Prettian Malaysia | Wajah dan Kulit Semakin Lembut, Cerah dan Cantik Selepas Menggunakan Skincare daripada Prettian MY

 Assalamualaikum

Hi korang ! Lyssa ada nak kongsikan dengan korang satu produk yang Lyssa cuba baru-baru ni! Produk memang best sangat! Disebabkan best, Lyssa memang tak sabar nak bagitahu produk apa yang Lyssa guna tu. hehe.

Yes! Macam tajuk entri kali ni yang korang dah baca kat atas tu, tak lain tak bukan .. Produk Penjagaan Wajah Skincare daripada Prettian MY. Pernah dengar tak dengan produk ni ? Ok kalau tak pernah dengar, takpa. Meh sini Lyssa nak bagitau :)




Prettian MY

Kalau korang nak tahu, Prettian adalah jenama yang berasal dari Korea. Sebagaimana yang kita semua tahu kan, yang Korea mempunyai teknologi canggih dalam produk kecantikan & kesihatan. So, sebab tu lah,  kualitinya tidak terganggu dan sangatlah sesuai dengan kulit Asia kita.

And FYI, Prettian bermaksud Pretty + Angel = Prettian. Mereka mempunyai pengalaman penyelidikan selama 30 tahun dan menggunakan semua bahan semulajadi dalam produk mereka. Plus ! Prettian juga dikembangkan dengan Skin Meds yang mempunyai 17 doktor domestik dan produk ini sangat recommended oleh pakar kulit. Paling menarik, mereka juga ada membuat pelbagai ujian klinikal produk seperti ujian kerengsaan kulit, peningkatan sebum, pori, gloss dan juga ketelusan.

So korang jangan risau lah, produk daripada Prettian MY memang sangat selamat untuk digunakan :)


Apa Jenis Produk Prettian MY Keluarkan  ?



Ok! Buat masa ni, antara produk yang telah mereka keluarkan adalah Triple Oil CleanserMoisturizing Cream dan juga Silky Brightening Cream. Jangan risau ! Lyssa akan ceritakan satu persatu pengalaman Lyssa memakai kesemua produk ni ! :)


Triple Oil Cleanser ( 150ml )

Haa tengok ni ! Cantik kan botol dia ? Sumpah botol dia sangat lah lawa dan memang menarik perhatian Lyssa ! Haaa.. Korang baru tengok botol je tau. Lagi menarik bila korang dapat tahu apa benefit dan kebaikan bila korang pakai Triple Oil Cleanser ni. hehe. Sabar.. Sabar.. Jap bagi Lyssa tarik nafas dalam-dalam dulu, before mula.. hahaha... Ok dah!

Kalau korang nak tahu, Triple Oil Cleanser ni adalah pembersih muka yang mempunyai fungsi 3 dalam 1 tau! ( Cleanser + Makeup Remover + Toner ). Haa.. Tapi apa yang bestnya dengan cleanser ni ? Tengok ni !

✔️ Dapat memberikan kulit wajah anda perlindungan yang optimum supaya kulit bebas dari cela.

✔️ Dapat membersihkan dengan lembut tanpa mengeringkan atau menghilangkan minyak semulajadi.

✔️ Dapat membantu melarutkan lebihan minyak dan kotoran di kulit muka.

✔️ Ph-balanced cleanser ini dapat membantu mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit

 ✔️Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif.

✔️Sesuai untuk semua peringkat umur (Wanita & Lelaki).

✔️Sesuai untuk masalah kulit seperti jeragat, jerawat/parut jerawat, kulit kusam & kulit sensitif


Wahh ! Banyak kan kelebihan dia! Nak tahu tak ? Triple Oil Cleanser ni merupakan produk 'bestseller ' Prettian MY tau !! Dengan tiga lapisan teknologi  bukan sahaja dapat remove makeup & kotoran di muka, tapi dapat juga membersihkan dan menenangkan kulit korang juga! 


Fuh ! Lyssa masa first time try Triple Oil Cleanser ni kan, dalam hati Lyssa cakap. Wow ! Bestnya tekstur cleanser ni. Bila picit ke tangan dan terus Lyssa bau, memang wangi. Lepas rub cleanser tu kat tangan tengok memang tak berbuih langsung tau. Terus Lyssa seratakan ke kulit muka Lyssa. Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana. Tapi, seriously memang best sangat pakai. Lepas bilas, efeknya kulit muka automatik jadi lembut, mulus. Macam segala kotoran kat muka ni hilang macam tu je...Lepas tu kulit akan jadi super duper fresh okehh ! Serius! Korang memang kena cuba... Sumpah best gila! Make sure sebelum guna, jangan lupa SHAKE SHAKE dulu tau. hehe. Oh ye ! Antara bahan Triple Oil Cleanser ni adalah tropical acai berry, witch hazel & sage bersama resepi mereka sendiri. Patutlah bau dia best! :D


Moisturizing Cream ( 50 ml )

Ok next! Bagi Lyssa, Moisturizing Cream daripada Prettian MY adalah antara moisturizer yang sudah pun menjadi favourite Lyssa tau! Kenapa Lyssa cakap macam tu. First! Lyssa suka dengan bau dia. Sebabnya bahan yang digunakan adalah tangerine, ecklonia cava & honey. Memang sesuai la bauannya dengan hidung Lyssa ni . hehe . Tekstur dia pula memang ngam dengan citarasa Lyssa. Sangat tak melekit! Dan paling best, lepas je apply, kulit muka akan jadi tersangatlah lembab dan lembut plus kulit muka akan jadi makin glowing tau. Kenapa  ? Sebabnya ia diformulasikan untuk semua jenis kulit dengan mengandungi vitamin A dan vitamin E. Moisturizing Cream ini juga mengandungi snail mucin sebagai ingredient plus ada juga shea butter, vitamin B dan ekstrak pennywort. 


Banyak lagi tau kelebihan yang ada pada moisturizing cream ni tau. Antaranya :

✔️ Membantu melindungi kulit dari "kerosakan" akibat pencemaran dan menjadikan kulit "kebal" dari kedutan dan penuaan.

✔️ Memudarkan bahagian kulit yang gelap, mengurangkan masalah pigmentasi & mencerahkan kulit

✔️ Nutrien aktifnya dapat memulihkan kulit, menstabilkan sel untuk penyembuhan luka serta melicinkan parut


Best kan??!! Haaaa ... Korang cuba sendiri baru korang tahu betapa bestnya moisturizer ni tau ! hehe. Recommended sangat2!


Silky Brightening Cream ( 80 ml )

Nama pun brightening cream, mestilah fungsinya untuk mencerahkan kulit kan ? Tapi apa yang membezakan cream ni, dengan cream pencerah yang lain ? Haa.. apa yang bestnya dengan Silky Brightening Cream ni adalah ianya merupakan formula penjagaan kulit bagi meremajakan kulit secara 'advanced' berfungsi untuk memperbaiki pigmentasi, meningkatkan kecerahan dan menghaluskan kulit untuk penampilan yang lebih cerah dan lebih muda. Ok! Teksturnya jenis macam lotion yang bewarna putih dan bila korang apply di muka, ianya tak melekit langsung ! Silky Brightening Cream ni bukan lah sejenis cream yang very thick tapi, sangat lightweight dan boleh juga membantu meringankan bintik-bintik dan cela, juga boleh dijadikan sebagai "makeup base!" Antara bahan yang terkandung dalam cream ini : hizika fusiforme, ecklonia cava & honey. Memang best sebab ia terus meresap kedalam kulit tau! Siapa yang tengah tercari-cari krim pencerah, boleh cuba ni! Mana tahu, kalau serasi, mesti akan repeat lagi! hehehe ~


Ok! Overall memang Lyssa suka sangat dengan produk by Prettian MY ni. Sangat recommended untuk korang yang masih tercari nak pakai skincare apa. Cuba dulu skincare Prettian Malaysia. Lyssa pakai, sebab tu Lyssa nak share dengan korang juga diluar sana. Boleh la kita cantik bersama-sama kan  ? ahh gitchuuwww~

*ohh by the way, box dia cute sangat! TQ Prettian MY ! :D :D

Untuk info lanjut, boleh terus ke :

Website : https://prettian.my/

Instagram : https://www.instagram.com/prettian.my/

Facebook : https://www.facebook.com/prettianmy/


Terima kasih :)


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
NARDtheNERD
AUTHOR
December 14, 2020 at 11:16 PM delete

first time dengar brand ni hee

avatar
miloaismadu_
AUTHOR
December 17, 2020 at 9:04 PM delete

nice boleh try jugk nih . Btw jemputlah ke blogger saya ,saya baru mencuba untuk berjinakk jinakk dalam bidang ini .Hehhehe

avatar
En Sarip
AUTHOR
February 4, 2021 at 12:43 AM delete

terbaik perkongsian lysa, dari dulu lg suka baca blog ni cuma malu nak komen..sekarang baru nak komen.. hahhaha nanti visit blog kita juga lysa http://saripkay.com/

avatar
July 13, 2021 at 9:45 PM delete

Wah kulit nampak lebih berseri dengan produk prettian. My ni.. Nama pun produk Korea kebersekannya sangat dijamin tengok la kulit mereka sungguh berseri.

avatar
Jaja Zaleha
AUTHOR
July 14, 2021 at 9:23 AM delete

Tq Lysa atas perkongsian. Suka cara Lysa describe produk tu ☺️

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon