Pengalaman Lyssa Menggunakan Telefon Pintar ZTE Blade V7 Max

Assalamualaikum..

Hi korang… Entri kali ni Lyssa nak kongsikan pada korang semua mengenai pengalaman Lyssa menggunakan telefon pintar ZTE Blade V7 Max. Lyssa tahu, mesti ada juga antara korang yang pernah usha atau tengok-tengok juga jenis phone ZTE ni kan ? Macam sebelum ni, pernah juga Lyssa update pasal phone ZTE. Tapi, model lainlah. Banyak juga respon dari pembaca blog Lyssa ni kan.

Jadi, sekarang ni, apa pula keistimewaan ZTE Blade V7 Max yang nak Lyssa kongsikan ye? Nak tahu, kena stay dan baca sampai habis eh. Kalau korang nak tahu, telefon pintar ni, tak de lah semahal yang korang sangkakan. Nampak je macam mahal, sebab function dia kemain setanding dengan phone-phone mahal yang lain. Tapi, sebenarnya tak. Walaupun agak murah, tapi sangat berkualiti dan berbaloi tau !


ZTE Blade V7 Max ni memang ada banyak sangat fungsi canggih yang menarik. Antaranya ialah “fingerprint sensor” yang terdapat di bahagian tepi phone, sisi tepi yang melengkung yang diperbuat daripada logam, “speedy focus” dan juga terdapat wallpaper yang besar dan juga kesan audio dan video yang menarik. Tak mengapa! Lyssa akan explain kan satu-satu fungsi yang Lyssa senaraikan tadi kat atas ni ye.

Fingerprint sensor


Sekarang ni, dah banyak sangat dah telefon yang mempunyai fungsi “fingerprint sensor” ni kan. Begitu jugalah dengan ZTE Blade V7 Max ni. Selalu kalau kita tengok telefon pintar yang lain, fingerprint nya akan terletak betul-betul di bahagian “Home Button” kita kan ? Tapi, tidak dengan ZTE Blade V7 Max! Telefon pintar ini lain daripada yang lain tau, sebab ianya terletak betul-betul di bahagian sisi phone ini, iaitu di sebelah kanan dan mempuyai banyak sangat fungsi. Antaranya ialah :

1) Untuk membuka kunci telefon (Unlocking)
  • Akan ter-unlock dalam masa 0.3 saat sahaja.
  • Hanya menggunakan satu tangan sahaja.
  • Tangan kiri boleh guna, tangan kanan pun boleh.
  • Lagi cepat, dan lebih stabil.


       

 2) Untuk menangkap/snap gambar (Shooting)

  • Hanya dengan menyentuh "fingerprint sensor", gambar kita akan tersnap.
  • Sangat mudah hanya dengan 1 tangan sahaja.

3) Untuk mengangkat call (Calling)
  • Boleh angkat call dengan menyentuh fingerprint sensor tu.
  • Tersangatlah mudah dan pantas


4) Untuk melindungi privasi dokumen kita (Encryption)
  • Dengan fingerprint sensor ini juga, kita boleh "encrypt" gambar kita, semua dokumen, phonebook number, SMS dan banyak lagi.

5) Untuk scroll atas dan ke bawah (Sliding Flip)
  • Boleh swipe ke atas untuk flip ke page sebelumnya, dan boleh swipe down untuk flip ke page seterusnya.



Ini baru bahagian fingerprint tau ? Antara kesemua fungsi fingerprint sensor ni, Lyssa paling suka guna masa nak selfie atau tangakp gambar. Memang mudah sangat. Dengan hanya sekali sentuhan pada bahagian fingerprint tu, terus gambar kita tertangkap. Fungsi unlock tu pun boleh sangat. Sangat cepat dan stabil tau :D Ok. Sekarang ni, jom Lyssa nak cerita pula mengenai apa bentuk dan jenis telefon pintar ni macam mana.

Saiz, Jenis dan Bentuk

Kalau korang suka telefon pintar yang agar besar dan korang memang suka sangat layan movie dalam phone, Lyssa cadangkan, baik korang try grab 1 telefon ZTE Blade V7 Max ni. Sebab apa ? Ni lah Lyssa nak bagitau ni.. Kalau korang nak tahu, saiz dan kelebaran telefon pintar ini adalah 5.5 inch FHD screen. Memang puas lah kalau nak layan movie kan. Hihi. Apatah lagi bagi yang ‘kaki game’ tu, memang best dan puas sebab besar! Haha.


Lagi satu, telefon pintar ni ada Dual Sim-Card Slot tau. Makna kata, korang boleh guna dua line number (cth: Maxis and Celcom) dalam hanya satu phone sahaja. Bagi korang yang berbusiness tu, kalau guna dua phone, apa kata korang bertukar kepada telefon pintar ni kan senang. Tak payah nak banyak-banyak phone kan ? heheh! Sim Card-1 boleh support sampai 4G+ tau. Tapi Sim Card-2 hanya boleh support 3G sahaja. Kira ok lah kan, satu yang guna postpaid, satu lagi yang guna prepaid. Ok what :D

Bagi bentuk telefon ini pula, ianya mempunyai bentuk yang melengkung di bahagian hujung telefon dan metal body telefon ini diperbuat daripada aloi aluminium yang bermutu tinggi. Bila kita pegang je telefon ni, memang sangat selesa sebab ketebalan telefon ini, hanya 7.2mm sahaja tau. Cubalah bayangkan, betapa slim nya.. hihi. So, permukaan yang melengkung memang nampak cantik dan rasa selesa bila dipegang.

     

Speedy Focus


Kalau korang nak tahu, camera belakang phone ni memang cantik sangat. Dah la 16M Pixel tau. Gambar yang kita snap tu akan jadi sangat fokus tau. Sebab apa ? Haaa.. Sebab, optical glass lens dia ada sampai 6 layer tau. Paling best kan bila kita tengah capture gambar yang bergerak. Ianya akan terfokus hanya dengan 0.3 saat tau. Punya la cepat kan.. And the, dengan kamera tu juga kita boleh buat gambar background jadi blur dan sangat terfokus dengan objek yang kita nak tangkap. Macam biasa, telefon ZTE ni untuik kamera dia ada Auto-mode dan juga Pro-mode di mana, Auto-mode, ianya akan automatik padankan dengan suasana tempat dan keadaan manalaka untuk Pro-mode pula, kita boleh setting dia punya tools seperti  ISO, White Balance, Light Metering, Focusing dan macam-macam lagi. Kalau bagi siapa yang tak reti nak setting benda alah tu, boleh saja guna Auto-mode pun dah cantik dah gambar tu nanti :D

Paling teruja sekali, kamera depan dia 8M-Pixel tau. Memang best kemain la nak selfie. Keje dok selfie je lah Lyssa bila telefon pintar ZTE Blade V7 Max ni ada kat tangan Lyssa kan. Lagi pula dia ada siap-siap efek beautify tau. *flawless terus muka iolsss* ! haha.  And the best part, kita boleh buat panaroma selfie tau. Haa, inilah yang specialnya. Selalunya kita tengok phone lain, kalau nak buat panaroma, kena guna kamera belakang je kan.  Lepas tu, kamera depan dia siap ada ‘flash screen’ lagi tau. Kalau kat tempat gelap tu, memang syok lah korang nak berselfie nanti! :P

    


 Aural & Visual Delight


ZTE Blade V7 Max  ini juga mempunyai wallpaper yang sangat gempak, meluas dan cantik tau. Memang lain daripada yang lain. Selain tu, telefon pintar ini juga didatangi dengan DTS teknologi yang dapat meningkatkan lagi kualiti audio. Jadi, korang tak perlu risau dah dengan sound effect dia. Memang mengagumkan. Even, Lyssa tak tekan full volume pun, tetap dapat dengar dengan kuat dan jelas.

    

2 Jenis Warna

Telefon pintar ZTE Blade V7 Max ni ada 2 jenis warna yang sangat cantik dan sangat menarik. Dan mungkin juga ramai yang suka akan warna sebegini, iaitu warna “GOLD” dan “SILVER”. Kedua-dua warna ini sahaja yang available kat Malaysia tau … Agak-agak mana satu pilihan korang ye ???


Secara keseluruhannya, sepanjang Lyssa menggunakan telefon ni, setakat ni memang tak da masalah langsung. Download lah seberapa banyak game pun tak pernah “lag” lagi setakat ni. HEHE! Gambar selfie pun dah penuh dah dalam galeri phone ni. Sebab kamera cantik kan ? Mesti lah keje nak selfie je . hahaha ! Kalau korang tanya pasal harga, telefon pintar ZTE Blade V7 Max ni murah je. RM1000 dalam tangan pun dah cukup :D

Jadi, untuk maklumat lanjut nanti, korang boleh terus ke :

Kat mana nak beli ? Boleh terus beli kat sini ye -> http://ztedevices.com.my/index.php/where-to-buy/


Terima Kasih Sudi Baca :)

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
lisanna
AUTHOR
January 6, 2017 at 2:23 AM delete

Memang best bila sis review tentang ZTE blade v7 max ni

avatar
Juls Julie80
AUTHOR
January 6, 2017 at 10:54 AM delete

part kemera utk selfie tu yg plg best..kekekekekek

avatar
Izyan Balqis
AUTHOR
January 6, 2017 at 2:34 PM delete

menarik...boleh tahan jugak hp ZTE ni

avatar
Unknown
AUTHOR
January 13, 2017 at 2:43 PM delete

pengen punya tapi uang belum cukup.hehe.

avatar
kedai piala
AUTHOR
January 19, 2017 at 11:42 AM delete

wahhh menariknyaaa smartphone nie

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon