Home
tutorial
Tips-Tips

31 March 2012

Apa Yang Ada Dalam Gambar Ni ?

Gadis Kidal Berceloteh...
31/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Kalau anda boleh dan rajin teliti gambar kat bawah ni , apa yang korang nampak . Silalah senaraikan satu persatu . Nak pulak yang bermata empat tuu . hihi . Sah-sah lagi banyak lah jawapannya . HEHE .


 


Jawab . Jangan tak jawab . muehehe :P


Soalan ni , lebih senang dari soalan dalam ENTRI INI kan ? haha .

  

Tutorial : Pisahkan Header Dari Blog Content

Gadis Kidal Berceloteh...
31/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Hello geng ! Kembali lagi Cik Lyssa bersama tutorialnya . Chewah . Dah rasa macam jadi pengacara TV pulak dah aih . HAHA . Mula lah tu , nak berangan tak ketahuan hala . waakkaka .

Haa . Banyak dah Lyssa terima aduan (cehh , aduan lah sangat..) yang mengatakan .. "Macam mana ni , saya dah buat header transparent dah , tapi kenapa header saya tetap ber-backgroundkan warna putih ? "

Haish . Memang lah . Guna simple template kan ? Haaa . Bagi pengguna simple template , korang boleh ikut tutorial ini , untuk pisahkan header dari blog content ...


1. Log in > Dashboard > Design >  Edit Html > Tick Expand Widget Templates

2. Tekan Ctrl F serentak , dan cari kod ini :

/* Mobile 

3. Ok . Dah jumpa ? Gud dear . Copy pula kod ini :

 .header-outer, .content-inner { background-color: transparent; }
.main-outer, .tabs-outer { background-color: $(content.background.color);} 

4. Dah ? Haaa. Pastekan di bahagian atas kod yang korang carikan tadi tu .

5. Cer PREVIEW dulu . Jadi tak ? Jadi tak ? Terpisah tak . hihi . Then muka korang akan jadi macam kerut-kerut gitu masa preview . Dan otak berpusing memikirkan :

"Kenapa ada shadow pulak kelililing blog ni ? Macam mana nak DELETE ?" 


6. Lek luuu bro ! Tak habis lagi .  Sekarang macam mana nak buang shadow tu ? Ikut ni :

7. Tekan Ctrl F serentak , dan Cari kod ini :

.content-outer { 

8. Jumpa dah  ? Haa . Ada nampak tak kat situ macam kod ni :

 .content-outer {
  -moz-box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .15);
  -webkit-box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread.webkit) rgba(0, 0, 0, .15);
  -goog-ms-box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread.ie) #333333;
  box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .15);


  margin-bottom: 1px;
}

9. Ada kan ? Ada kan ? Sekarang Lyssa nak korang padam kod-kod tu semua . 

10. Then , PREVIEW balik , shadow-2 tu dah tak de kan ? Now , bolehlah korang SAVE :)


p/s : Yes ! Header korang dah betul-2 jadi transparent .. Means backgroud blog korang nampak lah kat belakang header tu kan ? Amacam ? Suka takkkk .


=Selamat Mencuba=

 


5 Soalan Susah ! Siapa Boleh Jawab ?

Gadis Kidal Berceloteh...
31/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


HEHE . Tadi blogwalking satu blog ni . Waaa . Oke . Blog member Lyssa . hekhek . Rakan blogger Lyssalah senang crita . Cehh . Tertarik pulak satu photo ni . Gambar bersama dengan soalannya . Terlopong jugak mulut Lyssa , terbeliak jugak mata Lyssa mencari jawapan yang betul . Cisss . Memang betul susah !


 
Kredit photo to : Nizarazu



Siapa yang boleh jawab tu , memang Lyssa salute ahhh ! Tabikkkk springg melompat-lompat kat korang . Theee . Mata semua macam ni je ---->>  =.=

Macam tak de beza . huhu ~

 So , boleh ke korang jawab soalan susah ni ? kuang-3~
 

"Betul Bos ! Saya Serius Ni .... !"

Gadis Kidal Berceloteh...
31/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



Heelooo , boss ! Boss ke tuu . Bos ! Bos ! Saya nak mintak emergency leave ni , boss . Betul lah ni ... Saya tak tipu . Ini serius boss . Plisssss~

Haaa . Nah ... Gambar nyaa . Saya hantar sekali . Tengok lah . Masih tak percaya ?



 



HAHA . Tergelak Lyssa tengok picture ni . Aiyoo . Boleh pulak gitu ? -.- heh :P

 
  

30 March 2012

Tutorial : Close Button For Floating Ads

Gadis Kidal Berceloteh...
30/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Okeyy . Now , i want to teach you how to make a close button for floating ads .. means that macam mana nak buat butang tutup/pangkah untuk iklan yang terapung . Before this , Lyssa ada buat Tutorial : Iklan Terapung di tepi blog . Dan baru- baru ini ada yang tanya Lyssa macam mana pulak buat close button pop up macam kat blog Lyssa ni ?


Haa . Bila tekan button merah kat atas iklan terapung tu , akan pergi ke new tab kan ? hekhek . (Boleh pulak tambahkan PV blog Lyssa . Err . Kan ? HAHA)  

Bagi siapa nak buat jugak , boleh lah ikot je step kat bawah ni ye ? :P


1. Kalau nak buat tutorial ni , wajib ikot TUTORIAL INI dulu tau . Kalau tak , mcm mana nak apply . haha . 

2. Oke . After that , korang pergi Html/JavaScript yang ada kod untuk terapung tadi tu ;)

3. Copy kod ini :

<div class='widget-content'>
<div id="polskadoor"><div style='display:scroll; position:fixed;
top:30px;
right:5px;'><a href="#" onclick="document.getElementById('polskadoor').style.display = 'none';"><img src="http://3.bp.blogspot.com/-ibcYfr863so/TfeAmFIiARI/AAAAAAAAAqE/uq541mjziYU/s1600/close-button.png" alt="Close" /></a>


4. Paste di bahagian atas kod terapung tu .. Yang warna merah tu , korang boleh tukar eh , bagi button tu , berkedudukan betul-betul atas iklan terapung korang tu . 

5. Lyssa bagi contoh : Macam Lyssa , kod terapung Lyssa ...

<div style="position: fixed; top: 50px; right:0px;">

dan kod close button tu ,

position:fixed;
top:30px; right:5px;'>


6. Haaa . Korang pulakk ? Pandai-2 lah korang ubah size kedudukan dia ok ? 



p/s : "Try and Error , make me Teror" . lalalala . Pegang prinsip Lyssa ni . Percaya lah , anda akan berjaya ! Ahaa .  Perasan sekejap ! :P

 
=SELAMAT MENCUBA!=



Freebies : Doodle Cute Lagi Ayu

Gadis Kidal Berceloteh...
30/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Haaa . Mana aci , asyik Apit je kasi doodle at korang . haha . Nak jugak bagi kat korang . wakaka . Tapi , doodle-2 Lyssa tak lah se-cute doodle Apit tu haa . Dia punya dodol perfect sangat . Tapi  , kalau korang suka doodle Lyssa ni , nak ambik pun apa salahnya kan ?


Nama pun FREEBIES . Ikut korang lah nak buat apa dengan doodle ni . haha . Header pun boleh what :)







  

Mata tu color-2  . Konon nak buat macam pakai lens . haha . Dah jadi PowerPuffGirl lak Lyssa tengok  . hihi .Tak de lah cantik sangat . Biasa je . 6 warna je Lyssa buat . Kalau rasa berkenan , ambik le . muehehe :P

 

29 March 2012

Tutorial : Cara Buat Header Gambar Sendiri (Transparent)

Gadis Kidal Berceloteh...
29/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Lyssa tahu ramai yang teringin nak kan header tertempek muka sendiri besaq kedabaq kan ? Uhm . Tanpa membuang masa , Lyssa akan terus ajar korang macam mana nak buat header ada gambar sendiri ye . Banyak sangat step ni .. sampai Lyssa pun abis pening kepala nak ajaq korang  . Waaa :'( 


Tengok lah , korang paham ke takk . Kalau tak paham , sorry ! >.<



1. Buka Adobe Photoshop korang sekarang . Bagi yang tak de lagi , boleh DOWNLOAD SINI !

2. Dah kan ? Ok . Sekarang Tekan FILE > OPEN > Cari gambar korang untuk header

3. Bila dah cari , tengok contoh bawah ni . Tengok bahagian tool korang tu . Ada tak macam Lyssa anak panah suruh klik tu . (Quick Selection Tool)


   KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS

4. Dah buat macam Lyssa suruh kan ke ? Klik pada gambar . Garisan putus-putus tu , jangan bagi kena gambar korang . Kalau dah termasuk dalam kawasan gambar korang tu , korang guna pulak yang Lyssa bulatkan tu ... Just guna dua tu je untuk kemas kan . Sudahhh ?

5. Sekarang , korang pergi tekan SELECT > INVERSE . Macam gambar kat bawah ni :

   KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS


6. Dan akan jadi macam ni . Garisan berada di luar gambar :

   KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS

7. Sekarang masa untuk korang copy gambar tersebut . Ikut step macam kat bawah ni . Tekan EDIT > COPY :

   KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS


8. Ok  . Now ? Tekan FILE > NEW dan fill in width , height dan tetapkan kepada transparent!

   KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS

**Width dan height mengikut kesesuaian size blog korang :)


9. Bila dah KLIK ok , akan keluar macam ni . Korang tekan ZOOM TOOL dan tetapkan kepada Fit Screen atau Actual Picture . Mengikut keselesaan korang untuk edit :) .


   KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS


10 . Lepas dah rasa selesa nak edit , kembali tekan (MOVE TOOL) . Lepas korang tekan Move Tool tu , akan ada perkataan ini (Show Transform Controls) kat area atas sekali . Tick kotak kecik tu .. Macam ni :

 


11. Tengok dekat gambar korang ada garis putus-2 kan ? Ok . Korang boleh gerak-2 kan untuk jadi lebih kecil org besarkan sedikit . Lepas dah rasa ok , tekan je ENTER :)

12. Ok . Sekarang , Lyssa nak ajarkan , macam mana nak masukkan shape warna putih untuk dirapatkan dengan header nanti . Tengok ni . 


   KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS


13. Macam mana Lyssa buat tu ? Lyssa hanya pilih Rectengle Tool pick warna putih atau warna mengikut content blog korang dan hanya jadikan petak macam tu . Ini penting .. make sure petak warna putih tu , korang buat bagi kotak-2 transparent (background) tu tidak kelihatan :)

14. Sekarang masa nya pulak macam mana nak letak tulisan . Senang je . Ikut step ni :

   KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS


15. Then , taip lah apa yang korang suka kan . Nama ke  , kata-kata ke . Ikut sukalah kan . hahaha . Lepas dah taip tu , korang KLIK MOVE TOOL :)

16. Macam mana nak nampa kelihatan cantik dah timbul tulisan tu , korang tengok layers tulisan tu , macam sebelah kanan photoshop Lyssa ni . 

   KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS


17 . Klik pada (ADD A LAYER STYLE) macam yang Lyssa tunjukkan tu :) Then korang boleh pilih mana yang lebih cantik . Kalau nak timbulkan nampak lebih jelas tulisan tu , gunalah STROKE warna hitam :) Macam header Lyssa ni . muehehe~

18. Ok . Kalau korang nak tambah apa-2 lagi , korang tambahlah ye . Godek-2 korang punya photoshop tu kasi pandai :) Lyssa hanya ajar basic macam ni je dulu :)

19. Sekarang masa nak SAVE pulak . Korang tekan FILE > SAVE AS ...

20 . Haaa . SAVE AS PNG . Macam contoh bawah ni ...

   KLIK UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS

 
21. Tekan SAVE . Haaa . Sekarang header korang dah transparent . Yeahh . Bolehlah UPLOAD masuk dalam blog korang sekarang . 


=SELAMAT MENCUBA=


Fuhhh . Alhamdulillah . Akhirnya habis jugak buat tutorial ni . Waaa . Pening dah otak . hihi . Harap korang paham lah apa yang Lyssa merepek kat atas ni . muehehe .. Kalau dah jadi , tolong bagitau ye :)

p/s: Sakit dah sendi-sendi leher ni :(
 

28 March 2012

Make Up Looks Like Korean

Gadis Kidal Berceloteh...
28/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Teringin nak make up muka ala~ala korea . muehe . Cer tengok ni . huhu ~


 


1. Tempek liquid foundation sekawah...
2. Ratakan serata-ratanya menggunakan berus sabut a.k.a berus basuh baju ...
3. Sapu bedak di bahagian muka setebal 1Million cm ...
4. Pakai contact lens (big eyes) berdiameter 10,000 inchi . Ada ke ? haha .
5. Letak pulak bulu mata palsu ... ( Err , boleh ke pakai bulu mata palsu ? Lyssa dengar-2 tak boleh .. kan ? Eh , ye ke ? )
6. Tak pun , pakai je maskara pun dah cukup . Kalau boleh celup sampai meleleh cecair tu. haha .
7. Tepek-tepek blusher sikit . Lip glosss . 

Haaa . Dah siap ! Simple but nice ! hihi :P


~SELAMAT MENCOBA~ 



"Lyssa Edit Dekat Mana Ni?"

Gadis Kidal Berceloteh...
28/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



Chewaahhh . Merujuk kepada ENTRI INI <<------- Tekan cepat ! Baca komen-komen dalam entri tersebut :) 


Ramai yang tanya :

  "Lyssa Edit Dekat Mana Ni?"


Waa . Sudah ku agak . Ramai yang bertanya dan berkenan dan berminat dan tertarik untuk tahu dekat mana Lyssa edit kan ? huhu . Sabar lah geng . Ada pulak yang melalak dekat shoutbox Lyssa marah kata Lyssa tak reply komen-komen tu , padahal Lyssa suruh komen .
Lekkkk luuuuu . Waa manyak busy lah . Tak reply tak bermakna wa tarak baca lu olang punya komen kan ? hihi . Sabar . 

Sekarang Lyssa akan bagitahu kat mana Lyssa edit ye . Ok . Sebelum tu , kalau korang nak tahu , Lyssa mula guna software ni since Lyssa berumur 16 tahun lagi which is that time in year 2008 . Waaa . Lamaaanye . hihi .

And for your information , software ini merupakan software untuk orang Cina je kot sebab tulisan semua China . HAHA . Lyssa pun masa mula-2 guna tu buat-buat faham bahasa China je tanpa ada orang yang mengajar Lyssa . Sekarang Lyssa nak curahkan ilmu ni pada korang lahh ye . Siapa nak , boleh cuba :)


Ikut je step ni ..

1. Korang pergi ke link ini ----->>  KLIK-KLIK !!! 

2. Nampak tak button hijau macam kat bawah ni ? Haaaa , klik benda tuu ..



3. Then akan keluar satu pop-up suruh SAVE FILE . (bagi pengguna mozilla) Tekan !!

4. Bila dah habis loading tu , double-click pada file xiuxiu tersebut .  

5. Akan keluar pop-up macam ni : TEKAN RUN !


 
 6. Haaa , Lepas tekan RUN , akan terkeluar banyak-banyak bahasa Cina kan ? Korang jangan panik pulak tau ? HAHA  . Ikut je step dia .. Means , korang tekan je button Warna Biru . Maksud dia Next(N) . Agaknya lahh . haha . 

7. Tekan-tekan NEXT sampai akan terkeluar INSTALL (loading.......)

8. Nanti , dekat desktop korang akan ada icon macam ni :

 


9 . Haaa . Double-click kat situ . Akan terkeluar macam ni tauuu :  (KLIK PADA WARNA KUNING TU UNTUK UPLOAD GAMBAR ... )



10. Haa . Bila dah UPLOAD , akan keluar pulak macam ni kan ? 


KLIK UNTUK KELIHATAN LEBIH JELAS !


11 . Kat situ  , Lyssa ada nyatakan kat mana Lyssa edit bagi nampak sempoi tu . haha .
Lyssa ada jugak nyatakan UPLOAD kat mana .... SAVE kat mana .... Paham kan ?

12. Kalau korang dah siap edit  , pergi dekat SAVE tu ... Akan keluar macam ni :




13 . Haa . Kalau nak SAVE , tekan yang Lyssa petakkan hitam tu ye . Selesai ... hehe .
Senangkan ?


p/s : Banyak laaagi benda yang korang tak tahu . Apa kata , korang godek satu persatu benda-benda dalam tuu . Menarik tauu ? HEHE . Lyssa expert dah benda-2 dalam tu . wakkakaka . (Perasan sejekap) . Sekarang diri anda pula nak meng-ekspertkan diri . haha.
 
Pssstt . Konon-konon bajet tahu bahasa cina letewww . Selamat Mencuba . Daa~   

 

27 March 2012

Entry Bergambar : Tak Ada Kerja Cari Kerja ~

Gadis Kidal Berceloteh...
27/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Hari ni memang suram je rasa . Dengan cuaca yang mendungnya dekat Penang ni . hihi .
Tak tahu nak buat apa . Dan sebab tak tahu nak buat apa , dah tak ada kerja , Lyssa cari lah kerjanya . Ehemm . 

Tiba-tiba jejari yang lembut lagi tulus mulus fulus Lyssa ni menggatai nak edit satu photo Lyssa ni . 

HAHA . Dan terlebih edit , muka Lyssa dah jadi macam kartun dah . haha . Dan memang niat nak edit sampai muka Lyssa jadi lain pun . Konon-2 nak buat ala~ala vector gitu . Tapi , tak jadi pun . Lain pulak jadi nya . HAHA ~ Tengok la~


 
Daku berada di jendela ~la~ la~

 
Sementara tunggu nak kering tu , sangkut dulu dengan pengepit baju kayu . haha .

 
Oh . Konon nak print satu je . Disebabkan tak reti nak guna printer  , ter-print banyak pulak . haha .

 
Ni lah Buku Diary Kesayangan ku . Aikk ? Lyssa ada diary ... ? Cukup-2 lah dah ada blog . haha .

 
Yeahhh ! Lagi satu je nak habiskan semua nyaaa~

 
Hasil lukisan tangan kidal ku . lalalala~ Percaye ker ? -.-'

 
Hijau itu menawan , kan ? haha .

 
Tolong Lyssa habiskan puzzle ni .. Tolongg ~ Susah pulakk~

 
Ntah lelaki mana pulak lah yang munculkan kepala nye ? Haish . Spoil betul . haha .

 
Glurppp ~ Glurpp ~ Tolong bukak kan penutup botol ni . Dah tak boleh tahan nafas dah nihh ~

 
Wahai jejeka kachak yang ada kat atas tangga tu , "Apa pandang-2??"

 
Oh , terasa diriku besaqqq . Hukhuk~ Ke , awak yang kecik sangat wahai lelaki berbaju hitam ?

 
Lyssa dalam majalah cina ? Hekk . Boleh pulak gitu . " I HAVE A DREAM" ..


 Cat~Cat kesayangan pun sibuk nak interframe jugak ye ? hehehe ~


Dah terjah satu-satu gambar ? Komen ! Komen !  haha~  


p/s : NAk Tahu Lyssa EDIT dekat mana gambar-2 ni ..??? KLIK SINI CEPAT !!!

 

26 March 2012

Keputusan ‘Hebah & Menang PBAKL 2012’ Minggu Pertama 19 – 25 Mac 2012 (Lyssa Yang Teratas!:)

Gadis Kidal Berceloteh...
26/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Petang tadi kot .. Eh , ye ke ? Sedang Lyssa belek Fanpage Lyssa .. Terpandang seseorang cakap Lyssa menang contest ptd . Ehh . Lyssa tnyalah . Contest ptd ? Err . Masa bila pulak lah Lyssa join contest ptd ? hahaha . Terus Lyssa tanya . PTD ? apa tuu . Errr . Opss* Dan dibetulkan *pts . hihi .

Oooo . Pts ? Ehem . Oh yang kempen hebah tu kot . Terus Lyssa masuk ke laman :





Dah terasa nak terkeluar dah bijik mata seketul ni bila nampak nama Lyssa ada kat situ . Kedudukan yang teratas lagi tu . Ehh . Gosok-gosok mata lagi . Betulkah itu nama ku . Check no IC . A'ahh . Betul lah . Waa . Terus musykil ! Lyssa kedudukan teratas tu maknanya apa ? Jumlah KLIK paling banyakkah ? Hihi .

Syukur alhamdulillah . Rezeki minggu ini . Ececehhh . Haa . Kalau korang nak tahu setiap minggu diorang akan umumkan siapa yang berhak dapat baucer RM50 tu tau . 10 orang setiap minggu ~


 


Wahh . Dapat RM50 pun Lyssa dah bersyukur sangat tau ? HEHE . Lepas jugak Lyssa ke KL nanti hujung bulan empat . lalala~ Mahu ketemu anda boleh ? hihi :* Siapa perga Pesta Buku tu nanti ye ? Boleh Lyssa tahu ~

Dan doakan Lyssa menang hadiah utama baucer bernilai RM1000 bila dah selesai 6 minggu ni ya . Sebab ? Sebab nak borong banyak buku kat sana . 5ratus lori pun tak cukup kot ? ekeke . Mulalah tu nak berangan beli buku itu ini . KLIK ONE ! :)

Peace   ^_^v
  

Oh , Watermark Baruku ! ♥

Gadis Kidal Berceloteh...
26/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v


Setelah difikir dan diasah otak tajam-tajam macam korang asah pensel kayu korang tu haaa , baru lah idea datang nak buat watermark yang baru . Alar ~ Yang simple je Lyssa buat . 

Saja nak buat yang simple-2 ..Sonang ciket .. Tak lah serabut otak sangat kot . Dulu kalau Lyssa masukkan gambar-gambar dalam belog ni , tak sah kalau Lyssa tak tempek sekali dengan link blog Lyssa dekat setiap gambar kan ? Alah , link yang lebih kurang macam ni :


www.lyssasecret.com  



Kan? Perasan kan ? Kalau tak perasan , korang belek je lah entry Lyssa yang lepas-2 . huhu .
Dalam minggu ni jugak kot , Lyssa fikir dan fikir nak buat jugak watermark simple tapi comel . hukhuk ~ Comel lah sangat (!) Werk .

Warna yang Lyssa mainkan dalam watermark tu , warna pink (wajib ada!haha) , hitam dan putih .
Haaa . Cuba tengok ni :


 

Amacam ? Ok takk . ehek . Rasanye , Lyssa nak kekalkan watermark ni sampai bila-bila kot . Setiap gambar yang akan Lyssa uploadkan insyaAllah akan tertempek watermark ni sekali .
HEHE .  Macam gambar kat bawah ni :




 Ok . Saya sedang berangan nak jadi model ! haha . Model kucing pun jadi lah . HAHA :) *Abaikan~


p/s : Jangan curikk-curik . Tak baik . Dosa . lalala :P


25 March 2012

Lelaki Sejati ♥

Gadis Kidal Berceloteh...
25/03/2012

.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v






Satu hari , ada seorang gadis sedang berbual-bual dengan ibunya dan bertanya bagaimana memilih lelaki sejati ?

Ibunya menjawab , naaakkkk .....


Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang ,
Tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran ..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekelilingnya , 
Tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat bekerja , 
Tetapi dari bagaimana dia dihormati di rumah ..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan , 
Tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan ..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang , 
Tetapi dari hati yang ada dibalik tu ...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja , 
Tetapi komitmentnya terhadap wanita yang dicintainya ..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca kitab suci , 
Tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca ...


"So , Janganlah sampai Salah Memilih Ya" . muehehe