10 Jenis Lelaki Yang WAJIB Dijauhi Dan TIDAK PATUT Patut Dijadikan Calon Suami

04/11/2012

.Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v


Hi , korang . Hari ni sesaja Lyssa nak share kat korang satu artikel ni mengenai 10 jenis lelaki yang WAJIB dijauhi dan TIDAK PATUT patut dijadikan calon suami .

Petua memilih lelaki yang dipetik daripada Ensaiklopedia Petua Melayu Lama dan sumbernya Lyssa copy from bharian :)

Jom baca dan hayati satu persatu jenis lelaki yang dinyatakan . 






1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk, lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita. Anda tidak nampak ciri kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

Amacam ? Berguna tak artikel ni ? Sekadar mahu berkongsi dengan anda sahaja . Saya tahu , mana ada manusia yang 'perfect' kat muka bumi ni kan ? Ini sekadar panduan . Bagi yang masih bujang banyakkanlah berdoa supaya anda dijodohkan dengan lelaki yang baik-baik .


Allah S.W.T ada berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


 Terima kasih sudi baca . Rajin - rajin lah picit butang LIKE :P
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

30 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
November 4, 2012 at 9:16 PM delete

Sangat Setuju ngn ape yang lyssa update nie...lelaki ade yg xreti nak hargai perempuan..hanya inginkan kesenangan

avatar
Unknown
AUTHOR
November 4, 2012 at 9:19 PM delete

Nice sharing :-)
Setuju 100%...
Lelaki2 nie WAJIB dijauhi...

avatar
Miss Purple
AUTHOR
November 4, 2012 at 9:27 PM delete

ehh ehh, awat lyssa asyik post entry pasal laki je ni.. ehem ehem.. ada pape ke ni?hihi.. :)

avatar
Unknown
AUTHOR
November 4, 2012 at 9:46 PM delete

err lelaki. sukar dipahami. begitu juga perempuan. fair kan. hahaha.

avatar
Unknown
AUTHOR
November 4, 2012 at 9:49 PM delete

macam ni memang patut dijauhkan jauh2 (:

avatar
Unknown
AUTHOR
November 4, 2012 at 9:56 PM delete

sungguh! kadang dah ada pon masih mengungkapkan kata-kata manis..geram betul..>.<

avatar
faqihahhusni
AUTHOR
November 4, 2012 at 10:44 PM delete

Tudiaa dah buat list dah. haha

Tapi akak, manusia ni berubah.. kadang2 diorang ni pun ego. Sayang tapi tak tunjuk. Buat2 benci tapi sayang.. huhu. Apapun, jodoh tu ketentuan Allah.. apa saja jodohnya, kita as His servent mestilah kena patuhinya kan? ^^ :-D

avatar
Nurul Afiqah
AUTHOR
November 4, 2012 at 11:09 PM delete

Betul3 (gaya upin & ipin) =D

avatar
Unknown
AUTHOR
November 5, 2012 at 12:17 AM delete

masih byk lelaki yg terbaik diluar sana........so...choose the best one!

avatar
boni kacak
AUTHOR
November 5, 2012 at 6:47 AM delete

saya setuju dengan lyssa :)

avatar
November 5, 2012 at 11:46 AM delete

saya sangat setuju banget dengan artikel ini ,,,,,,,,,,,,,

avatar
Haril CP
AUTHOR
November 6, 2012 at 6:31 AM delete

Aril Impian - Pencetus Generasi Hadapan..masa sentiasa berputar..generasi tak henti saling berganti..lelaki @ wanita..itu lah adam dan hawa..yg diciptakan...rambut sama hitam hati dan perangai lain2..nice info.

http://arilimpian.blogspot.com/

avatar
Anonymous
AUTHOR
November 10, 2012 at 10:16 PM delete

Terima kasih akak atas nasihat akak itu. Mulai skang saye akan berhati-hati untuk memilih lelaki yg seauai untuk saye...

avatar
Aisyah Aras
AUTHOR
November 13, 2012 at 11:22 PM delete

ciri-ciri tu sama mcm ex- bf aku!!

avatar
November 21, 2012 at 10:34 AM delete

pehh...boleh buat bgaduh ni kalau ckp kat lelaki..hehe

avatar
Pixie Dust
AUTHOR
November 21, 2012 at 6:10 PM delete

Nice sharing:) I like . Thnkss..

avatar
January 18, 2013 at 2:54 PM delete

salam kenal aja gan info nya sangat bagus dann sangat menarik nie gan ,,,,,,,,

avatar
apai LABU
AUTHOR
January 20, 2013 at 11:28 PM delete

betul la 1othn mcm smpah je buat tuk ksngan.last ex aku dpt pompuan yg jht mcm die,eeee

avatar
Unknown
AUTHOR
April 24, 2014 at 5:30 PM delete

Assalamualaikum.. ye cik lisa ekk..
Allah pernah berfirman dalam surah Al HUjurat ayat 13 : " Hai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakn seorang lelaki dan seorang perempuan yang berbangsa bangsa dan bersuku suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal". so nk berdebat lagi ? :) berkongsi 'ilmu je. :)

avatar
Unknown
AUTHOR
April 24, 2014 at 5:39 PM delete

Assalamualaikum..cik lisa ekk..
Allah pernah Berfirman dalam surah Al Hujurat ayat 13 : " Hai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku supaya kammu saling mengenali. Sesungguhnya orang yg paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui dan Maha mengenal ".. jadi kn stu cabaran utk kita meningkatkn martabat AGAMA bkn menjatuh nya lagi.. :).. kongsi 'ilmu saja..

avatar
Anonymous
AUTHOR
June 13, 2014 at 3:31 PM delete

aku kne dgn no 1 dan no5...
skrg dah putos.. baru jew... mmmg aku dah x boleh nk tunggu dia lagik dah... last2.. 4 tahun aku bersabar dgn baran dia.. dia x boleh sabar dgn baran aku.. x boleh terima aku seadanya.. dia tinggalkan aku sekelip mata tampa simpati... :'(

avatar
Anonymous
AUTHOR
September 11, 2015 at 7:09 AM delete

Pakej lengkap bosssss aku

avatar
Anonymous
AUTHOR
September 11, 2015 at 7:10 AM delete

Pakejj lengkap bosss aku..sume ciri kat atas ada pd dia

avatar
Unknown
AUTHOR
September 22, 2015 at 12:36 AM delete

Waalaikummussalam.sama sama saudara atas pesanan itu

avatar
Anonymous
AUTHOR
February 25, 2016 at 3:42 PM delete

aku kena no 5,6,7,9,10 betul tu..dari sakit hati lebih baik pergi..

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon