IPC Shopping Centre, Pusat Beli Belah Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Assalamualaikum

Baru-baru ni, Lyssa ada jejakkan kaki Lyssa di IPC Shopping Centre. Kalau korang pernah pergi berkunjung ke IKEA Damansara, IPC Shopping Centre terletak betul-betul bersebelahan dengan IKEA tu, iaitu di Mutiara Damansara. Lyssa pergi ke sana haritu dengan 2 lagi kawan Lyssa. Saja nak tengok apa yang best kat situ.. Dengar cerita, awal bulan Januari haritu, IPC Shopping Centre membuka tirai untuk mempamerkan kepada umum selepas pembangunan semulanya . Sejajar dengan pembangunan semula tersebut dengan julung kalinya, bulan ini IPC Shopping Centre sekaligus melancarkan aplikasi mudah alih barunya . Sebab tu lah Lyssa tak sabar sangat nak tahu, apa yang menarik IPC Shopping Centre tu sekarang ni..


Sampai je IPC Shopping Centre, Lyssa terus je buka aplikasi IPC Shopping Centre kat iPhone Lyssa yang baru je Lyssa download 2 hari sebelum ke IPC Shopping Centre :) hahahahaa ~ Kemain eksaited tu nak tahu, apa yang menarik dan boleh Lyssa jenguk kat IPC Shopping Centre nih..

Kalau korang nak tahu, aplikasi mudah alih IPC Shopping Centre adalah aplikasi pusat membeli-belah yang pertama di dunia yang dibangunkan dengan kerjasama music streaming iaitu Spotify, yang menyediakan cadangan untuk para pengguna mencari tempat makan dan minum yang terdapat di IPC Shopping Centre.

Dengan adanya aplikasi ni, korang tak payah susah-susah pening kepala nak fikir makan kat mana..  biasalah, soalan paling susah dalam hidup mesti, "nak makan kat mana kan ?" agaknya soalan itu juga lagi susah dari buat PHD. kahkah. Ok dah !

Kebetulan pula masa tu, Lyssa tengah buka lagu di aplikasi Spotify ! HAHA. Tiba-tiba mood nak dengar lagu Wolves dari Selena Gomez tu.. Lyssa dah bagitahu tadi kan, Spotify ni ada bekerjasama dengan aplikasi IPC Shopping Centre ni kan. So, dengan aplikasi tersebut, ianya akan mencadangkan tempat makan atau restoran mana yang sesuai untuk kami singgah pada waktu itu. Kiranya dia macam boleh tahu la mood kita macam mana waktu tu. Bunyi macam menarik kan ?! Haaaa. Tapi, macam mana nak guna ? Meh sini, Lyssa ajar ! :D

Pastikan korang download terlebih dahulu aplikasi IPC Shopping Centre (for IOS) (for Android) dan Spotify.  Ok, dekat Spotify.. lepas dah sign in, korang pilih je lagu mana yang korang rasa nak dengar dan mainkan... Contoh, Lyssa nak dengar lagu Wolves by Selena Gomez..


        


Then buka aplikasi IPC Shopping Centre, swipe ke kiri sampai jumpa "The Mood Menu". Dan akan keluar page "Your music can tell us what'll make you go MMMMMMmmmmmm" ! 

Macam ni haaaa....

              


Sekarang korang tekan "I'M READY!" Nanti, ianya akan bawa korang ke satu page Spotify untuk korang connect dengan account IPC Shopping Centre. Bila dah tekan OKAY, tunggu dalam 2 - 3 saat, automatik kan terus ke akaun IPC, maka akan keluarlah mood korang masa tu ! hihi...


           


            



Oh yeahh ! Lyssa tengah berada di mood "In Love" lah masa tu.. Tapi, memang pun. ! kahkah. In Love lah sangat kan .. hihi. Jadi, aplikasi tersebut telah mencadangkan beberapa kedai makan / minum yang boleh Lyssa cuba waktu tu. wahaha ! Best gila.... 

     

Tiba-tiba masa tu, tekak kami macam teringin nak makan aiskrim ! Jadi, kami membuat keputusan untuk memilih Magnum Cafe sebagai tempat pertama kami untuk lepakkk ! yehuuu !

     


Lepas dah puas lepak dekat Magnum Cafe tu, Lyssa ajak kawan-kawan Lyssa jenguk pula apa yang menarik lagi dekat IPC Shopping Centre tu. Rupa-rupanya ada banyak lagi kedai makan atau restoran yang best eh kat sini ! Ada Nando's, Absolute Thai, Ah Cheng Laksa, Boat Noodle, Dome Cafe, Empire Sushi, Kluang Station, dan banyak lagi lahh ! Korang pun boleh tengok sendiri dekat Apps IPC Shopping Centre tu...


Lyssa ingat ke,  IPC Shopping Centre ni ada banyak tempat makan je, tapi sebenarnya, bukan lah tempat makan je yang banyak, kemudahan untuk keluarga dan kawan-kawan pun banyak. Siapa yang ada anak-anak kecil ke, mesti diorang seronok dan teruja nak datang kat sini. Kalau agak dah penat bershopping, ibu bapa boleh berehat-rehat tengok anak-anak bermain di taman permainan yang terletak di tingkat L2.

Tengok tu kat belakang tu.. Toys "R" Us dengan Harvey Norman pun ada hokeh !

Kat depan tu pulak, ada 2 orang gadis cantik ! hahahah ~ opssssss***

 Ok ! Anak-anak pun boleh layan imaginasi diorang kat sini jugak ! (main lukis-lukis).. 
Best kan ?! :D


The Pet Safari Malaysia

Lyssa pula tertarik dengan The Pet Safari Malaysia ni. Ianya berkonsepkan "Deconstruction Site". Lyssa pula memang sukakan binatang. Banyak juga haiwan yang comel-comel kat sini. Bagi siapa yang pencinta haiwan, korang boleh rasai pengalaman shopping di sini. Macam-macam hado ! :D

Bukan tu je tau. Lyssa tau pembaca blog kesayangan Lyssa ni semua mesti suka shopping kan ? Haaa ! Guess what ?! Kat IPC Shoopping Centre ni pun ada H&M, Brands Outlet, Cotton On, Crocs,  LC Waikiki, Love it, Padini, Skechers dan Varnah Voguish tau ! OMG, bestnyeeeeeee :D

Ok ! Apa-apa pun, IPC Shopping Centre ni ada 5 tingkat tau kesemuanya. LG2, LG1, G, L1 dan L2. Kalau korang nak tengok maps atau list store yang ada, jangan segan silu download aplikasi IPC Shopping Centre ni tau. Mana lah tau, kot kot korang terasa nak singgah kat situ, nak makan kat Absolute Thai ke, Boat Noodle ke, boleh la datang sini. Guna je aplikasi tu. Mesti korang puas hati. Lagi pula, korang boleh tahu mood korang untuk makan kat mana masa tu, lagi lah best kan?! hihi..

Untuk info lanjut, korang boleh terus ke :

Website : http://ipc.com.my/
Instagram : @IPCShoppingCentre

#IPCSoMuchMore #TheMoodMenu

Download apps di :
Google Play Store -  http://bdj.bz/IPCappAndroid
Apple App Store - http://bdj.bz/IPCappIOS



Terima Kasih Sudi Baca :)

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

29 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Unknown
AUTHOR
March 6, 2018 at 9:29 AM delete

Wahhh ... boleh djdkan port setrusnya ni utk food hunting. Visit my blog http://ibumenyusuhebat.blogspot.my/2018/03/ibu-menyusu-sakit-belakang-apa-yang.html?m=1

avatar
Hans Hanis
AUTHOR
March 8, 2018 at 10:37 AM delete

fuh menarik tempat nih
nanti nak try kesana pula lah

avatar
March 8, 2018 at 11:56 AM delete

wowww. tak pernah sampai lagi IPC ni. nak bawa anak lah nanti. tq sharee

avatar
March 10, 2018 at 4:22 PM delete

Macam nice je , rasa macam nak pegi jugak! tq share

avatar
March 12, 2018 at 5:12 PM delete

@Baju Raya 2018 sesuai sgt kalau bawak anak2 ke sana :D

avatar
March 12, 2018 at 5:33 PM delete

peghh..boleh pakai spotify eh untuk justify kita nak makan kt mana ? gempak gile..nanti nk try la apps ni..menarik je..thanks lyssa !

avatar
Izyan Balqis
AUTHOR
March 12, 2018 at 5:33 PM delete

bestnya ipc sekarang! kalau ada masa terluang, nak bawak la ke sini, macam menarik sangat!

avatar
March 12, 2018 at 5:36 PM delete

@MKhairul Aminuddin yer, julung kalinyaa, ada apps macam ni .... :D saangat unik!

avatar
March 12, 2018 at 5:37 PM delete

@Izyan Balqis yeah, selepas pmbngunan semula, IPC memang dah makin best ! :D

avatar
March 12, 2018 at 6:20 PM delete

Wahhh menariknya..kan senang tak yah pening2 pilih nak makan apa. Tp kalo kak min ke sini for sure tapau sushi kat empire sushi tu banyak2 hehe

avatar
Fulvico
AUTHOR
March 12, 2018 at 9:58 PM delete

Tq Lyssa for sharing
Mmg canggih gilerrrr
Tak sabar nak pergi!

avatar
March 13, 2018 at 12:22 AM delete

5 tingkat? Memang boleh spend seharian lah dekat situ jawabnya haha

avatar
Anonymous
AUTHOR
March 13, 2018 at 9:00 AM delete

pernah sekali p IKEA damansara, jauh... sekarang ada IKEA cheras, g cheras ja. hihi btw apps ni banyak membantu kita kan lisa :)

avatar
Unknown
AUTHOR
March 13, 2018 at 12:04 PM delete

Amazing !! I love food. Apps ni mudahkan I untuk decide what should I eat and where should I go. Thanksss Lyssa share and I'll be at IPC soon ��

avatar
home tutor
AUTHOR
March 13, 2018 at 2:59 PM delete

Mneariknya IPC shopping centre ni! Thanks lyssa buat review :)

avatar
Elya Roza
AUTHOR
March 14, 2018 at 2:25 AM delete

menarik jugak IPC ni..mesti terjah lps ni ...
salam perkenalan sis

avatar
Shikin Razali
AUTHOR
March 14, 2018 at 8:32 AM delete

Menariklah kat shopping centre nie, lebih-lebih lagi The Pet Safari Malaysia tue, nampak macam kedai yang rare aje..

avatar
Zati Salim
AUTHOR
March 14, 2018 at 2:04 PM delete

waahh menarik :ng
macam kena pegi je hehehe :D

avatar
Cik Ash
AUTHOR
March 23, 2018 at 12:22 AM delete

jauh nak pergi hihihi

avatar
Nina Mirza
AUTHOR
March 23, 2018 at 11:27 PM delete

Wah ... Bestnya. Memudahkan cara!

avatar
Unknown
AUTHOR
March 31, 2018 at 9:24 PM delete

ni mcm nk kena gi je ni

avatar
Siti Awadah
AUTHOR
April 1, 2018 at 6:49 PM delete

bg sis cantik n unik.. mmg sempoiii =D

avatar
Saps
AUTHOR
April 4, 2018 at 3:15 PM delete

Bila dgr ada byk tempat makan rasa macam nk pegi jenguk je

avatar
Deny2deny
AUTHOR
October 28, 2021 at 7:27 PM delete

تعمیر گیربکس چرخ گوشت در مرکز تعمیرات وسیله های آشپزخانه

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon