Warga Emas Berusia 60-an Belasah Menantunya ..

Gadis Kidal Berceloteh...
12/12/2011

.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v


Hari ni , 1st time rasanya Lyssa nak share pasal isu baru - baru ni , di mana seorang warga emas berusia 60-an membelasah menantu perempuannya dengan sebatang kayu . Ishkk . Pukul dengan sebatang kayu  ? errr . SAKITNYAA !! >.<


#Ini dia berita Lyssa copy from hMetro 


KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita warga emas tergamak membelasah menantu perempuannya dengan batang kayu, selain mengugut mahu membunuh mangsa sebelum menghalau wanita terbabit dari rumahnya, Rabu lalu. 

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku apabila warga emas berusia 60-an terbabit tidak menyukai sikap menantunya berusia 34 tahun yang tinggal bersama sejak tiga tahun lalu, sebelum bertindak luar kawalan membelasah mangsa di rumahnya di Jinjang. 

Pada mulanya, mangsa dikatakan bertengkar dengan ibu mentuanya sebelum kejadian bertukar ganas menyebabkan mangsa terpaksa melarikan diri bersama anak perempuannya berusia setahun dan menumpang di rumah seorang rakannya.

Selepas dinasihatkan rakannya itu, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kelmarin memandangkan seorang lagi anak lelaki mangsa berusia tiga tahun masih tinggal bersama keluarga mentuanya.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila ibu mentua mangsa dikatakan tidak berkenan dengan tindakan mangsa menegurnya sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.


p/s : Haih ..Macam - macam yang dah berlaku sekarang ni kan ?  Disebabkan kesalahan yang kecil je sanggup nak membelasah orang .. Hmm . Ntahlah ~
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

14 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
Areliff
AUTHOR
December 12, 2011 at 9:33 AM delete

menantu dgn mak mertua hehehee..mesti kwen mak mertua tak suka menantu tu..adeh..bahaya ni kalau tak dibendung bleh bawa maut

avatar
waana 와나
AUTHOR
December 12, 2011 at 9:36 AM delete

ish, dh tua2 pun nk bt gangster lagi. ada jugak org tua prangai mcm ni. =='

avatar
Maji_Rashid
AUTHOR
December 12, 2011 at 9:43 AM delete

ganazzzz...x boleh di biarkan berlarutan..bahaya!!!

avatar
suzanne
AUTHOR
December 12, 2011 at 10:06 AM delete

Warga emas tu belasah menantunya mesti ada sebab tertentu. Dah tentu si warga emas tu tak suka menantunya.. Issk2.. Pergi solat lagi bagus daripada belasah menantu sendiri.. kan dah tua.

avatar
December 12, 2011 at 11:58 AM delete

adoiii dahsyat makcik tu T__T

avatar
cik nara omey
AUTHOR
December 12, 2011 at 12:39 PM delete

ishh..macam-macam lah...apa nak jadi lah..aduihhh..

avatar
December 12, 2011 at 12:52 PM delete

ni mesti dah lame membenci sampai bende kecik pun boleh gaduh..

avatar
Sharmien
AUTHOR
December 12, 2011 at 3:07 PM delete

Yaaaihh, ganasnya. Selalunya bila dah melewati umur 50-an, orang dah pandai b'sabar dan b'fikiran waras. Hmmm. :|a

avatar
Panda Biru
AUTHOR
December 7, 2013 at 3:16 PM delete

Hey, aja2 je zaman skrg ni, kan akak?+

avatar

Google+ Followers