INFO | 4 Cara Halang Kucing Kencing Merata-rata

Assalamualaikum...

Hi korang ! Lyssa yakin, yang baca entri Lyssa kali ni mesti semua pencinta kucing kan ? Yezzz ! Sama lah kita... Lyssa start bela kucing sejak Lyssa kecil lagi, kalau tak silap dalam umur Lyssa 10 tahun macam tu.. Sampai lah sekarang. Dari dulu sampai sekarang tak pernah lah tak de kucing kat rumah. Kalau kucing hilang ke, kucing mati ke, memang ada je pengganti. Sampai lah sekarang ni, Lyssa ada 6 ekor kucing dekat rumah :D

Dan ini lah salah satu kucing Lyssa ! Jacob nama nya...

Jacob, akak tumpang pinjam gambar awok ye ! haha ~
Jacob ni siap ada page tau ! Jom >> LIKE PAGE  <<

Kalau korang nak tahu, Jacob ni kucing jantan.. So kalau nak kata kencing merata tu, memang selalu sangat lahhhh ! Kadang tu geram jeee rasa... Sikit-sikit nak pancut.. Nasib kencing dia tak berbau. Mungkin sebab dia pancut sikit je. Ada la tu nak memberontak apa ntah kann ....

Dan sekarang..

Lyssa nak bagi sedikit tips macam mana nak elakkan kucing daripada kencing merata-rata di dalam rumah ... Jom kita tengok !

4 CARA HALANG KUCING KENCING MERATA-RATA


1. Serai



Kucing memang anti dan tak suka langsung bau serai. *tapi, pelik suka sangat cari serai untuk rawat sakit sendiri! haha*. Jadi, korang boleh beli produk yang berasaskan serai atau serai wangi yang ada di pasaran. Semburkan sahaja di kawasan yang selalu menjadi tempat kucing korang tu kencing. Lagi elok sekiranya korang letakkan sahaja batang serai di sudut-sudut rumah.


2. Belerang

Korang boleh taburkan sahaja belerang di penjuru-penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau akan mengelakkan kucing dari kencing merata-rata.


3. Lada hitam 



Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam (biji bukan serbuk) ke dalamnya. Biarkan dalam masa 2 hingga 5 minit. Masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan di kawasan kucing korang kencing. 


4. Cuka



Jika kucing masih berdegil walaupun macam-macam usaha dah kita lakukan, guna saja cuka. Bahan ini mampu untuk membersihkan dan menghilangkan bau kencing kucing yang busuk tu..



So, sekarang tunggu apa lagi ? Jom lah cuba ! InsyaAllah mesti jadi punyeee ! hikhik :p

Nahhhh, Lyssa belanja kucing-kucing Lyssa sekarang ni ! heeeee~



Terima kasih sudi baca :D

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

13 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
PeRdU cINta
AUTHOR
March 3, 2017 at 2:00 PM delete

Yeyy..happy J's family cats...
Terima kasih Lyssa kongsi tips..
Kak PC pun ada bela kucing..tapi kat kampung..dah jadi macam adik beradik..

avatar
Juls Julie80
AUTHOR
March 3, 2017 at 2:11 PM delete

salam..comel2 semua anak bulus lyssa...geram jer tengok...

bagi sesetengah kucing, cara di atas tu mungkin berkesan untuk jangka masa pendek tp untuk jangka masa yang panjang, cara yang paling berkesan ialah memandulkan @ spay kucing tu sebelum dia menunjukkan tanda2 nak memancut. DIa memancut sebab nak mark territory dia.. nak jadi abang kawasan gitu..ekeke.. Lama2, boleh jadi bergaduh utk sesetengah kucing..

Kucing yg dimandulkan/kembiri, biasanya lebih sihat..x stress.. x sibuk nak memancut dan x rajin nak bergaduh..budak baik gitu..hehe

https://wonderfurrworld.blogspot.my/

avatar
March 3, 2017 at 2:13 PM delete

comelnya semua kucing ! jacob mata bolat

avatar
Pendekar
AUTHOR
March 4, 2017 at 2:20 AM delete

semua nama bermula dengan je... jemir takde ke??

hahahaha....

avatar
Unknown
AUTHOR
March 4, 2017 at 9:54 AM delete

Thank you lyssa atas info yang sgt berguna :)

avatar
Mummy MM
AUTHOR
March 4, 2017 at 3:01 PM delete

Nice sharing sis.

Terkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

avatar
Sue Izza
AUTHOR
March 7, 2017 at 4:39 AM delete

menarik petuanya dah macam nak masak lak hahahah

avatar
sitirohaida
AUTHOR
March 8, 2017 at 4:23 PM delete

takde bela kucing..hehehe..mybe berguna kepada pencinta kucing


-Kisahsidairy-

avatar
Uyul Rosli
AUTHOR
March 8, 2017 at 10:22 PM delete

Lyssa, satu laagi tips, orang kata kan, buh air dalam botol, dan letak je dekat tepi dinding. Uyul pernah terbaca, katanya kalau buat macam tuh, kucing takkan kencing kat tempat tu, allahualam.

JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

avatar
Unknown
AUTHOR
November 25, 2017 at 5:42 PM delete

assalammualaikum. kalau guna air lada hitam tu kan, dia berbau tak?

avatar
Unknown
AUTHOR
November 25, 2017 at 5:42 PM delete

assalammualaikum. kalau guna air lada hitam tu kan, dia berbau tak?

avatar
bmnsolution
AUTHOR
December 8, 2017 at 5:43 PM delete

Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
www.tenringgitshop.com
Selamat mencuba yer.

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon