Ini Sememangnya 'Rare' !!



Kuala Lumpur: "Spesies berkenaan jarang ditemui di negara ini. Ini adalah kali pertama saya nampak haiwan seperti itu," kata kakitangan swasta, Adham Mutahir, 32, yang merakam gambar Kambing Hutan Sumatera (Sumatran Serow) di Taman Sierra Ukay, Ampang, Selangor dan dimuat naik di laman Facebook (FB) sehingga menjadi viral, baru-baru ini.

Menurutnya, dia mahu ke tempat kerjanya di Bangsar pada 1.30 tengah hari sebelum dikejutkan dengan kemunculan spesies kambing itu.

"Saya terkejut dan terus memberhentikan kereta sejurus melihat spesies itu. Saya pelik bagaimana ia boleh berada di kawasan perumahan.

"Saya mengandaikan ia mungkin datang dari kawasan hutan dan bukit berhampiran rumah saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.

Katanya, kemungkinan besar haiwan berkenaan tersesat berikutan kawasan hutan berhampiran rumahnya juga sedang dalam pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan perumahan.

"Keadaan itu mungkin menyebabkan habitat spesies berkenaan semakin terancam. Jika tidak bagaimana ia boleh berada di jalan raya dan kawasan tanah rendah," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Tropical Rainforest Conversation & Research Centre, Dr Dzaeman Zulkifli mengesahkan menerima aduan berhubung perkara itu dan hasil penyelidikan dilakukan pihaknya mendapati, ia sah spesies Sumatran Serow.

"Kebiasaannya, kemusnahan hutan yang menjadi habitat Sumatran Serow menjadi faktor menyebabkan spesies itu dipercayai tersesat sehingga ke kawasan perumahan di Ampang.
"Habitat asal kambing hutan ini juga semakin terancam dengan penerokaan hutan untuk tujuan pembangunan dan sebagainya," katanya.

Katanya, spesies berkenaan dianggarkan mempunyai ketinggian 1 meter dan hidup secara bersendirian serta boleh ditemui di kawasan bukit dan pergunungan, bukan di kawasan tanah rendah.
"Ia jarang ditemui dan semakin terancam selain sering menjadi mangsa pemburu haram.

"Permintaan terhadap haiwan ini sangat tinggi terutama untuk tujuan perubatan tradisional," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Selangor, Rahim Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan spesies Sumatran Serow itu datang dari Hutan Simpan Ampang.

"Pihak kami bimbang spesies itu akan menjadi mangsa pemburu haram. Siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang giat dijalankan," katanya. - hmetro

KONGSIKAN ARTIKEL INI..
Previous
Next Post »

1 000 orang Comment Di Sini:

Write 000 orang Comment Di Sini
Anum Abdullah
AUTHOR
January 12, 2016 at 2:09 PM delete

kesian haiwan tu...sesat...

avatar

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe. EmoticonEmoticon