Asam Garam Usia 20-an !

Assalamualaikum ..
Hi korang ..



Lyssa yakin mesti ramai antara korang sekarang ni yang dah pun berusia 20-an, mungkin sedang atau sudah melalui asam garam hidup dan menerima pembelajaran daripadanya.

Tahun baru ini ramai remaja yang memasuki usia 20-an tidak kurang ada juga belia yang hampir mengakhiri usia itu. Memasuki mahupun melewati, usia 20-an adalah antara waktu yang banyak memberi pengajaran kehidupan kepada setiap individu itu.

Pada usia inilah kebanyakan kita mula menapak di atas usaha sendiri dan mengenali kehidupan sebenar secara berdikari. Beberapa aspek atau perkara ini perlu kita sedari dalam tempoh usia 20-an kita.

Keseronokan bukan segalanya

Tidak salah berseronok kerana itu adalah asam garam kehidupan anak muda. Namun, kita akan sedar itu bukan segala-galanya dalam hidup ini dan terlalu banyak berseronok hanya akan mengehadkan kemajuan diri dan rohani kita.

Kawan datang dan pergi

Jika dalam usia remaja kita melihat rakan adalah segala-galanya, namun ketika memasuki usia 20-an kita akan sedar rakan sebenarnya datang dan pergi. Hanya sahabat sejati saja terus bersama kita ketika waktu susah dan senang.

Bercinta bukan mudah

Cinta kedengaran senang pada usia lebih muda, namun apabila melayari usia 20-an kita sedar cinta bukan sekadar luahan perasaan malah hadir bersama tanggungjawab dan komitmen.

Masa untuk kembara

Sebelum mempunyai komitmen besar, usia 20-an paling sesuai untuk mengembara melihat dunia ataupun persekitaran yang agak asing bagi kita. Tidak kiralah dalam atau luar negara, sekurang-kurangnya ia salah satu cara membuka mata dan minda.

Jadi diri sendiri

Pada usia lebih muda kita seperti terikut-ikutkan rakan atau idola. Ketika usia 20-an kita sedar bahawa kita tidak perlu menjadi orang lain untuk memuaskan hati sendiri apatah lagi individu lain. Menjadi diri sendiri adalah cara terbaik dalam menghadapi kehidupan.

Ibu bapa

Pada usia ini kita sedar ibu bapa kita bukanlah teruk mana pun atau tanggapan kita bahawa mereka tidak ‘cool’ adalah tidak benar. Mereka sebenarnya mempunyai niat terbaik untuk kita. Dalam kesibukan hal peribadi dan kerja, hati kecil kita akan sedar kita semakin merindui mereka.


p/s : "Sekarang aku dah pun berumur 24 tahun. Bila difikir-fikirkan balik masa sebelum 20-an , memang banyak perkara dan masa yang telah aku sia-sia kan . Bila dah masuk era 20-an ni , baru lah sedar bahawa perkara yang lepas tu , memang perlu banyak diperbaiki dari segala aspek. Walaupun aku tahu , aku tidaklah sematang seperti orang lain, tetapi pada tahun ini, tahun 2016 ini, aku nekad untuk menjadi manusia yang lebih matang dan mampu bertindak mengikut akal fikiran , bukan mengikut emosi..!"

TerimaKasihSudiBaca ...

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

6 000 orang Comment Di Sini

Write 000 orang Comment Di Sini
leya yeolly
AUTHOR
January 20, 2016 at 7:17 PM delete

heheheh leya hari ni baru je masuk 20 tahun. harap masa yang akan datang lebih matang menghadapi segalanya

avatar
Aisyhah Nyais
AUTHOR
January 20, 2016 at 7:29 PM delete

Setuju entry kak lyssa. Semoga kita matang utk bertindak kikiki.

avatar
ros nordin
AUTHOR
January 20, 2016 at 9:00 PM delete

bila nak kawen tu lyssa ..ngeee >.<

avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 20, 2016 at 11:23 PM delete

Ada yang berpendapat umur sekadar angka...betul...tapi umur juga isyarat kepada kita agar sentiasa mengingati ajal yang semakin menghampiri...umur juga buat kita sentiasa sedar dan berusaha untuk perbaiki diri...sentiasa....

avatar
January 21, 2016 at 11:22 AM delete

masa saya berumur sweet 20 memang saya buat apa je xtvt yang sy suka..lps kawen tu br slow skit, ni dah msk 30an, trs slow xtvt dl..start cr xtvt lain lak

avatar
zyra
AUTHOR
January 22, 2016 at 10:10 PM delete

Tahun ni ramai jugak member2 yang dah kawin ;)

avatar

Google+ Followers