! milo pun sedap tuuuu.. hahaha

avatar
April 18, 2020 at 11:09 PM delete

@Fatimah Nabila wahh .tgk logo pun boleh terliur ehh.. hihi.. sorry kalau terliur masa tgh puasa tuuu ..

avatar
April 18, 2020 at 11:09 PM delete

@Nurul Ashikin yerr ! setuju ! mmg sedappppppp.... even mahal, tapi worth it ! hehe

avatar
Silah Hassy
AUTHOR
May 6, 2020 at 7:29 AM delete

tau tapi ada yang tak pernah masuk pun hehe

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon