Kerana Ubat Itu , Mata Budak Berusia 3 Tahun , "TERBAKAR"

Gadis Kidal Berceloteh...
20/12/2011

.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v


 
Sumber : Encik Google :) Saje je nak tempek gambar ni .




GEORGETOWN: “Selepas ubat berkenaan dititiskan pada mata anak saya, dia menggelupur kesakitan serta mengadu matanya seperti dibakar,” kata Noorliza Abd Razak, 34, yang panik dan terkejut selepas menitiskan ubat untuk merawat mata anaknya dalam kejadian Selasa lalu.

Ibu kepada Nurqistina Qalysha Azmi, 3, itu berkata, anaknya terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam selepas menggunakan ubat merawat sakit mata yang diambil dari Hospital Pulau Pinang (HPP), 12 Disember lalu.

Noorliza berkata, anaknya mengalami radang mata sejak enam bulan lalu dan sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, namun penyakit itu masih berlanjutan.

Dia membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik kerajaan di Bayan Baru sebelum mendapat surat rujukan ke HPP dan dirawat seorang doktor wanita sebagai pesakit luar.

“Selepas mendapat surat rujukan daripada doktor di klinik berkenaan, saya terus ke HPP dan menerima rawatan pesakit luar daripada seorang doktor wanita.

“Anak saya diberikan ubat titis dari kaunter farmasi dan pulang ke rumah.

“Sehari kemudian, ubat berkenaan dititiskan pada mata anak saya dan saya panik Nurqistina menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di Jalan Bharu, Balik Pulau, semalam.

Noorliza merujuk perkara itu kepada petugas di farmasi HPP, namun diberitahu ubat itu bagi merawat sakit telinga.

“Petugas berkenaan juga berkata, kekuatan ubat itu 10 kali ganda dari ubat biasa sebelum saya menemui seorang lagi doktor di HPP bagi mendapatkan penjelasan.

“Doktor berkenaan berkata label ubat itu mungkin salah dilekatkan, namun selepas beberapa soalan diajukan, doktor itu mengaku ubat terbabit tidak sepatutnya diberikan kepada anak saya,” katanya.

Noorliza berkata, dia terkilan kerana doktor berkenaan menasihatinya supaya tidak membawa anaknya merujuk kepada pakar selain tidak memberi jaminan mengenai akibat yang akan ditanggung anaknya kemudian hari.

“Saya mahu doktor berkenaan memberi penjelasan mengenai kejadian itu serta berharap warga HPP lebih cekap menguruskan ubat pesakit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HPP, Dr Yasmin Sulaiman ketika dihubungi berkata, pengadu berkenaan perlu membuat aduan di HPP bagi memudahkan siasatan.

“Bagi kes ini, butir pengadu akan diambil selain perlu membawa bersama ubat yang diberikan doktor terbabit,” katanya.

Kredit : Hmetro


LS - Haaa . Benda macam ni lah yang Lyssa betul - betul takotkan tau takk ? Takot nak ke Hospital mahupun Klinik . Sebab benda - benda macam ni lah . Ada ke patot ! Budak tuh sakit mata . Yang pergi bagi ubat sakit telinga tu kenapa ? Haish . Nampak sangat buat kerja tak sistematik langsung . Boleh pulak dikatakan "Salah Label" ?? Haihhh . Serius ! Menakotkan bila dengan kejadian sebegini . Kesian budak tuh ~


KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

31 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Unknown
AUTHOR
December 20, 2011 at 8:39 AM delete

btol3..Erl dengar pom serammm T_T

avatar
Jaja Sutera
AUTHOR
December 20, 2011 at 8:39 AM delete

iskkk....silap2 ari bulan..xpsal2 buta budak tu..hish!

avatar
Fyzah Anuar
AUTHOR
December 20, 2011 at 8:42 AM delete

hai kak lyssa ..hari2 buat cerita yg best2..hehe

avatar
wan cabib
AUTHOR
December 20, 2011 at 8:42 AM delete

kesiann nyee budakk tuhh kak lyssa .

avatar
NjihahMohd
AUTHOR
December 20, 2011 at 8:47 AM delete This comment has been removed by the author.
avatar
Anonymous
AUTHOR
December 20, 2011 at 8:52 AM delete

fobia la nak g hospital!

avatar
♥ Eyda ♥
AUTHOR
December 20, 2011 at 8:57 AM delete

Err..
Dgr pon dh sermm..
Nk pegi klinik n hsptl pon dh tkut
Gerr..

avatar
Ana Farhana
AUTHOR
December 20, 2011 at 8:58 AM delete

ya allah,bahaya nye... :(


*jom lyssa tgk video :)

avatar
Papa PUSS
AUTHOR
December 20, 2011 at 8:58 AM delete

Uih terbakar??
Aduh...


Follow here...
Hope hit me back.. Thanks

avatar
December 20, 2011 at 9:03 AM delete

adoyy!sian budak tu :(
sabar ye dek!

avatar
December 20, 2011 at 9:10 AM delete

sakitnya! sian budak tu. T__T

macam tu je respon diorang? macam taknak btanggungjawab je! *marah*

avatar
Raz
AUTHOR
December 20, 2011 at 9:13 AM delete

ya Allah.. kesiannye budak tu.... huhuhu.. kecuaian melibatkan nyawa ni tak patut berlaku lah

avatar
December 20, 2011 at 9:20 AM delete

perasan tak iklan nuffnang takde? T______T

avatar
yura
AUTHOR
December 20, 2011 at 9:34 AM delete

ish ciannye bdk 2.... takut betl nak g klink

avatar
wK
AUTHOR
December 20, 2011 at 10:03 AM delete

HoHoHo....

Bahaya siot !!

avatar
Misz-ella
AUTHOR
December 20, 2011 at 10:08 AM delete

Aduhaiii .. tak pasal2 jer. Kerana kecuaian org lain, budak tak berdosa tu jadi mangsa?

avatar
ar3^lynnz
AUTHOR
December 20, 2011 at 10:27 AM delete

saya pernah kena jugak..doktor xbetol..penyakit lain pergi cakap penyakit lain..hai sabar je lah..saman baru tau..nama je doktor tp doktor pada nama je..

avatar
tiqa
AUTHOR
December 20, 2011 at 10:42 AM delete

kesian3.. aper jd kt mate bdk tuh, ek?

avatar
eRiNsZ
AUTHOR
December 20, 2011 at 11:07 AM delete

seremmm plak akak..

jom join contest
http://ehemsz.blogspot.com/2011/12/like-eisya-contest.html

avatar
December 20, 2011 at 11:17 AM delete

kesian ye bdk 2..mst pedih sgt kn..
by the way pihak2 hospital @ klinik kne amek serius bnd2 cmnie..if ade yg meninggal lg ssh..alasan salah label xley dipakai~

avatar
Asyraf
AUTHOR
December 20, 2011 at 11:35 AM delete

kak lyssa tlg sebar twitter sye...
suh followers akak f0llow sye...
ni nama saya:: http://twitter.com/#!/Aieman99

avatar
Unknown
AUTHOR
December 20, 2011 at 12:32 PM delete

apa lagi saman la hospital tue....hehehehhe

avatar
yayath
AUTHOR
December 20, 2011 at 1:32 PM delete

kesiannye budak tu...

avatar
December 20, 2011 at 1:36 PM delete

eie tkt nya nk g hsptl n klinik.. emmm

avatar
December 20, 2011 at 4:19 PM delete

xleh gk nak salahkan farmasi..slhkan manufacturer ubat tu la kot..die yg yg slh label. =.='

avatar
rin
AUTHOR
December 22, 2011 at 7:44 PM delete

eish~ nie pihak manalah plak yg x bertanggungjawab :\
lain kali, kalau beli ubat kena bagi doktor tu dulu yg try :P biar padanmuka ~

avatar
Unknown
AUTHOR
May 27, 2020 at 10:07 PM delete

Masa ni says umur tiga tahun , pedih tau mata saya 😢 . Sampai sekarang masih sakit ☹️ , tapi dh kurang la jugak

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon