Sindrom Sleeping Beauty | Pernah Tidur Selama 20 Jam Sehari

14/06/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


 
 
 Gara-gara menghidap penyakit gangguan saraf, seorang pelajar tercicir daripada peperiksaan selepas tertidur pada April lalu dan hanya terjaga minggu lalu. Disebabkan masalah itu, Stacey Comerford, 15, terlepas sembilan peperiksaan walaupun dia dijangka memperoleh markah A dalam setiap subjek diambilnya.
 

 
 

 Insiden itu juga mencatat rekod tidur paling lama untuk Stacey. Berasal dari Telford, Shropshire, Stacey menjadi seorang daripada kira-kira 1,000 penghidap Sindrom Kleine Levin atau turut dikenali sebagai Sindrom Sleeping Beauty.

Media semalam melaporkan, Stacey berharap dia dapat mengulang pembelajarannya secara sambilan dan kesal dengan kejadian menimpanya. Bagaimanapun, kata Stacey, dia bersyukur di sebalik insiden itu kerana semakin ramai memahami masalah dihadapinya.
“Sebelum ini, orang tidak percaya pada apa yang saya alami dan ramai menyangka saya berdalih jika di sekolah, saya tiba-tiba minta izin untuk pulang kerana kepenatan,” katanya.

Sebelum ini, Stacey pernah tidur selama 20 jam sehari dan hanya bangun untuk menghirup sedikit minuman atau pergi ke tandas.Ibunya, Bernie Richards, terpaksa menyuap sedikit makanan di antara waktu tidur itu bagi memastikan dia sihat sebelum kembali tidur.
 
 
 
 
 
Tidur melampau Stacey juga menyebabkan dia hilang berat badan hampir 13 kilogram. Menurut Bernie, 53, apabila Stacey tertidur, tiada sebarang amaran atau tanda, sebaliknya berlaku secara tiba-tiba.

“Saya pernah terjumpa Stacey tertidur di lantai dapur,” katanya. Apabila terjaga, kata Bernie, Stacey menyangka dia hanya tidur semalaman dan tiada sebarang ingatan mengenainya. Menurut Bernie, Stacey mula mengalami simptom itu kira-kira setahun lalu tetapi hanya disahkan menghidap penyakit berkenaan pada Mac.

Pada peringkat awal, katanya, doktor menyangka perubahan emosi Stacey cuma disebabkan faktor usia seperti remaja lain. “Doktor juga pernah mengesyaki Stacey mengalami ketumbuhan otak, tetapi nasib baik ujian dijalankan menunjukkan sebaliknya,” katanya. Pengesahan mengenai Sindrom Kleine Levin diperoleh ketika Stacey dirawat pakar saraf di Hospital Kanak-kanak Birmingham. - HM
 
 
 
Ye kan ? Ada jugak orang berpenyakit seperti Stacey ni kan ? Kesian pulak aku tengok . Sekarang ni  dah macam - macam penyakit pelik dah yang berlaku . Tidur yang melampau tu menyebabkan dia hilang berat hampir 13 kilogram . Pergh . Banyak tu weh .. Selalunya , kalau tidur yang melampaui bukan berat bertambah ke ? Ehh (!) Itu makan tidur makan tidur laaaa ~
KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

11 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
cendol
AUTHOR
June 14, 2012 at 10:08 AM delete

oh baru tahu ade jugak mcm ni..hoho kalo ini terjadi padaku,makin dasat lah aq tido!!!!!!!!!!!! haha x kena pnyakit ni pn dah sakan tido haha

avatar
shida'R
AUTHOR
June 14, 2012 at 10:09 AM delete

macam-macam penyakit skg..makin pelik2 jerh..hurmm..

avatar
JungRara
AUTHOR
June 14, 2012 at 10:09 AM delete

wow~ akhir zaman ni mmg banyak benda pelik..huhu

avatar
June 14, 2012 at 10:10 AM delete

Kesian nye, muka dah lawa :\

avatar
Mimieesyeerro
AUTHOR
June 14, 2012 at 10:21 AM delete

cian je dy . kuasa Allah kan . siapa laa boleh halang :')

avatar
diba
AUTHOR
June 14, 2012 at 10:56 AM delete

1st tyme dgr..wah bnyk ilang brat bdan kn..

avatar
maszull
AUTHOR
June 14, 2012 at 11:22 AM delete

assalamualaikum Lyssa...oh yer ke jadi mcm tu kuasa Allah kan...:

avatar
Pn. Sheila@CC
AUTHOR
June 14, 2012 at 11:42 AM delete

Macam 2 perkara pelik, penyakit pelik dialami manusiakan... kuasa Allah mmg hebat...

avatar
iyka zulaika
AUTHOR
June 14, 2012 at 12:01 PM delete

amboii ada pulak sindrom ni eh. huhu

avatar
June 14, 2012 at 12:13 PM delete

pakwe saye pun pernah tidur 20jam kak :) apakah dia sindrom jugak ?? hehhh .

avatar
cweet pinky
AUTHOR
June 15, 2012 at 3:03 AM delete

hahaha , kalaw dah dye tidur tak mkan , manew tak kurus , yang gemuk tuh , makan dye cukup , bile dah cukup tidur balek , hahaha ~

avatar

Google+ Followers